Tuesday 30 December 2014

Fluorocarbon VS Monofilament

00:40

Ketumpatan/Density

Fluorocarbon
- "Zero Water Absorption" bermaksud fluorocarbon akan mengekalkan kekuatan bila di dalam air.

- Fluorocarbon line lebih tumpat dari air dan  mengurangkan pengenduran tali (line slack).

- Fluorocarbon akan tenggelam di dalam air memudahkanjig/lure/bait turun laju kedasar


Monofilament 
-Monofilament akan tergantung di dalam air apabila memancing top water.Sesuai utk teknik pancingan drag atau menggunakan pelampung.

- kebolehan Monofilament menyerap air memberikan ketegangan tali lebih bersahaja.



Kekuatan/Strength
Fluorocarbon
- Lebih tahan geseran dari Monofilament.

- Anjalan yang terhad membuakan ia lebih sesitif

- Ketahanan dari sinaran UV memnambah kekuatan dan jangka hayat tali jenis ini.

Monofilament
- Kekuatan dinamik monofilament ini membuatkan ia menyerap hentakan sesuai untuk strike yang kuat.

- Kebolehan ia menyerap air menyebabkan jangka hayatnya tidak lama dan akan cepat rapuh.



Penglihatan/Visibility
Fluorocarbon
- Fluorocarbon sangat sangat lutsinar dan hampir tidak dapat dilihat oleh ikan.

Monofilament
-Monofilament hadir dalam pelbagai warna untuk sesuaikan dgn keadaan warna air.


Nilai/Value
Fluorocarbon
-Oleh kerana kebanyakan Fluorocarbon dipasaran lebih mahal dari Monofilament,kebanyakan pemancing menggunakannya sebagai "leader line" yang dipasang antara tali utama dan jig.


Monofilament
-Monofilament nylon telah digunakan oleh nelayan sejak berabad lama dan sangat murah.Mempunyai banyak kegunaan dan sesuai untuk apa juak jenis keadaan memancing.

Monday 29 December 2014

Manafaat Kesihatan Dalam Sukan Memancing

14:37

Memancing di ketegorikan sebagai satu sukan yang dikatakan sebagai sukan yang paling tua dan paling ramai  pengamalnya di dunia.Tahukah anda memancing adalah satu aktiviti yang paling kurang memberi tekanan samada dari segi mental ataupun fizikal.Mari kita lihat grafik bermaklumat dalam bahasa inggeris dibawah tentang manafaat kesihatan dalam sukan memancing.



Cerpen - Dilema Isteri Seorang Kaki Pancing

01:53

Sadiq adalah seorang kaki pancing yang sangat ketagih dengan tarikan ikan.Beliau sudah berkeluarga dan mempunyai 6 orang anak.Bekerja sebagai executive pemasaran di salah sebuah syarikat tuala wanita yang terkemuka di Malaysia.Ketagihan memancing Sadiq tidak dapat kawal lagi,pantang ada masa lapang dia pasti akan keluar memancing tidak kira dimana sekalipun.Asal ada lubok ikan, Sadiq pasti ada di situ untuk mencuba nasib.

Isterinya, Salbiah amat risau dengan sikap suaminya.Sadiq jarang ada di rumah setiap kali cuti.Malah anak-anak sering terabai.Sadiq sudah masak dengan sikap suaminya itu.Malah setiap kali hujung bulan ,Sadiq pasti akan menghabiskan duit gaji nya di kedai pancing.Barang-barang pancingnya di pernah cukup,dengan reel dan rod berharga ribuan ringgit.Belum lagi kos mencatar kapal untuk memancing di laut.Yang menambah kerisauan Salbiah adalah anak sulong mereka Nazrin sudah mula menunjukan minat memancing.

Pada suatu hari,Salbiah terkejut melihat Sadiq duduk dirumah menonton TV bersama anak-anaknya.Sedangkan hari itu adalah hari cuti nya.Selalunya beliau akan pergi memancing.Salbiah pun pergi ke dapur dan membancuh kopi cap anggerik kurang manis.Sabliah pun menghidangkan kopi tersebuy kepada Sadiq dan cuba memulakan perbualan.

Salbiah : Darling,minum lok...kmk molah kopi pake ktk tok...

sambil menghulurkan kopi panas dlm cawan bunga porselin yg di beli di Serikin

Sadiq : Makseh syg....

Salbiah : ling,ktk cuti ritok tek kah?

Sadiq : Aok syg...apa kenak?

Jawab Sadiq sambil menghirup kopi.

Sadiq : Adehhh...panas kopi tok...lukus lidah entamnya..

Salbiah : Yalah ktk gelojoh gilak...tunggu lah sejok dolok.

Sadiq : ermmmmmmm.....

Salbiah : ling,salu time cuti mcm tok ktk turun ngail...apa mimpi ktk relex rumah ritok?

Sadiq : Sik ktk nangga ujan lebat luar nun...

Jawab Sadiq ringkas.

Salbiah : Aihhh....salu jgn kata ujan,ribut kah tsunami kah banjir kah...sik ktk peduli...turun ngail jua ktk...

Sadiq : Ehh...coba ktk masak ikan kerapu strawberi nok lam peti ais nun...seminggu dah kmk beroleh di rig E8 ya...belom juak di polah...

