Wednesday 23 July 2014

Majlis Iftar Ramadhan 2014

04:57
Sempena menyambut kemerdekaan sarawak pada 22 Julai 2014,kami mengambil kesempatan utk mengadakan Majlis berbuka Puasa di Dapor Abang Mat.Disamping berbuka puasa kami turut mengadakan acara cabutan bertuah.Kebanyakan hadiah disumbangkan dikalangan kami sendiri.

Meja telah ditempah 2 hari sebelum majlis



Kami berkumpul seawal jam 6 petang


Penyampaian cenderamata kepada tuan penasihat kelab,Bro Khairul.


Penyampaian hadiah kepada agus selaku pemenang teka jaringan final piala dunia yang lepas.Beliau seorang ahli nujum yang berkaliber.


Tepat jam 6:43 petang kami menjamu juadah setelah seharian berpuasa.


Gordon Albert membuka tirai sebagai penerima hadiah lucky draw pertama.


Koko tersenyum riang apabila mencabut nama sendiri sebagai pemenang (mohon SPRM siasat)


Memenangi cabutan bertuah membuatkan adrenalin rush dlm badan sadick sehingga ketawa yg sangat extreme

Apit sangat gumbira apabila mendapati hadiah yg diterimanya adalah lure yg bakal strike siakap.


Anai berjaya membawa pulang sebuah reel UL idaman.


Hakim menambah koleksi sarung lengan nya.


Haslam org yang paling bertuah malam itu apabila memenangi rod Storm Mojo dan hadiah misteri dari tuan penasihat berupa wang tunai.

We are brothers! We are family! Fishing unite us!


Ucapan ribuan terima kasih kepada yang hadir tak lupa juga kepada yang menyumbangkan hadiah.Kami akan jadikan Majlis Iftar ini sebagai annual event FA,jika dipanjangkan umur kita berjumpa lagi ramadhan tahun depan.selamat hari raya kepada semua ahli FA maaf zahir dan batin..









About Us

Recent

Random