Sunday, 8 March 2015

Jigging Perlahan

Jigging perlahan (slow jigging) adalah teknik jigging yg kian meluas di praktik masa kini. Ini kerana ia lebih mudah dan tidak menggunakan byk tenaga.

Jigging pelahan (JP) merupakan kaedah yg amat berbeza berbanding jigging pantas (speed jigging). JP boleh dilakukan dgn karauan sekali, setengah suku, setengah, atau suku dan satu henjutan pd joran secara perlahan.

Kaedah ini amat praktikal utk pelbagai jenis mood ikan dan peringkat ikan kerana kita tahu ikan tidak aktif sepanjang hari, mungkin 2-3 jam beberapa kali dlm sehari atau bergantung pada air pasang dan surut. Biasanya teknik JP lebih mudah mendpt strike kerana ikan teknik jigging pantas juga mudah tertarik.



Bagaimana?
Penangsa biasanya mencari sasaran yg mudah, ia satu naluri. Perhatikan ikan cedera yg bergerak rawak, teknik JP meniru pergerakan ikan cedera. Jd kita perlu membuat karauan dan henjutan dan berhenti bbrp saat, dan dlm arah yg tidak teratur dan jatuhkan jig slps bbrpa karauan. Dlm reality ikan sakit atau lemah, ikan akan terus jatuh ke dasar dan tidak dpt berenang dgn sempurna atau mencari tpt berlindung.

JP bkn shj karauan perlahan, ttp dgn urutan bersambungan berhenti dan jatuhkan ke dasar. Tempo yg perlahan perlu d mainkan. Pd masa karauan, joran akan melentur dan jig akan memecut naik dgn satu karauan, 1/2 karauan atau 1/4 karauan. Kita boleh menghenjut sedikit joran atau tidak, atau melakukan keduanya secara berselang.

Selepas karauan dan henjutan, kita perlu berhenti dan memegang rod. Pd ketika ini, joran akan menyokong dan melepaskan kuasa dlm tindakan supaya jig dilambung bebas ke tepi. Keseimbangan jig bergerak ketepi dan bergerak dlm kedudukan mendatat seketika. Kita perlu bersedia krn ini waktu pemangsa mengejar dan membaham jig. Kita perlu menukar semua jenis tindakan yg berbeza utk joran, kelajuan, karauan, irama, masa dan kombinasi semua jenis. Kita tidak akan mengerahui apa yg menyebabkan ikan bertindak balas dgn jig.




KELENGKAPAN
Peralatan JP tidak semestikan dihadkan dgn jenama dan produk yg mahal sahaja, apa yg penting ialah kesesuaian.

Joran;
Joran hendaklah mempunyai beberapa ciri seperti
• diameter yg kecil
• soft tip & strong backbone
• slow tapered parabolic action
• Highly resilient blanks
• guides & reel seat setting for maximum sensitivity




Kekili;
Kekili mendatar adalah disarankan, dan tidak dilarang menggunakan kekili "spinning" asalkan dapat memuatkan tali lebih kurg 300yard adalah tebaik.




Tali Utama;
Tali PE/braided amat penting utk JP, Monofilament Nylon & Flurocarbon tidak sesuai kerana ia tebal dan ketegangan tinggi. Saiz yg sesuai bergantung kepada jenis permainan kita sama ada micro jigging atau light jigging.
Beberapa ciri2 penting tali utama ialah:
• kuat & nipis (utk memotong arus)
• tiada tegangan ( sensativiti tinggi )
• sgt lemah geseran

Tali Perambut;
Flurocarbon adalah paling sesuai utk teknik ini dan saiz perambut bergantung pada jenis permainan kita juga.


Jig;
Terdpt byk jig khusus utk JP di pasaran dengan pelbagai bentuk dan warna, tetapi mempunyai satu ciri yg sama iaitu keseimbangan di tengah. Faktor utama ialah, utk mendptkan jig dlm kedudukan mendatar. Biasanya dlm bentuk berdaun dan tidak simetri ( satu bahagian rata, dan satu bahagian lebih tebal dan berbentuk.





Mata Kail;
JP disarankan menggunakan matakail berkembar di atas dan bawah. Ini disebabkan ikan bukan selalu aktif dan kadang kala ikan tidak mahu makan, tetapi melihat ikan cedera, pemangsa akan cuba mendekati jig dan mungkin pemangsa hanya hendak melanggar jig shj. Mata kail yg yg ringan, kurus & tajam paling mudah utk mencangkuk pada ikan sama ada di mulut atau badan ikan.





3 comments:

  1. Ilmu yg amat sya perlukan...tq2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...kita berkongsi ilmu bersama...

      Delete
  2. terima kasih perkongsian sifu... mantap...dan amat berguna

    ReplyDelete

About Us

Recent

Random