Salbiah : Aok bah katok mek molah nya...ktk mok masak apa?

Sadiq : Masak sweet sour pedas...

Salbiah : ling,soalan kmk belom ktk jwb gik...apa mimpi ktk sik pegi ngail ritok?????

Sadiq : Malas mek syg...mok rilex ritok...udah2, pegi masak nun,lapar dah perut tok..

Salbiah : ling cuba udah2 gik ktk pegi ngail....mun nak makan ikan, apa susah2 ngail tang beli jak di pasa nun....ktk ngail pun bukan selalu embak balit ikan,kadang2 kumpaw...hmmmm....

Sadiq : Ooo syg ku Salbiah.....ikan memang dapat dibeli,tapi teguk ikan yalah yang sik dpt di beli..priceless....

Salbiah pun diam dengan jawapan dari Sadiq,lalu membuka langkah menuju ke dapur.Tiba tiba Nazrin menyergah ibunya dari belakang.

Nazrin : Makk!!!!

Sabiah : napa te kau tok! Tekejut mak....

Nazrin : Hahahahha .....mak kmk nak pegi ngail tok dengan cdak Faridz...

Nazrin meminta kebenaran ibunya sambil membawa sebatang batang joran Xzoga PE 0.8 beserta reel Shimano Stradic 2500 dan mengebeng "tackle box".

Salbiah : ko sik nangga ujan lebat luar nun!

Nazrin : Mak,angler kental mcm kmk tok sikda kira ujan...janji dapat narit ikan...

Salbiah : ko dgn bapak ko sama jak...ko embak set micro ,nak ngejig di laut nun ka?

Nazrin : Aok mak..makey bot Faridz....minta duit mak, k beli minyak bot...

Salbiah : Mintak dgn bapak ko nun...mak nak masak tok...ehhh,cari ikan ebek k mak,bapak ko lamak x beroleh ebek...

Nazrin : Ok.....

Nazrin pun melangkah menuju ruang tamu untuk mendapatkan bapa nya...

Nazrin : pak,mintak duit...

Sadiq : Pakey ko apa? Ehhh..ko nak ke siney embk rod bapak ya????

Nazrin : Pegi laut pak main micro jig...minta RM50 pak k beli minyak bot.

Sadiq pun mengeluarkan RM40 dari poketnya dan menghulurkan kepada Nazrin.

Sadiq : Nah...Rm40 jak bapak ada tok...

Nazrin : Makseh pak....pak pinjam jig lok...

Sadiq : hurmmmm ko tok mcm2 jak....lain kali duit belanja sekolah ya simpan pakey beli jig.....ambik lam box bapak nun...

Nazrin : ok boss....

Sadiq : Oi...jig Ema Gunpeki rona mirah ya jgn pakey..jig killer bapak ya...nok lain boleh...

Nazrin : Okey...pak kmk minjam jig Blanka ngan Senses tok....

Sadia : Bah....oi rod ya gasak mena2....mun strike, hit kuat2 sampey patah...mun ko dpt matah rod ya bapak pencen terus ngail...

Nazrin pun terus keluar dgn motosikal LC nya menujuk ke wap.Salbiah pun sudah selesai memasak dan sedang menghidangkan makanan di atas meja makan.Sambil dia menghidangkan makanan....

Salbiah : Ling,mok juak ktk jamek rod Xzoga ktk dgn si Nazrin ya..bukan ktk sayang rod ya ka?

Sadiq : Kmk dah beli rod Daiwa Saltist PE 1 baru....opssss...

Salbiah : Emmmmm...anak dgn bapak sama jak....


Bersambung......


Thursday 18 December 2014

"Annual Leave" Yang Wajib Buat Pemancing Laut

23:40

Apabila angler-angler hardcore mahupun jigger-jigger kental,mengeluarkan braided line jenis Power Pro 10lbs nya dari reel ATC 3000 SW dan rod Storm Erito PE 0.8-1.2 di bungkus elok diatas rod stand yg berdiri megah di sukut bilik,hook jig Sense 12gram mula betegar dlm tackle box dan kedai-kedai pancing seperti Loconia atau Power Tackle hanya dilimpas tanpa menoleh pun ke dlm kedai.Ini tandanya musim tengkujuh yang di takuti sudah pun muncul tiba setiap kali penghujung tahun.Tiada apa yang dapat di lakukan utk melepas gian melainkan menduga Kepala Ular di parit-parit ladang sawit ataupun menulis blog dikala hujan turun tanpa henti.

Dua musim monsun utama di Malaysia adalah Monsun Timur Laut dan Monsun Barat Daya. Di antara dua monsun terdapat dua tempoh peralihan monsun pendek yang merupakan Pra monsun Barat Daya Monsun dan Pra monsun Utara-Timur . Monsun yang memberi kesan kepada kehidupan di pantai timur Semenanjung dan pesisir pantai barat Sabah Sarawak, terutamanya orang-orang dalam industri perikanan dan kaki ngail atau kaki micro jig, terutamanya Monsun Timur Laut yang akan membawa angin kuat dan hujan dari bulan November hingga Januari.

Bot-bot nelayan di pantai ABF mula parking mencari tempat beeteduh.


