kinek tok kita dapat lihat kedai-kedai pancing tumbuh bak cendawan selepas hujan,produk-produk reel atau rod pula melambak dipasaran dgn pelbagai ketegori harga.Dari harga murah ,sederhana hinggalah harga premium.Kelambakan barangan pancing di pasaran bagai tiada penghujungnya.Setiap hari ada sahaja produk baru di keluarkan oleh pengilang-pengilang alatan memancing.Malah setiap kali produk baru yang keluar pasti ada teknologi baru yang diperkenalkan.Boleh dikatakan berniaga barang pancing sangat menguntungkan.
Tapi persoalannya kini,benarkah hobi memancing adalah hobi yang mahal? Lihat saja kekili dalam almari kaca di Loconia Tackle harga mencecah ribuan ringgit,dengan jenama high-end seperti Shimano,Daiwa,Banax dll tidak dapat disangkal lagi umum menggelarkan memancing adalah hobi yang mewah.Pertarungan dengan ikan di laut sering memutuskan tali ,jadi pemancing akan kehilangan jig atau batu ladung atau aksesori lain.Ini lah sebabnya para pemancing sering menghabiskan duit mengunjungi kedai pancing utk mendapatkan aksesori baru.
Bagi kami hobi memancing bukan lah hobi yang mahal.Ianya bergantung kepada kemampuan individu.Kadangkala kepuasan seorang pemancing bukanlah pada kejayaan mendaratkan ikan tapi memiliki set pancing yang berkualiti juga salah satu kepuasan.Tidak dapat kita nafikan yang barangan berkualiti memang mahal harganya.Bak kata pepatah melayu "Kalah membeli,menang memakai".
Semua pemacing impikan set pancingan yang premium demi kepuasan menangkap ikan.Namun tidak semua yang mampu.Jadi jadilah pemancing yang bijak,belanja mengikut kemampuan dan bukannya nafsu.Seorang pemancing yang bijak akan akan membuat servay barangan pancing dengan teliti dengan spesifikasi yang diperlukan dan membuat perbandingan harga memgikut bajet individu.
Mari kita bandingkan dengan sukan Golf dimana ianya digelar sukan elite.Golf juga dianggap sebagai hobi,ramai penggemar sukan golf sering dikaitkan dengan orang-orang kenamaan dan golongan VIP.Yuran menjadi ahli kelab golf mencecah ratusan ribu ringgit.Set golf pula berharga ribuan ringgit.Belum lagi menyewa "buggy" atau mengajikan "caddy".Masuk pertandingan golf yuran nya pula tidak kurang dari RM200.Inilah baru dikatakan sukan yang mahal,jauh lebih mahal dari sukan memancing.
Set pancingan yang mahal tidak menjanjikan tangkapa yang lumayan.Tapi kualiti dan prestasinya dijamin memuaskan.Set pancingan murah juga memiliki kualiti nya tersendiri jika kita bijak memilih.Pokok pangkal nya bergantung kepada kemampuan seseorang.Ukurlah baju pada badan senddiri.Hobi memancing adalah hobi untuk semua lapisan umur tidak mengira jantina,kaya atau miskin.
"Ikan tidak kenal jenama,ikan tidak makan rod atau reel.Set yang berharga ribuan ringgit masih gagal mendapat sentapan ikan...jadi pelajarilah ilmu dan berfikir seperti ikan" -Indra,Southern Jigger
"Aku makey rod Xpuyu dengan reel Tomman dapat juak narit kertang 45.7kg" -Anad,Kampung Bako
"Kayuhan lancar Shimano Twin Power memberi kuasa yang maksimum untuk bertarung dengan ikan,sangat memuaskan!" -Afa,Kidurong
"Masalah bearing jem pada reel Ajiking pabila memancing di laut sering memberi tekanan kepada saya" -Naap,Kampung Pisang
"Rod Xzoga Takadum bagus darisegi ketahanan dan lifting power nya sangat berbaloi untuk dimiliki walaupun mahal" -Arif,Kampung Assakirin
"Rod Santec dan reel White Rabbit tok dah masok 25 tahun aku makey kelaut.Sampey kinek tok maseh juak setedey...ya pun terpaksa hari2 aku sebis" -Pak Ardi,Taman Sri Pelabuhan
Bna ya....xpuyu pun dpt narit kretang
ReplyDeleteAnad asal kpg bako?
Delete