Thursday 21 April 2016

Joran Patah : Void A Warranty?

00:19
Baru-baru ini dunia pancing tempatan di kejutkan dengan kisah pemacing yang mengadu joran nya patah tidak mendapat dapat jaminan dari pengeluar joran.Ianya heboh dalam media sosial.Bukan sahaja joran keluaran tempatan malah joran jenama terkemuka juga tidak lepas dari isu ini.Isu ini biasanya melibatkan pengguna dan pengeluar joran.Setiap pengeluar joran ada polisi tersendiri untuk pelanggan membuat tuntutan jaminan dari produk mereka yang rosak.Pelbagai faktor perlu diambil kira sebelum tuntutan dapat di buat,malah siasatan secara terperinci juga dijalankan supaya mereka dapat membuat keputusan yang betul.
Setiap produk pancing yang ada dipasaran sepatutnya sudah di uji terlebih dahulu sebelum ianya sedia utk disimpan di rak joran kedai menjual peralatan pancing.Ujian yang dijalankan adalah dlm bentuk "worst scenario" dimana ianya diuji pada tahap yang paling maksimum.
Cara yang "standard" utk menguji kekuatan joran adalah dgn meletakan joran pada sudut 45° kemudian satu jumlah beban tertentu diletakkan  pada "tips" joran utk memberinya satu lengkungan yang padu.Data dari ujian ini akan diambil utk membuat pengiraan bagi memberi "rating" kekuatan joran.Rating ini lah yang akan menetapkan "line class" (2-6lbs,PE1-3) atau cadangan kekuatan tali yang patut digunakan utk joran tersebut.
"Line class" yang dicadangkan pada joran sepatutnya pemancing patuhi.Jika ianya tidak dipatuhi ianya boleh menyebabkan joran berada pada tahap tekanan yang tinggi ketika melawan ikan dan boleh menyebabkan kerosakan yg serius pada joran.Belum sempat tali anda putus akibat tekanan,joran anda kemungkinan dahulu yang akan patah.
Oleh sebab itu juga joran hadir dlm spesifikasi yang berbeza utk teknik pancingan yang berbeza dan salah satu faktor pengeluar joran mengabaikan tuntutan jaminan adalah apabila mereka dpt tahu yg anda menggunakan tali tidak mengikut spesifikasi yang dicadangkan.
Berikut adalah antara faktor tuntutan jaminan pada joran anda yang rosak ditolak oleh pihak pengeluar joran :
1) Joran menunjukan tanda-tanda kerosakan akibat dari pengguna.
2) Joran telah diubah suai,tidak diselengara dgn baik,telah disalahguna dan sengaja dirosakan.
Pengeluar joran hanya akan memberi tuntutan jaminan pada joran yang mempunyai masalah dari pembuatan mutu kerja atau bahan yang digunakan pada joran. (Polisi yang biasanya digunakan oleh pengeluar joran)
Nota penting : Harus kami ingatkan disini bahawa setiap pengeluar joran atau peralatan memancing mempunyai polisi tuntutan jaminan (warranty) yang berbeza-beza.Oleh itu sila rujuk dengan pengeluar joran yang anda beli untuk mengetahui polisi warranty mereka.Apa yang kami tulis diatas adalah satu polisi yang standard,dimana ianya biasa digunapakai oleh pengeluar joran antarabangsa.
Pengguna yang membuat tuntutan tidak mengikut kriteria warranty akan di berikan tawaran penggantian joran yang baru dengan harga yang murah oleh pengeluar joran diatas dasar simpati kepada pelanggan dan demi menjaga nama baik produk.Itu salah satu cara utk menangani masalah ini yang biasa di amalkan oleh kebanyakan pengeluar joran.
Kami sebagai pemancing faham perasaan anda bila mana joran ratusan ringgit anda patah.Kami sudah mengalami situasi itu banyak kali.Ianya amat menyedihkan dan cerita nya akan berlarutan selama mana joran itu belum diganti.Tapi anda sebagai pengguna harus tahu cara mengguna dan menyelenggara joran anda dengan cara yang betul.
Pada pendapat kami kebanyakan kejadian joran patah ini akibat dari kecuaian pengguna iti sendiri.Cara pengendalian yang salah,cara penyimpanan yang tidak selamat,cara penyelengaraan yang tidak betul.Faktor-faktor ini yang perlu kita ambil berat utk memastikan joran kita sentiasa berada dlm keadaan yang baik dan prestasinya sentiasa pada tahap maksimum.
"FISHING ROD IS A STICK WITH A HOOK AT ONE END AND A FOOL AT THE OTHER"
PLEASE DONT BE THAT FOOL!
FISH HARD NIGGA!!!
F.A.O