Musim Monsun Timur Laut  dicirikan oleh angin yang berterusan yang bertiup dari timur laut. Ia dikaitkan dengan pembentukan tanah tinggi Siberia yang merupakan koleksi besar udara sejuk kering di kawasan Eurasia dan pergerakan maksima pemanasan dari Hemisfera Utara ke Hemisfera Selatan. Angin kencang Timur Laut mengalir ke Asia Tenggara dengan kelajuan angin mencapai setinggi 30 hingga 40 km / jam.

Pada musim ini, negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia, kawasan pantai di Sarawak dan Sabah akan mengalami episod hujan lebat berterusan selama dua hingga tiga hari kerana monsun mendadak. Dalam kes cuaca yang melampau, seluruh episod hujan lebat boleh bertahan selama 3-8 hari, dan boleh menyebabkan banjir. Walau bagaimanapun, terdapat juga satu keadaan hari cuaca baik iaitu sama ada dengan tiada hujan atau hujan kecil yang berlaku antara episod hujan lebat.


Keadaan angin kencang di Promenade Waterfront  boleh menumbangkan manusia yang sedang berdiri.



Monsun timur laut menyebabkan sebahagian besar nelayang atau jigger sekitar Semenanjung pantai timur atau pesisir pantai Sabah Sarawak tidak dapat terus menjigging. Ada beberapa hari ketentuan angin kencang dan ribut petir akan mengganggu rutin memancing mereka tetapi mereka masih boleh menangkap ikan pada musim ini.


Musim tengkujuh juga akan melihat perubaha spesies ikan yang ditangkap oleh nelayan. Pada awal musim, spesies ikan daripada ikan kembung dan keluarga threadfin akan menjadi banyak. Yellow Croaker yang berwarna keemasan adalah salah satu spesies yang hanya boleh ditemui semasa Monsun Timur Laut. Udang galah juga akan bergerak lebih dekat ke pantai dan menjadi banyak . Manakala ikan Kerapu akan menjadi terhad kerana mereka bergerak lebih jauh ke dalam laut.Sekurang-kurang nya adalah juak masa untuk ikan-ikan di laut nun membiak sepanjang musim monsun,mun sepanjang tahun orang ngail sik berenti maok juak pupus ikan di laut ya...tol sik...


Yellow Croaker atau Gelama


Tanjong Batu dihempas ombak bertubi-tubi


Gambar rajah taburan hujan semasa musim angin timur laut

Apabila Teknologi Di Adaptasi Ke Dalam Sukan Memancing

07:55

1. Fish Hunter


Fungsinya sama seperti fish finder biasa yg digunakan pemancing bot.Namun hasil bacaan bukan lah ditunjukan di atas skrin panel tapi di dalam skrin telefon pintar anda.Data akan dihantar terus ke telefon melalui Bluetooth.Anda boleh melihat  populasi ikan dlm air terus melalui telefon pintar yg sama anda gunakan untuk main Clash Of Clan.

Tidak seperti fish finder biasa yang anda perlu pasang sensornya pada bawah bot.Anda cuma perlu tikam Fish Hunter ini ke laut ianya akan terapung dan boleh mengesan ikan 120 kaki dari permukaan.Sudah tentu anda perlu mengikatnya supaya ia tidak pergi jauh di bawa ombak.Ianya juga sangat kompak sehingga kan anda boleh simpan fish hunter dlm poket seluar.

Di bina dari polycarbonate dan silicone untuk kerangka luaran di tambah dengan anti-hentakan dan anti-air sangat sesuai untuk penggunaan lasak di laut.Dengan harga USD299.99 amatlah berbaloi anda boleh dapatkan nya di ebay.



2. Fish Eyes Rod And Reel


Bosan casting lure mala xda nyambar atau menunggu umpan yang berjam-jam berendam dalam air atau anak ikan kecil mengacau umpan? Anda mungkin perlukan gadget ini.Rupa nya tak ubah seperti permainan video dgn alat kawalan memancing.Dilengkapi dengan kamera pada "main line" dan skrin LCD pada kekili dimana anda boleh melihat aksi di dalam air.

Fish Eyes Rod And Reel ini menggunakan cable 20 kaki yang diletakkan pada tali utama dan kamera waterproof pada hujung.Lampu LED diletakkan pada kamera supaya penglihatan bawah air lebih jelas.Mun tak org mok nilit boyak dalam air pun dapat.Dengan harga cuma USD79.99 anda sudah boleh memiliki nya,tapi malang nya saya difamkan yg ia nya sudah kehabisan stok.



3.Biopulse Lure System


Ini adalah teknologi umpan tiruan saintifik,dihasilkan oleh Mystic Tacklesworks.Lure moden ini mengambil kelebihan dari biologi ikan itu sendiri.Biopulse Lure System yg canggih ini hasil kajian John Caprio dari Lousiana State University yang pakar dlm sistem bau dan rasa ikan dengan bantuan kepakaran dari Dr.Richard Fay dan Dr.Craig Hawryshyn. Menurut beliau,di menghabiskan 30 tahun untuk mengkaji "Chemosensory Sysytem" dari pelbagai ikan air tawar dan ikan laut.Mendokumentasi mekanisma yang mengaktifkan pengesan rasa ikan.

