Sunday 30 November 2014

"The Blues Gang" bolot hadiah

00:53

Pada 29 November 2014 berlangsungnya Pertandingan Memancing Tebing Sungai/Pantai anjuran Rumpun Silat Sarawak Wilayah Bintulu yang di adakan di sepanjang Tebingan Promenade Bintulu. Kami tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan tersebut.Tanpa kami sedari ini adalah pengalaman pertama kami menyertai pertandingan memancing.

Hon dibunyikan seawal jam 8 pagi memecah kesunyian bagi menandakan bermula nya pertandingan.Hanya satu ketegori di pertandingkan iaitu ikan terberat.Seorang peserta hanya boleh menggunakan 1 set joran dengan kaedah pancingan dasar "single hook".Kelompok kumpulan kami adalah yang paling jauh mengasingkan diri di hujung tebingan.

Pelbagai teknik dasar digunakan berumpankan sotong,tongkol dan udang digandingkan dgn batu ladung jenis sauh dan joran 13 kaki panjang.Balingan demi balingan dilontarkan demi memburu ikan yang besar.Tangkapan pada sebelah pagi amat memberangsangkan.Seekor demi seekor  ikan di bawa ke meja urusetia utk ditimbang dan direkodkan.Antara ikan tangkapan adalah belukang(the blues gang),tirusan,tenggiri batang(kayu hanyut),obor-obor(plastik sampah) dan banyak lagi.

Namun pada sebelah petang tangkapan semakin berkurangan berikutan air sungai semakin surut.Tapi kami tanpa berputus asa meneruskan perjuangan sehingga detik-detik akhir pertandingan.Anai merupakan "man of the match" dikalangan kelompok kami apabila mendaratkan paling banyak ikan.

Dikalangan kelompok kami rata-rata nya mendapat tempat dlm senarai pemenang.Hadiah pertama dimenangi oleh Sam Harbour dengan ikan seberat 1.3kg membawa pulang wang tunai sebanyak RM500 adik nya Daus di tempat ke 4.Amin Muhaimin di tempat ke 6 membawa pulang hamper manakala Awg Nazrin di tempat ke 9 dgn sampul surat yg dirahsiakan isikandungan nya.Farhan pula di tempat ke 10 juga memenagi sampul surat rahsia.Kesemua pemenang tadi mendaratkan ikan "the blues gang" yang sangat agresif membedal apa saja umpan yang terhidang.


Bergambar bersama Bro khairul selaku penganjur



Awg Nazrin Awg Daud dengan tangkapan nya


Sam harbour dengan Gaya jeremy wade

Wakil FA membolot tempat terakhir masing-masing no ke 9 dan 10

Anai bergambar bersama "hadiahnya"

The blues gang bolot separuh hadiah pertandingan

Wardi dgn joran 13 kaki beraksi

About Us

Recent

Random