Thursday 21 April 2016

Joran Patah : Void A Warranty?

00:19
Baru-baru ini dunia pancing tempatan di kejutkan dengan kisah pemacing yang mengadu joran nya patah tidak mendapat dapat jaminan dari pengeluar joran.Ianya heboh dalam media sosial.Bukan sahaja joran keluaran tempatan malah joran jenama terkemuka juga tidak lepas dari isu ini.Isu ini biasanya melibatkan pengguna dan pengeluar joran.Setiap pengeluar joran ada polisi tersendiri untuk pelanggan membuat tuntutan jaminan dari produk mereka yang rosak.Pelbagai faktor perlu diambil kira sebelum tuntutan dapat di buat,malah siasatan secara terperinci juga dijalankan supaya mereka dapat membuat keputusan yang betul.
Setiap produk pancing yang ada dipasaran sepatutnya sudah di uji terlebih dahulu sebelum ianya sedia utk disimpan di rak joran kedai menjual peralatan pancing.Ujian yang dijalankan adalah dlm bentuk "worst scenario" dimana ianya diuji pada tahap yang paling maksimum.
Cara yang "standard" utk menguji kekuatan joran adalah dgn meletakan joran pada sudut 45° kemudian satu jumlah beban tertentu diletakkan  pada "tips" joran utk memberinya satu lengkungan yang padu.Data dari ujian ini akan diambil utk membuat pengiraan bagi memberi "rating" kekuatan joran.Rating ini lah yang akan menetapkan "line class" (2-6lbs,PE1-3) atau cadangan kekuatan tali yang patut digunakan utk joran tersebut.
"Line class" yang dicadangkan pada joran sepatutnya pemancing patuhi.Jika ianya tidak dipatuhi ianya boleh menyebabkan joran berada pada tahap tekanan yang tinggi ketika melawan ikan dan boleh menyebabkan kerosakan yg serius pada joran.Belum sempat tali anda putus akibat tekanan,joran anda kemungkinan dahulu yang akan patah.
Oleh sebab itu juga joran hadir dlm spesifikasi yang berbeza utk teknik pancingan yang berbeza dan salah satu faktor pengeluar joran mengabaikan tuntutan jaminan adalah apabila mereka dpt tahu yg anda menggunakan tali tidak mengikut spesifikasi yang dicadangkan.
Berikut adalah antara faktor tuntutan jaminan pada joran anda yang rosak ditolak oleh pihak pengeluar joran :
1) Joran menunjukan tanda-tanda kerosakan akibat dari pengguna.
2) Joran telah diubah suai,tidak diselengara dgn baik,telah disalahguna dan sengaja dirosakan.
Pengeluar joran hanya akan memberi tuntutan jaminan pada joran yang mempunyai masalah dari pembuatan mutu kerja atau bahan yang digunakan pada joran. (Polisi yang biasanya digunakan oleh pengeluar joran)
Nota penting : Harus kami ingatkan disini bahawa setiap pengeluar joran atau peralatan memancing mempunyai polisi tuntutan jaminan (warranty) yang berbeza-beza.Oleh itu sila rujuk dengan pengeluar joran yang anda beli untuk mengetahui polisi warranty mereka.Apa yang kami tulis diatas adalah satu polisi yang standard,dimana ianya biasa digunapakai oleh pengeluar joran antarabangsa.
Pengguna yang membuat tuntutan tidak mengikut kriteria warranty akan di berikan tawaran penggantian joran yang baru dengan harga yang murah oleh pengeluar joran diatas dasar simpati kepada pelanggan dan demi menjaga nama baik produk.Itu salah satu cara utk menangani masalah ini yang biasa di amalkan oleh kebanyakan pengeluar joran.
Kami sebagai pemancing faham perasaan anda bila mana joran ratusan ringgit anda patah.Kami sudah mengalami situasi itu banyak kali.Ianya amat menyedihkan dan cerita nya akan berlarutan selama mana joran itu belum diganti.Tapi anda sebagai pengguna harus tahu cara mengguna dan menyelenggara joran anda dengan cara yang betul.
Pada pendapat kami kebanyakan kejadian joran patah ini akibat dari kecuaian pengguna iti sendiri.Cara pengendalian yang salah,cara penyimpanan yang tidak selamat,cara penyelengaraan yang tidak betul.Faktor-faktor ini yang perlu kita ambil berat utk memastikan joran kita sentiasa berada dlm keadaan yang baik dan prestasinya sentiasa pada tahap maksimum.
"FISHING ROD IS A STICK WITH A HOOK AT ONE END AND A FOOL AT THE OTHER"
PLEASE DONT BE THAT FOOL!
FISH HARD NIGGA!!!
F.A.O

Monday 11 April 2016

War On Ebek

12:10
Satu trip memancing menggunakan perkhitmatan Tekong Pak Sudir di perairan Miri dirancang 2 bulan sebelum tarikh ditetapkan oleh Wawa. Trip kali ini pada mulanya diisi oleh 4 pemancing terdiri daripada Wawa, Paan, Qus, dan Atoy. Akan tetapi Paan menarik diri di saat akhir menyebabkan hanya mereka bertiga sahaja tinggal.