Mystic Tackleworks mengambil inisiatif dengan menghasilkan lure dari kajian ini yang di lengkapi dengan beberapa sistem pengesen termasuklah penglihatan,pendengaran,rasa dan bau.Pergerakan dan getaran lure ini juga mimik ikan ketakutan.Ianya juga dipasang dengan sistem LED untuk menarik perhatian ikan besar untuk lakukan serangan.Lure ini juga adalah "bite and shock resisitant" dimana anda boleh gunaka sehingga anda boring strike ikan terlalu senang.Dengan harga USD47.30 di ebay.

Wednesday 17 December 2014

Pesan Atuk

00:44

Cucu-cucu sekelian!
Dengarlah ini Atuk beri pesanan.Atuk bukan nak turunkan sebarang petua memancing, bukan juga berbangga-bangga menghebahkan zaman gemilang Atuk sebagaiseorang pengail. Atuk Cuma ingin memberi sedikit nasihat. Mana-mana nasihat yang cucu boleh terima, jadikanlah panduan mengharungi dunia pancingan.

Dunia telah semakin tua. Di sana-sini ramai benar rakan-rakan yang seangkatan dengan Atuk merungut perkara yang sama.Dunia memancing telah hilang serinya. Tanyalah sesiapa sahaja  apakah keseronokan yang ingin diperolehi dari dunia serba hanyir ini? Keseronokan bukan terletak pada masa yang dibuang untuk menunggu umpan terendam selama berjam-jam atau melepas dan mengarau jig berulang-ulang, bukan juga pada
saat menyusuri sungai dan lautan menaiki bot fiber atau kapal nelayan. Pastinya jawapan paling tepat tentulah saat-saat indah ketika bertarung dengan ikan. Jadi kenikmatan apakah lagi yang mampu digarap dari dunia memancing jika tiada lagi ikan di sungai dan lautan?

Cucu-cucu ku sekelian...
Atuk telah melalui zaman ikan begitu mudah diperolehi. Ikan terlalu banyak hingga bila kuak air sahaja, pasti terlihat kelibat ikan berenang. Mengail dengan berjorankan buluh masih boleh menghasilkan ikan cukup untuk lauk makan tengahari dan malam. Tidak usah pergi jauh. Parit belakang rumah tempat Atuk dan rakan-rakan belajar berenang semasa zaman kanak-kanak
dahulu pun sudah memadai untuk mengail keli sekati dua. Zaman itu sangat mewah dengan ikan hinggakan ikan emas pun boleh dilihat berenang-renang di parit-parit kecil.Sebenarnya Atuk sedih bila mengenangkan cucu-cucu semua tidak lagi dapat merasa zaman mewah ikan sebegitu. Parit dan sungai sudah lama tercemar oleh racun rumpai. Kawasan yang dahulunya hutan telah berubah wajah menjadi kebun kelapa sawit seluas mata memandang. Sukar sekali mendapatkan lubuk
untuk melepaskan ketagih bertarung dengan ikan. Parit-parit yang ada nampak lesu tanpa kocakan penghuninya.Laut lepas yang menjadi gedung ikan juga memberi khabar yang serupa. Pendapatan nelayan merosot jauh berbanding sepuluh tahun dahulu. Bagaimana pula pendapatan mereka sepuluh tahun akan datang? Hasil tangkapan ikan akan terus merosot dari tahun ke tahun. Kalau dahulu amat mudah mendapatkan tetanda dan ikan putih melalui kaedah pancingan pantai, sekarang sukar sungguh memancing di pantai walau seekor ikan belukang.

Atuk mahu ketengahkan sikap sebahagian rakan memancing Atuk yang menyumbang kepada kepupusan ikan. Salah satu puncanya ialah membuang sampah merata-rata. Pemancing sebegini harus dihukum pungut sampah merata-rata, baru padan mukanya.Kalau sampah jenis mesra alam seperti kertas dan kulit buah-buahan yang mudah lupus, itu masih boleh dimaafkan walaupun sakit mata memandang. Malangnya dunia sudah tidak dapat dipisahkan dari penggunaan bekas yang diperbuat dari plastik.Pencemaran plastik berlaku secara global. Kalau plastik ditanam dalam tanah, jangka masa 20 tahun belum tentu dapat menguraikan plastik sepenuhnya. Hal yang sama berlaku dalamhabitat ikan. Plastik yang dibuang di tepi sungai lambat laun akan memasuki sistem saliran jua. Apatah lagi yang dibuang terus ke dalam sungai. Dalam masa beberapa hari, ia akan menghanyut ke muara dan akhirnya menuju ke laut. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Universiti Malaysia Sabah ke atas Sungai Inanam,jumlah sampah plastik yang dipungut dari sungai tersebut dalam masa sejam mencapai berat lima kilogram. Bayangkanlah kemusnahan yang boleh dilakukan oleh sampah plastik ke atas kehidupan marin. Mangsa pertama ialah batu-batu karang tempat ikan berlindung akan ditutupi oleh plastik hingga membunuhnya. Plastik hanyut yang pelbagai warna dilihat oleh penyu dan tuntung sebagai obor-obor. Penyu yang memakannya akan menghadapi masalah menghadam dan akan mengalami kematian.