Monday 11 April 2016

War On Ebek

12:10
Satu trip memancing menggunakan perkhitmatan Tekong Pak Sudir di perairan Miri dirancang 2 bulan sebelum tarikh ditetapkan oleh Wawa. Trip kali ini pada mulanya diisi oleh 4 pemancing terdiri daripada Wawa, Paan, Qus, dan Atoy. Akan tetapi Paan menarik diri di saat akhir menyebabkan hanya mereka bertiga sahaja tinggal.

Trip kali ini bertemakan "The War On Ebek"

5 April 2016

Perjalanan bermula selewat jam 6.02pm berangkat dari rumah tuan presiden Flamingo Anglers di kampung pisang. Kami bergerak menggunakan 2 buah kereta dan tiba di Miri anggaran jam 9.07pm. Wawa terus menghubungi Pak Sudir untuk mengatakan kami telah tiba di Miri dengan selamat dan akan bertemu dengan nya di Restoran Muara kerana kami bertiga akan bermalam di rumah Pak Sudir. Atoy pula menghubungi sahabat Flamingo Anglers yang memang berada di Miri iaitu David, dengan pantas beliau datang menjumpai kami di lokasi sebelum ketibaan Pak Sudir. 


Kelihatan Pak Sudir sedang menerangkan lokasi dan memberi pendapat lokasi yang sesuai

Kami cuba memujuk David untuk menyertai kami untuk trip kali ini. Pada mulanya beliau menolak perlawaan kami, tetapi setelah Pak Sudir menaburkan "racun" yang kuat dan power, David mulai merasa mabuk racun Pak Sudir. Beliau mengambil keputusan untuk mengambil cuti kecemasan demi menyertai kami. 11.14pm, kami berangkat ke kediaman Pak Sudir untuk menyiapkan kelengkapan dan berehat.

6 April 2016

7.01am kami bangun dari tidur dan berkemas untuk pergi. Kami menjemput David dari rumah dan terus pergi sarapan dan membungkus bekalan untuk dibawa turun. 

Sarapan pagi dan sesi membungkus bekalan

Tepat jam 9.00am kami mulai bergerak menghala ke jeti di Kampung Pulau Melayu dan tiba anggaran 18minit kemudian. Dengan semangat, kami memunggah barang masuk ke dalam boat dan mulai bergerak ke lokasi yang telah di rancang dan dipersetujui hasil perbincangan semalam.

Bot berukuran 30"x5" beserta enjin kembar 40hp

Peralatan selesai dimuat atas bot


Mulai bergerak anggaran jam 9.35am


Berlepas dari Kuala Miri dengan semangat dan doa.


Perjalan kami mengambil masa lebih kurang sejam lima belas minit dari jeti. Kami tiba di lokasi memancing kira-kira jam 10.30am. Tanpa membuang masa, kami dengan segera menurunkan jig masing2 untuk mencari "strike" yang pertama. Tidak lama mengayunkan jig, sentapan pertama di rasai oleh Wawa dengan set ringan nya. Seekor kerapu junevil berjaya didaratkan. Kami menuruskan jigging hanyut di beberapa point kawasan pelantar tersebut. Kelihatan Wawa sekali lagi mengasak rod Expert Butterfly PE1.5-3 digandingkan dengan Shimano Stradic 5000 FJ yang berbekalkan tali utama Tuffline 30lbs dan jig 100g nya. Kali ini kelihatan tarikan penghuni dasar agak mencabar dari yang mulanya sebentar tadi. Masih dalam perlawanan Wawa, rod OK Fish Slow Jigging PE1.5-2 digandingkan dengan Daiwa Tatula Custom HD berbekalkan tali utama Tuffline 15lbs dan Jig HR slow jigging 110g milik Atoy disentap hebat pengguni dasar. Double Strike kali ini dikawal rapi agar tali utama tidak bertembung. Ebek pertama berjaya di daratkan oleh Wawa tidak lama kemudian dan dikuti oleh Atoy. 

