Aplikasi Telefon Pintar Buat Kaki Pancing
Jaman kinek tok telefon pintar bukan agik dilihat sebagai satu kemewahan atau lambang kekayaan tapi ianya sudah menjadi satu keperluan.Malah anak-anak berumur 7 tahun kini sudah memiliki telefon pintar sendiri.Telefon pintar bukan hanya terhad untuk kegunaan SMS atau mendail tapi penggunaan nya semakin meluas dari media social,kamera,planner hinggalah ke aplikasi-aplikasi canggih yang menjadikan ianya lebih pintar dari manusia.
Dalam sukan memancing penggunaan telefon pintar juga dilihat sebagai satu keperluan.Kami di FA bergantung dgn nya utk menentukan pasang surut air,maklumat arah angin,cara ikatan,mengenal pasti jenis ikan dan keadaan cuaca sebelum kami mulakan aktiviti ngail.Ianya sangat mudah dan cepat.Tetapi kami tetap "salute" org lamak marek lebih-lebih lagi para nelayan ,cdak nya ada ilmu semula jadi yg lahir dari pengalaman yg boleh tauk air pasang surut,cuaca dan lain-lain.
Oleh demikian kami ingin berkongsi aplikasi telefon pintar sedang kami gunakan dalam sukan memancing ini.Tidak kira samada Samsung, Nexus, Motorola, Blackberry,Nokia,Xiaomi,Alcatel, atau Lenovo (iphone sik mention pun) anda boleh muat turun sendiri dari Google Play atau Apps store dan lihat keberkesanan dan kepintaran nya menganalisi maklumat yg anda perlukan mahupun sebagai platform utk anda berkongsi hasil tangkapan dan mencari rakan pancing.
1. Angler (google play & app store)
Pilihan pertama kami ialah Angler dengan membawa tagline "protect ocean envirolment,catch and release,fishing for future" ia umpama satu hidangan makanan yang penuh dgn vitamin dan nutrien,ianya sangat lengkap.Anda boleh berkongsi gambar tangkapan atau mencari kenalan baru dari seluruh dunia sama seperti Moment dalam aplikasi Wechat .