Cucu-cucu sekelian... Janganlah cucu-cucu semua
meninggalkan sebarang sampah terutama plastik di medan pancing. Cubalah contohi masyarakat Jepun. Seorang sahabat Atuk yang menuntut di Osaka memberitahu, tiada sebarang tong sampah disediakan di jalan-jalan raya di sana. Anehnya tidak
kelihatan pula sebarang sampah dibuang merata-rata. Bila ditanya ke mana sampah sarap dibuang, seorang penduduk memberitahu mereka tidak membuang sampah sebaliknya menyimpan di dalam beg untuk dibuang di rumah.Di hujung karier Atuk sebagai seorang pemancing, kerap kedengaran satu konsep mesra alam. Ikan yang dipancing akan ditangkap gambar kemudian dilepaskan semula. Rakan-rakan Atuk ketawa bukan kepalang mendengar saranan yang diwar-warkan dalam majalah berkaitan ikan. Mereka semua sudah lama
mengamalkan tangkap dan lepas. Cuma konsep lepas yang mereka amalkan ialah lepaskan ikan yang ditangkap ke kotak penyejuk!Sehingga setakat ini, ramai rakan-rakan Atuk melepaskan ikan-ikan tertentu sahaja tanpa bergambar dengan ikan tersebut.Sebabnya… ikan yang dilepaskan semula itu tidak glamour. Ikan
pengacau, kata mereka. Spesis yang dimaksudkan ialah ikan belukang dan ikan buntal.

Cucu-cucu sekalian... Buntal dan belukang adalah sebahagian dari alam. Mungkin ia tidak berguna kepada generasi pemancing tetapi Allah ciptakan makhluk dengan fungsi tersendiri. Kepada habitat
air, buntal dan belukang adalah sebahagian dari pelengkapnya.Atuk terfikir betapa sukarnya menjadi makhluk bernama ikan.Pencemaran berlaku di mana-mana. Nak mencari makanan pun
susah. Silap haribulan termakan mata kail bersalut umpan,diheret manusia yang terkinja-kinja keseronokan. Atuk pernah tercucuk mata kail, sakit bukan kepalang. Agaknya macamana rasa kalau badan manusia dicucuk mata kail dan ditarik dengan
sekuat tenaga?

Cucu-cucu sekelian…
Walau di mana pun cucu memancing, hindarkan perasaan tamak haloba. Ambillah ikan secukup lauk sahaja. Jangan terfikir hendak mencari laba. Ingatlah pesanan agama, buat sesuatu biar sederhana.Habitat ikan telah dimusnahkan oleh generasi Atuk dengan pelbagai cara. Semuanya berkesan belaka untuk mendapatkan ikan dalam kuantiti yang banyak. Dan dalam masa yang singkat pula. Di sungai-sungai dan tasik, jaring, tuba dan karan digunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Rawai, pukat tunda dan bom pula memusnahkan karang dan benih ikan
di muara dan laut.

Atuk meminta maaf kepada cucu-cucu di atas keterlanjuran generasi Atuk menghapuskan habitat ikan dan keseimbangan ekosistem yang ada. Atuk berharap sangat mana-mana lubuk yang masih tinggal cucu kekalkanlah sebaik mungkin. Biarlah generasi Atuk sahaja dikenali sebagai pemusnah habitat ikan. Cucu-cucu tak usah meniru jejak langkah kami yang ternyata salah langkah.Di tangan cucu-cucu semua terbeban satu tugas berat untuk memulihara habitat ikan.

Hasil nukilan : Taulani Tukiran dari Kota Marudu,Sabah

Monday 15 December 2014

Lesen pemancing ikan rekreasi di Malaysia??

23:26

Baruk-baruk tok hangat diperkatakan di media sosial,forum-forum mahupun group whatsapp FA  pasal Perlesenan Penangkapan Ikan Rekreasi Kelautan yang bakal di laksanakan oleh Jabatan Perikanan Malaysia dibawah Akta Perikanan 1985.Perlaksanaan ini bakal memberi impak kepada aktiviti memancing laut di Malaysia.Ramai pemancing yang merungut malah ada juga yang menyokong.Apa jua merlaksanaan atau undang-undang baru yang di cadangkan kerajaan pasti ada kebaikan dan keburukan nya yang tersendiri.

Di negara barat ,Lesen memancing atau permit memancing adalah satu cara perundangan untuk mengawal aktiviti memancing.Lesen adalah salah satu bentuk mekanisma sebagai pengurusan perikanan untuk pihak berkuasa tempatan samada penagkapan secara komersial ataupun rekreasi.

Di United Kingdom contohnya,kerajaan mereka mengenakan "rod licence" atau lesen joran untuk sesiapa yang berumur di atas 12 tahun untuk memancing di England dan Wales.Sebagai tambahan sesiapa yang memancing di tasik atau sungai perlu lah meminta permit daripada pemilik tempat tersebut,sama ada milik kelab memancing ,pemilik persendirian atau sebuah organisasi.Manakala di Oregon USA,lesen memancing rekreasi diperkenalkan pada tahun 1901.Di Pennsylvania pula lesen diperkenalkan pada tahun 1919 namun ia hanya untuk non-resident sahaja.Bilangan tangkapan mereka akan diambik kira dan di rekodkan utk rujukan pihak berkuasa.