Trip kali ini bertemakan "The War On Ebek"

5 April 2016

Perjalanan bermula selewat jam 6.02pm berangkat dari rumah tuan presiden Flamingo Anglers di kampung pisang. Kami bergerak menggunakan 2 buah kereta dan tiba di Miri anggaran jam 9.07pm. Wawa terus menghubungi Pak Sudir untuk mengatakan kami telah tiba di Miri dengan selamat dan akan bertemu dengan nya di Restoran Muara kerana kami bertiga akan bermalam di rumah Pak Sudir. Atoy pula menghubungi sahabat Flamingo Anglers yang memang berada di Miri iaitu David, dengan pantas beliau datang menjumpai kami di lokasi sebelum ketibaan Pak Sudir. 


Kelihatan Pak Sudir sedang menerangkan lokasi dan memberi pendapat lokasi yang sesuai

Kami cuba memujuk David untuk menyertai kami untuk trip kali ini. Pada mulanya beliau menolak perlawaan kami, tetapi setelah Pak Sudir menaburkan "racun" yang kuat dan power, David mulai merasa mabuk racun Pak Sudir. Beliau mengambil keputusan untuk mengambil cuti kecemasan demi menyertai kami. 11.14pm, kami berangkat ke kediaman Pak Sudir untuk menyiapkan kelengkapan dan berehat.

6 April 2016

7.01am kami bangun dari tidur dan berkemas untuk pergi. Kami menjemput David dari rumah dan terus pergi sarapan dan membungkus bekalan untuk dibawa turun. 

Sarapan pagi dan sesi membungkus bekalan

Tepat jam 9.00am kami mulai bergerak menghala ke jeti di Kampung Pulau Melayu dan tiba anggaran 18minit kemudian. Dengan semangat, kami memunggah barang masuk ke dalam boat dan mulai bergerak ke lokasi yang telah di rancang dan dipersetujui hasil perbincangan semalam.

Bot berukuran 30"x5" beserta enjin kembar 40hp

Peralatan selesai dimuat atas bot


Mulai bergerak anggaran jam 9.35am


Berlepas dari Kuala Miri dengan semangat dan doa.


Perjalan kami mengambil masa lebih kurang sejam lima belas minit dari jeti. Kami tiba di lokasi memancing kira-kira jam 10.30am. Tanpa membuang masa, kami dengan segera menurunkan jig masing2 untuk mencari "strike" yang pertama. Tidak lama mengayunkan jig, sentapan pertama di rasai oleh Wawa dengan set ringan nya. Seekor kerapu junevil berjaya didaratkan. Kami menuruskan jigging hanyut di beberapa point kawasan pelantar tersebut. Kelihatan Wawa sekali lagi mengasak rod Expert Butterfly PE1.5-3 digandingkan dengan Shimano Stradic 5000 FJ yang berbekalkan tali utama Tuffline 30lbs dan jig 100g nya. Kali ini kelihatan tarikan penghuni dasar agak mencabar dari yang mulanya sebentar tadi. Masih dalam perlawanan Wawa, rod OK Fish Slow Jigging PE1.5-2 digandingkan dengan Daiwa Tatula Custom HD berbekalkan tali utama Tuffline 15lbs dan Jig HR slow jigging 110g milik Atoy disentap hebat pengguni dasar. Double Strike kali ini dikawal rapi agar tali utama tidak bertembung. Ebek pertama berjaya di daratkan oleh Wawa tidak lama kemudian dan dikuti oleh Atoy. 

Ebek pertama didaratkan oleh Wawa

Dual Strike pasti meletop

Kami kembali ke point asal untuk berhanyut, setelah beberapa kali "repeat", satu sentapan diterima oleh Ujang selaku pembantu tekong trip kali ini. Berbekalkan set pancingan kasar, pemangsa berjaya di daratkan dengan kadar pantas walaupun telah membuat beberapa larian. Sekali lagi ebek ebek berjaya didaratkan di atas bot. 

Ujang selaku pembantu tekong bersama ebek nya


Tekong mengambil keputusan untuk berikat di pelantar. Setelah berikat, beberapa kerapu junevil berjaya didaratkan walaupun ada beberapa kali tali utama berjaya di putuskan oleh penghuni kerana berjaya ditarik ke arah tiang pelantar.

