Showing posts with label micro jig. Show all posts
Showing posts with label micro jig. Show all posts

Friday, 16 January 2015

Tutorial Ikatan Assist Hook Buat Micro Jigging

07:48


Jigging season dijangka bermula selepas Tahun Baru Cina yang menandakan berakhirnya musim monsun di Malaysia.Malah ada juga pemancing hardcore yang berani keluar ke laut saat-saat musim monsun sedang membadai lautan.

Deruan ombak pantai dan bau kesegaran laut dari Tanjong Batu memberi satu adrenalin rush buat pemancing yang gian untuk merasa sentapan ikan pada jig.Bagi melepaskan gian tersebut mari kita buat persediaan sebelum bermulanya jigging season.Dibawah adalah video tutorial bagaimana mengikat assist hook untuk micro jig yang di sediakan oleh Atoy Comstar iaitu salah seorang Fishing Engineer kami.


Assist Hook- Micro Jigging Part 1: http://youtu.be/wFDeDBLIy8A

Assist Hook- Micro Jigging Part 2: http://youtu.be/DibBEXWVIHE

Assist Hook- Micro Jigging Part 3: http://youtu.be/auJ2CbYtG6s









Thursday, 29 May 2014

Micro jigging di kapal LNG

08:45
Teknik memancing menggunakan jig micro menjadi kegilaan pemancing masa kini.kami juga tidak terlepas utk mencuba keasyikan micro jigging.Kami di ketuai oleh tekong Wardi Sahari dgn menggunakan bot bapanya dgn engin Mercury 40hp membelah lautan bintulu menuju kapal-kapal LNG yang sedang berlabuh menanti giliran utk masok ke pelabuhan.

Liquid Natural Gas

Puteri Firus Satu


Lokasi micro jigging ini tidak akan pernah menghampakan.kapal LNG Puteri Firus Satu menjadi lokasi pilihan kami kerna hasilnya sangat-sangat lumayan.antara kapal yang menjadi magsa kami antaranya Aman Hakata,Puteri Mutiara dan lain2.Kami juga tidak terlepas utk beraksi di SBM1(Single Bouy Mouring 1) yg terletak lebih kurang 6 batu nautika dari pelabuhan Bintulu.


Landed Spanish mackarel 

Antara killer jig yg telah dikenal pasti

Membelah lautan



Dengan menggunakan jig micro 30g kebawah dgn rod dibawah PE 2 dan reel bersaiz 2000 kumpaw pasti tidak menghampiri anda.antara ikan yg berjaya di daratkan adalah geronggong,tenggiri papan,talang-talang,kerapu dan tenggiri batang.Ada masanya aksi menjadi sangat  "frenzy" lebih-lebih lagi waktu petang.malah teknik pancingan dasar menggunakan apollo dgn flasher tanpa umpan tidak disangka dpt mendaratkan byk ikan tenggiri papan.

Tekong Wardi Sahari

Antara hasil yg berjaya di landing kan

Batang papan jaket batang papan jaket

Lembu punya susu,gajah dpt nama

Gaya membawa ikan melimpasi org ramai yang sangat stylo sekali di dunia

About Us

Recent

Random