Di New Zealand pula,lesen memancing di keluarkan oleh wakil kerajaan iaitu Fish and Game New Zealand khas untuk sukan memancing.Permohonan lesen pula adalah mengikut ketegori.Kos untuk lesen pemancing dewasa adalah $123 untuk sepanjang musim.Manakala ketegori 17 tahun kebawah dikehendaki membayar lesen sebanyak $25.Terdapat juga ketegori keluarga dan non-resident.Mun ktk org  rasa nak ngail di New Zealand terpaksalah beli lesen non-resident dengan kos $160.Hurmmmmm.....



Namun di Malaysia,tujuan dan matlamat perlaksanaan lesen memancing ini banyak faedah nya utk tempoh jangka masa yang panjang,lebih lebih lagi dalan memelihara ekosistem ikan di laut dan mengelakan kebanjiran aktiviti pukat tunda yg semakin berleluasa dengan syarat penguatkuasaan mesti lah tip top.cadangan kami dengan perlaksanaan lesen yang dibayar secara tahunan ini dapat memenuhi kehendak pemancing tempatan antara nya seperti berikut:

-Menambah dan menaiktaraf fasiliti memancing.

-Gazetkan kawasan hanya untuk memancing.

-Melepaskan anak benih ikan setiap tahun

-Pemancing di bekalkan dengan insuran

-Membuat tukun tiruan

Kalau setakat mahu mengutip hasil lesen tanpa ada kesinambungan,sudah tentu para pemancing akan membantah sekeras kerasnya.Kami di FA menganggap perlesenan ini sebagai satu pembaharuan dalam bidang memancing di Malaysia.RM10 setahun bukan lah satu yang membebankan utk memenuhi kepuasan hobi kami.Namun kami masih sangsi sejauh mana keberkesanan nya.Tapi sebagai pemancing tegar kami berharap ia membawa kemajuan dalam sukan memancing di Malaysia.


Kesalahan dan penalti jika memancing tanpa lesen.

Tuesday 9 December 2014

Aplikasi Telefon Pintar Buat Kaki Pancing

03:23

Jaman kinek tok telefon pintar bukan agik dilihat sebagai satu kemewahan atau lambang kekayaan tapi ianya sudah menjadi satu keperluan.Malah anak-anak berumur 7 tahun kini sudah memiliki telefon pintar sendiri.Telefon pintar bukan hanya terhad untuk kegunaan SMS atau mendail tapi penggunaan nya semakin meluas dari media social,kamera,planner hinggalah ke aplikasi-aplikasi canggih yang menjadikan ianya lebih pintar dari manusia.

Dalam sukan memancing penggunaan telefon pintar juga dilihat sebagai satu keperluan.Kami di FA bergantung dgn nya utk menentukan pasang surut air,maklumat arah angin,cara ikatan,mengenal pasti jenis ikan dan keadaan cuaca sebelum kami mulakan aktiviti ngail.Ianya sangat mudah dan cepat.Tetapi kami tetap "salute" org lamak marek lebih-lebih lagi para nelayan ,cdak nya ada ilmu semula jadi yg lahir dari pengalaman yg boleh tauk air pasang surut,cuaca dan lain-lain.

Oleh demikian kami ingin berkongsi aplikasi telefon pintar sedang kami gunakan dalam sukan memancing ini.Tidak kira samada Samsung, Nexus, Motorola, Blackberry,Nokia,Xiaomi,Alcatel, atau Lenovo (iphone sik mention pun) anda boleh muat turun sendiri dari Google Play atau Apps store dan lihat keberkesanan dan kepintaran nya menganalisi maklumat yg anda perlukan mahupun sebagai platform utk anda berkongsi hasil tangkapan dan mencari rakan pancing.



                                1. Angler (google play & app store)
Pilihan pertama kami ialah Angler dengan membawa tagline "protect ocean envirolment,catch and release,fishing for future" ia umpama satu hidangan makanan yang penuh dgn vitamin dan nutrien,ianya sangat lengkap.Anda boleh berkongsi gambar tangkapan atau mencari kenalan baru dari seluruh dunia sama seperti  Moment dalam aplikasi Wechat .

Angler adalah sebuah aplikasi telefon pintar percuma untuk kaki pancing seluruh dunia dihasilkan oleh Solot Outdoor.Versi yang terkini menawarkan lebih dari 7000 spot memancing seluruh dunia dengan analisis data air pasang surut yang sentiasa di kemaskini.Ia juga menawarkan model aplikasi secara "offline".Fungsi utama aplikasi ini termasuklah graf pasang surut,carta cuaca,ramalan aktiviti memancing,perkongsian gambar dan banyak lagi.Ianya dapat membantu untuk memastikan keselamatan dan menambahkan keseronokan dalam aktiviti memancing.World Game Fishing Association (Hong Kong) telah menyediakan data untuk aplikasi ini.

Untuk keterangan lanjut anda boleh melayari :
 www.angler.im

Rating dari FA : ☆☆☆☆☆



2. Fish Predictor (google play & app store)

Aplikasi tok antara aplikasi yang famous di kalangan kaki pancing zaman ini dan yang paling penting ianya percuma.Dengan membawa slogan "Fish Smarter" dihasilkan oleh Sportman Tracker.Ianya memnawarkan maklumat penuh pasang surut air beserta suhu.

Fish predator juga mempunyai fungi "buddy tracking" dimana anda dapat mengesan lokasi rakan anda yang berlainan bot di laut.Anda juga boleh menyimpan lokasi memancing anda dalam bentuk digital.