Triple strike junevil


Sekali lagi 14 sebatan keatas David dengan tangkapan Junevil


SAME Wave Jig 80g memberi nafsu kepada ikan kecil dan comel


Menjelang tengah hari, aktiviti ikan semakin kurang, Tekong mengarahkan Ujang melepaskan tali ikatan dan untuk terus berhanyut sebelum berikat semula di posisi pelantar yang lain. Beberapa percubaan dibuat di posisi baharu tapi gagal memujuk penghuni dasar, tekong membuat keputusan untuk terus berhanyut sehinggalah kami berpindah ke lokasi tiang "blower" anggaran jam 1.42pm. Sepanjang kami berhanyut, pelbagai jenis spisis berjaya didaratkan oleh kami. 

Kerapu Junevil dari Atoy

Pada hanyutan pertama kami di tiang "blower", David menerima asakan hebat dari penunggu tiang menggunakan set micronya dengan rod Hasamu Micro PE0.2-0.5 digabungkan dengan kekili Shimano Stella 2000 yang dimuatkan dengan tali utama Mustard PE0.8 yang disambung dengan perambut xzoga FluroCarbon 25lbs serta menggayakan jig ima 20g. Setelah hampir 10minit bertarung, kelibat mangsa telah kelihatan, ebek berskala anggaran 4kg berjaya didaratkan. 

Ebek tewas dengan set micro David


Kami difahamkan oleh tekong kawasan tersebut merupakan kawasan kediaman untuk "Amberjack" yang terdekat dengan pantai di perairan Miri. Beberapa kali percubaan dan pecutan dari spisis yang tidak dikenal pasti berkemungkinan adalah "Amberjack" dirasai tetapi gagal di daratkan malah gagal dibawa untuk mendekati bot kami. 

Sekali lagi SAME Wave Jig meransang nafsu makan ikan trevally ini.


Kami beralih ke tiang seterusnya, beberapa sentapan yang kami perolehi, namun hanya seekor sahaja yang berjaya kami daratkan dengan set ringan Atoy berjaya mendaratkan seekor jemuduk selepas ikan Alu-alu tekong lari melepaskan diri dengan jig koika 60g setelah berada di sisi bot.

Jemuduk degil menyebabkan tekong sempat tidur menunggu ia tiba di permukaan


Jam 3.14pm kami berpindah ke pelantar Baram A yang berada tidak jauh dari lokasi kami. Qusyai beberapa kali diasak oleh pengguni Baram A bersenjatakan rod majorcraft PE1-3 dengan kekili Shimano Stradic 5000 dimuatkan tali utama mustard PE2.5 serta jig pelbagai jenis telah di"tax" oleh penunggu pelantar. Akhirnya starlit 100g berwarna merah jambu berjaya menawan hati seekor trevally yang berjaya didaratkan oleh Qusyai. 

Trevally comel bersama Qusyai

Lebih kurang sejam kemudian anggaran Jam 4, kami kembali kearah darat dan singgah sejam d SBM untuk mencuba nasib dengan set micro. Selepas beberapa kali "repeat" Wawa disentap hebat oleh seekor jenahak anggaran 2.5kg menggunakan set micronya.

Jenahak RM2/kg hasil Wawa dengan set micro

Tepat jam 6.20pm, tekong mengarahkan kami utk bersiap untuk pulang ke jeti. Perjalanan mengambil masa anggaran 1/2 jam untuk ke jeti. Setibanya kami di jeti, kami terus mengemas barang dan berangkat pulang, dan singgah d Restoran Muara untuk menghantar ikan untuk makan malam kami. Sementara menunggu masak, kami pulang untuk membersihkan diri dan kembali untuk makan dan membuat posmeterm trip.
Hasil trip kali ini, kami berjaya kerana spisis target berjaya di daratkan dan semuanya berjalan lancar, syukur alhamdulillah. Kami bersurai pada jam 11.01pm dan pulang ke kediaman Pak Sudir manakala Qusyai pulang ke tempat saudara mara nya. Kami berangkat pulang ke Bintulu pada 7 April 2016.

Penyerahan cenderahati dari FA kepada tekong Pak Sudir


Sticker trip yang ditaja oleh Qayy Printing Shop


Pasangan paling ideal trip The War On Ebek 2016... Mantapp!!!


Tekong: Pak Sudir
No Tel: 010 9729336
Lokasi: Baram, Miri

"Fishing is not to only catch fish, you learn to be patient and it makes you stronger"










About Us

Recent

Random