Showing posts with label modern fishing. Show all posts
Showing posts with label modern fishing. Show all posts

Tuesday, 6 October 2015

Overfishing - Kumpaw kini kian Pasti

22:20
Penangkapan ikan berlebihan atau "overfishing" atau "overharvest" adalah salah satu bentuk eksploitasi berlebihan terhadap populasi ikan. hingga mencapai tahap yang membahayakan.Pemancing juga perlu peka dengan isu ini kerana secara tidak langsung ia melibatkan hobi kita yang semakin kurang mendapat hasil bila keluar memancing.

Sektor perikanan di Malaysia akan menuju ke arah kemusnahan berikutan pengurusan yang tidak cekap dan kegiatan over harvest sumber perikanan sejak beberapa dekad yang lalu hingga menyebabkan bekalan ikan di negara ini semakin pupus.

Menurut data Perikanan Dunia (World Fish), bekalan ikan di perairan kita menurun  antara 80-90 peratus. Salah satu punca utamanya ialah akibat kegiatan nelayan pukat yang menarik pukat yang besar dan berat di sepanjang dasar laut. 




Menurut jabatan perikanan,kini lebih 50 spesies ikan sama ada sudah pupus atau hampir pupus. Penangkapan ikan secara berlebihan telah menyebabkan ikan-ikan yang sudah matang sukar mencari pasangan untuk mengawan.Spesies ikan yang popular, terutama ikan yang berharga,  ditangkap dengan sewenang-wenangnya menyebabkan bilangannya jatuh secara mendadak.

Penangkapan ikan berlebihan ini secara tidak langsung telah mengurangkan pendapatan nelayan. Di Laut China Timur, nelayan beralih profesion dari pengkapan ikan ke profesion yang lain akibat kurangnya hasil tangkapan.Keseronokan kaki pancing untuk memburu ikan idaman pun semakin terhad akibat aktviti ini.




Pada tahun 2013,nelayan Kpg Punang di Lawas meraih tangkapan 8 tan metrik ikan merah menggunakan kaedah pukat ancau.



Edukasi Nelayan
Sikap manusia yang mementingkan keuntungan membawa kepada kebinasaan alam.Ekosistem dan rantaian makanan ikan akan terjejas akabat aktiviti ini.Aktiviti overfishing ini sering dikaitkan dengan nelayan yang menggunakan kaedah pukat.Saya bukan mengecam nelayan pukat,tapi nelayan pukat perlu di beri ilmu/edukasi bagi memberikan pemahaman dan kesedaran  tentang kesan overfishing yang pada akhirnya akan merugikan mereka sendiri dan melenyapkan hidupan laut.Ini adalah salah satu kaedah untuk membendung aktiviti overfishing.

Penguatkuasaan
Penguatkuasaan dari pihak perwajib adalah satu perkara yang boleh membendung gejala ini.Tapi sejauh mana keberkesanan nya?bagi saya kaedah penguatkuasaan kurang efesyen kerana kawasan pengkapan yang sangat luas dan kurangnya anggota.Tambahan lagi Akta Perikanan 1985 tiada menyatakan dgn jelas terhadap aktiviti overfishing.


Tahun ini pula di lihat tangkapan ikan rumpak menggunakan kaedah yang sama mencecah 2 tan matrix berjaya diraih di perairan Kpg Awat-awat,Lawas.




Peranan Pemancing
Pemancing juga perlu mengambil tanggungjawab untuk melepaskan anak anak ikan kecil yang belum matang demi menjaga ekosistem marin kita.Dan amalkan konsep tangkap dan lepas jika berjaya mendaratka mana mana spesis yang terancam.Tapi tangkapan pemancing laut amat lah kecil jika hendak dibandingkan dengan nelayan pukat.

Banyak kesan buruk akibat Overfishing.Sebagai pemancing saban hari hasil tangkapan semakin kurang jika hendak dibandingkan dengan tahun tahun sebelum ini.Keseronokan memancing kian pudar.Tragedi kumpaw yang ditakuti kini semakin pasti.Semoga kita dapat sama sama menjaga hidupan marin demi hobi tercinta dan demi generasi masa depan.


SAVE OUR MARINE LIFE
SAVE FISH FOR OUR FUTURE GENERATION
SAVE PLANET EARTH


Thursday, 18 December 2014

Apabila Teknologi Di Adaptasi Ke Dalam Sukan Memancing

07:55

1. Fish Hunter


Fungsinya sama seperti fish finder biasa yg digunakan pemancing bot.Namun hasil bacaan bukan lah ditunjukan di atas skrin panel tapi di dalam skrin telefon pintar anda.Data akan dihantar terus ke telefon melalui Bluetooth.Anda boleh melihat  populasi ikan dlm air terus melalui telefon pintar yg sama anda gunakan untuk main Clash Of Clan.

Tidak seperti fish finder biasa yang anda perlu pasang sensornya pada bawah bot.Anda cuma perlu tikam Fish Hunter ini ke laut ianya akan terapung dan boleh mengesan ikan 120 kaki dari permukaan.Sudah tentu anda perlu mengikatnya supaya ia tidak pergi jauh di bawa ombak.Ianya juga sangat kompak sehingga kan anda boleh simpan fish hunter dlm poket seluar.

Di bina dari polycarbonate dan silicone untuk kerangka luaran di tambah dengan anti-hentakan dan anti-air sangat sesuai untuk penggunaan lasak di laut.Dengan harga USD299.99 amatlah berbaloi anda boleh dapatkan nya di ebay.



2. Fish Eyes Rod And Reel


Bosan casting lure mala xda nyambar atau menunggu umpan yang berjam-jam berendam dalam air atau anak ikan kecil mengacau umpan? Anda mungkin perlukan gadget ini.Rupa nya tak ubah seperti permainan video dgn alat kawalan memancing.Dilengkapi dengan kamera pada "main line" dan skrin LCD pada kekili dimana anda boleh melihat aksi di dalam air.

Fish Eyes Rod And Reel ini menggunakan cable 20 kaki yang diletakkan pada tali utama dan kamera waterproof pada hujung.Lampu LED diletakkan pada kamera supaya penglihatan bawah air lebih jelas.Mun tak org mok nilit boyak dalam air pun dapat.Dengan harga cuma USD79.99 anda sudah boleh memiliki nya,tapi malang nya saya difamkan yg ia nya sudah kehabisan stok.



3.Biopulse Lure System


Ini adalah teknologi umpan tiruan saintifik,dihasilkan oleh Mystic Tacklesworks.Lure moden ini mengambil kelebihan dari biologi ikan itu sendiri.Biopulse Lure System yg canggih ini hasil kajian John Caprio dari Lousiana State University yang pakar dlm sistem bau dan rasa ikan dengan bantuan kepakaran dari Dr.Richard Fay dan Dr.Craig Hawryshyn. Menurut beliau,di menghabiskan 30 tahun untuk mengkaji "Chemosensory Sysytem" dari pelbagai ikan air tawar dan ikan laut.Mendokumentasi mekanisma yang mengaktifkan pengesan rasa ikan.

Mystic Tackleworks mengambil inisiatif dengan menghasilkan lure dari kajian ini yang di lengkapi dengan beberapa sistem pengesen termasuklah penglihatan,pendengaran,rasa dan bau.Pergerakan dan getaran lure ini juga mimik ikan ketakutan.Ianya juga dipasang dengan sistem LED untuk menarik perhatian ikan besar untuk lakukan serangan.Lure ini juga adalah "bite and shock resisitant" dimana anda boleh gunaka sehingga anda boring strike ikan terlalu senang.Dengan harga USD47.30 di ebay.

About Us

Recent

Random