Untuk keterangan lanjut anda boleh layari: www.sportmantracker.com

Rating dari FA : ☆☆☆☆




3. Fish Brain (google play & app store)

"Otak Ikan"  maksud nama aplikasi ini jika di terjemah dalam bahasa malaysia.Dikatakan sebagai komuniti kaki pancing terbesar (mena sik ka).Apa yang kmk amati sistem aplikasi ini sama seperti aplikasi Waze di mana setiap org yang menggunakan nya akan menyumbang maklumat.Sebagai contoh lokasi memancing,target fish,jenis umpan dan lain-lain.Beribu-ribu tangkapan sudah ada di dalam aplikasi ini,semakin banyak pengguna nya semakin tepat ramalan.

Ktk org boleh pilih "privacy level" pada setiap tangkapan yang anda muat naik.Malah anda boleh sembunyi lubok memancing anda dari pemancing lain dan simpan dalam aplikasi ini utk rujukan sendiri.Setiap pemancing perlu menyumbang dlm aplikasi ini supaya seluruh komuniti mendapat faedahnya.

Namun utk mengakses  analisis database lebih mendalam anda perlu membayar RM22.61 utk sebulan.Antara kelebihan pakej premium ini adalah seperti kadar kelembapan air,kedalaman air,tekanan,suhu dan banyak lagi.

Untuk keterangan lanjut sila layari : www.fishbrain.com

Rating dari FA : ☆☆☆








4. Knot Wars (google play & app store)

Tok antara aplikasi ikatan terbaik penah kamek orang nemu,ianya diasaskan dari salah sebuah segmen dalam rancangan North American Fisherman TV Show (yang pastinya tidak di siarkan di Serawak mahupun Malaysia atau dlm channel yard operation).Dalam segmen tersebut mereka diminta untuk bertanding bagi mengenalpasti ikatan siapa yang paling teguh dan kuat untuk melawan keganasan tarikan ikan.Hanya ikatan yang  paling teguh di bawa ke dalam aplikasi ini.

Setiap langkah ikatan diperlihatkan dengan terperinci disertakan dengan video animasi proses ikatan.Walaupun ikatan yang paling kompleks anda boleh mempelajarinya dgn mudah dengan bantuan video animasi offline tersebut.Disertakan juga maklumat "break strength" yang telah di uji.

Semua ikatan ini telah di uji menggunakan tali seperti berikut:
-Monofilament : 14 pound Berkley Triline XT
-Braid : 14 pound Berkley Fireline
-Flurocarbon : 14 pound Berkley 100% Flurocarbon

Rating dari FA : ☆☆☆☆




5.Ultimate Fishing Knot (Google play)
Aplikasi tok adalah aplikasi yang sangat simple dan bersahaja.Segala ikatan asas yang anda perlukan tersusun kemas di dalam aplikasi ini mengikut ketegori.Setiap langkah-langkah ikatan di tunjukan di dalam gambar yang menarik.Aplikasi.ini turut memperlihatkan beberapa ikatan jenis "boating knot" sesuai utk rujukan pemancing di atas bot.

Rating dari FA : ☆☆☆




6. Fish Planet (google play)

Tauk sik ktk org dalam laut bumi kita tok ada 18 ribu spesis hidupan dan masih banyak spesis yang masih belum dikenalpasti.Malah manusia belum boleh meneroka lautan sepenuhnya.Aplikasi ini sedikit sebanyak dapat memudahkan kaki pancing untuk mengenalpasti jenis ikan sama ada ikan air tawar ataupun aek masin.

Setiap ikan diperlikatkan dengan warna sebenar,nama lain dalam 28 jenis bahasa,maklumat biologi,kawasan habitat,waktu sesuai utk memancing spesis tersebut dan juga cara pancingan.

Namun anda perlu membayar untuk akses masuk kedalam "database" dengan lebih banyak spesis akan diperlihatkan.Bayaran nya lebih kurang Ringgit Malaysia 16.Bagi kami bayaran itu sangat berbaloi.Yang agak mengecewakan adalah kebanyakan spesis yang ada di Sarawak atau batu mandik tiada dlm "database" seperti Spanish Mackerel,Peacock Bass dan lain-lain.Diharap kemaskini akan datang dpt menambah lagi spesis-spesis ikan dari asia tenggara.

Untuk keterangan lanjut anda boleh layari : www.mp-fish.com

Rating dari FA : ☆☆☆☆




7. Fish Planet Calender (google play)
Kamek orang agak tertarik dengan aplikasi tok sebab aplikasi ini dilihat sangat lain dari yang lain.Ia memperlihatkan kalender dimana hari-hari yang sesuai utk memburu spesis ikan tertentu. Ianya kesinambungan dari aplikasi Fish Planet .Tidak sempurna jika anda tidak memuat turun sekali aplikasi Fish Planet.

Untuk ramalan tangkapan ikan anda hanya perlu menekan hari pada kalendar.Ramalan akan hadir dalam bentuk grafik yang simple daripada setiap ikan yang berpotensi pada hari tersebut.Yang bestnya setiap hari akan diberi notification ikan apa yg boleh di pancing beserta lokasi.Juga boleh di sync pegi jam elektronik atau gelang kesihatan seperti Samsung Galaxy Gear,Samsung Galaxy Fit dan lain-lain.

Rating Dari FA : ☆☆☆☆





8.Planet Ocean (google play & app store)
Aplikasi ini berbentuk "educational" .Satu aplikasi yang menarik dan padat dengan informasi.Terdapat lebih dari 100 spesis ikan dan hidupan laut berasaskan habitat ,bekalan dan teknik pancingan.Aplikasi ini akan membantu anda untuk mengenalpasti spesis ikan yang terancam.

Anda juga boleh dapatkan berita terkini tentang dunia marin menerusi artikel Goodplanet info magazine,temasuk lah nasihat pengguna.Yang best nya ada resepi masakan ikan yang rupa nya mcm nyaman jak.Anda juga diperluhatkan dgn filem-filem ocean planet.Aplikasi ini lebih kepada "awareness" tentang hidupan laut yang semakin diancam kepupusan.Yang agak mengecewakan ialah kebanyak spesis yang diperlihatkan tiada di perairan sarawak mahupun malaysia atau sbm2.

Untuk maklumat lanjut boleh google : Planet Ocean

Ratung Dari FA : ☆☆☆☆



Monday 1 December 2014

View from below: sejauh mana pentingnya pemilihan warna jig ?

14:00

Kebanyakan pemancing mempunyai warna jig atau lure kegemaran mereka yang di anggap "killer" atau berkesan.Bagaimana pentingnya warna sebagai daya tarikan ikan di dalam air? menurut sains,ianya tidak penting sama sekali.Air secara beransur ansur akan menyerap atau menghalang cahaya yang berbeza gelombang bermakna apa-apa warna akan hilang sebaik saja cahaya matahari melalui air. Secara keseluruhan keamatan dan kecerahan warna akan berkurangan dengan cepat di dalam air.

Di mana kehilangan warna akan berlaku pada kadar yang berbeza bergantung kepada keamatan cahaya matahari, sama ada matahari ditengah langit atau rendah di kaki langit, jumlah awan,kejelasan dan warna air itu sendiri, dan kehadiran sebarang benda asing seperti rumpai atau plankton. Malah dalam keadaan laut yang jauh dari pantai hanya kurang daripada 25 peratus cahaya matahari boleh  menembusi permukaan laut sehingga melebihi 30 kaki atau lebih. Apabila ia mencapai kedalaman 300 kaki, cahaya yang masih wujud mungkin serendah 0.5 peratus daripada yang terdapat di permukaan. Dalam erti kata lain, ia adalah satu tempat yang suram di bawah sana

  
Merah adalah warna yang pertama dilihat oleh mata kita akan hilang, dan biasanya hilang dalam masa 15 atau 20 kaki dari permukaan.Begitu juga dalam air keruh.Diikuti dengan oren,kuning, hijau, dan ungu. Biru akan menembusi air tanpa kehilangan warna paling dalam sekali, kesemua tona warna Dapat dilihat oleh mata manusia dan gelombang ultra violet
dapat dilihat oleh ikan.




Ini memberi kesan tentang bagaimana kita dan ikan melihat sesuatu benda dalam air. Objek putih akan muncul kebiruan atau kelabu di bawah air, warna itu akan menjadi gelap bila ia jauh didalam air. Objek merah akan mula
Kelihatan coklat gelap atau hitam dalam beberapa meter daripada permukaan. Pada paras 40 atau 50 kaki, walaupun dalam air yang sangat bersih dan jelas,Apa saja warna akan kelihatan samada berwarna kelabu ,biru atau hitam.





Fenomena cahaya dan kehilangan warna dalam air membuat satu penghinaan terhadap kepentingan warna pada gewang namun pemancing 
dunia akan terus berhujah bahawa satu warna lebih baik daripada lain. Perkara yang melucukan adalah, jika anda bertanya kepada setengah dozen pemancing tentang warna jig yang paling berkesan, anda mungkin menerima enam jawapan yang berbeza. Mungkin sudah tiba masanya untuk kita memberi penekanan lebih besar pada saiz jig,teknik jigging dan pemilihan lubuk.




Ahli biologi Perikanan telah memberitahu bahawa mata ikan sangat serupa dengan mata kita dalam beberapa aspek.Kebanyakan ikan di kawasan cetek ataupun perairan yang dalam mempunyai keupayaan untuk melihat warna,dengan syarat habitat mereka bukan air keruh kekal. Hanya beberapa spesis ikan dengan habitat air yang sangat keruh (cth:ikan keli) mempunyai penglihatan terhad terhadap warna. Pemangsa laut dalam mempunyai penglihatan yang sangat baik dalam lingkungan warna biru-hijau
, kerana di laut warna-warna ini menembusi cahaya dengan baik kerana faktor air laut itu sendiri.  


Ini adalah "colour disc" yang akan digunakan untuk melihat perubahan warna pada kedalaman tertentu dalam laut.


Pada paras 2 meter dalam laut "colour disc" ini masih jelas menonjolkan warnanya

"Colour disc" semakin kehilangan warna pada paras 4 meter

Pada paras 8 meter hampir kesemua warna tidak kelihatan melainkan warna "fluorescent" yang masih boleh di lihat dalam kegelapan bawah laut.



P/S:Diterjemah dari artikel yang ditulis oleh Steve Starlo Starling seorang penulis sukan memancing yang berasal dari Australia.

About Us

Recent

Random