Ebek pertama didaratkan oleh Wawa

Dual Strike pasti meletop

Kami kembali ke point asal untuk berhanyut, setelah beberapa kali "repeat", satu sentapan diterima oleh Ujang selaku pembantu tekong trip kali ini. Berbekalkan set pancingan kasar, pemangsa berjaya di daratkan dengan kadar pantas walaupun telah membuat beberapa larian. Sekali lagi ebek ebek berjaya didaratkan di atas bot. 

Ujang selaku pembantu tekong bersama ebek nya


Tekong mengambil keputusan untuk berikat di pelantar. Setelah berikat, beberapa kerapu junevil berjaya didaratkan walaupun ada beberapa kali tali utama berjaya di putuskan oleh penghuni kerana berjaya ditarik ke arah tiang pelantar.

Triple strike junevil


Sekali lagi 14 sebatan keatas David dengan tangkapan Junevil


SAME Wave Jig 80g memberi nafsu kepada ikan kecil dan comel


Menjelang tengah hari, aktiviti ikan semakin kurang, Tekong mengarahkan Ujang melepaskan tali ikatan dan untuk terus berhanyut sebelum berikat semula di posisi pelantar yang lain. Beberapa percubaan dibuat di posisi baharu tapi gagal memujuk penghuni dasar, tekong membuat keputusan untuk terus berhanyut sehinggalah kami berpindah ke lokasi tiang "blower" anggaran jam 1.42pm. Sepanjang kami berhanyut, pelbagai jenis spisis berjaya didaratkan oleh kami. 

Kerapu Junevil dari Atoy

Pada hanyutan pertama kami di tiang "blower", David menerima asakan hebat dari penunggu tiang menggunakan set micronya dengan rod Hasamu Micro PE0.2-0.5 digabungkan dengan kekili Shimano Stella 2000 yang dimuatkan dengan tali utama Mustard PE0.8 yang disambung dengan perambut xzoga FluroCarbon 25lbs serta menggayakan jig ima 20g. Setelah hampir 10minit bertarung, kelibat mangsa telah kelihatan, ebek berskala anggaran 4kg berjaya didaratkan. 

Ebek tewas dengan set micro David


Kami difahamkan oleh tekong kawasan tersebut merupakan kawasan kediaman untuk "Amberjack" yang terdekat dengan pantai di perairan Miri. Beberapa kali percubaan dan pecutan dari spisis yang tidak dikenal pasti berkemungkinan adalah "Amberjack" dirasai tetapi gagal di daratkan malah gagal dibawa untuk mendekati bot kami. 

Sekali lagi SAME Wave Jig meransang nafsu makan ikan trevally ini.


Kami beralih ke tiang seterusnya, beberapa sentapan yang kami perolehi, namun hanya seekor sahaja yang berjaya kami daratkan dengan set ringan Atoy berjaya mendaratkan seekor jemuduk selepas ikan Alu-alu tekong lari melepaskan diri dengan jig koika 60g setelah berada di sisi bot.

Jemuduk degil menyebabkan tekong sempat tidur menunggu ia tiba di permukaan


Jam 3.14pm kami berpindah ke pelantar Baram A yang berada tidak jauh dari lokasi kami. Qusyai beberapa kali diasak oleh pengguni Baram A bersenjatakan rod majorcraft PE1-3 dengan kekili Shimano Stradic 5000 dimuatkan tali utama mustard PE2.5 serta jig pelbagai jenis telah di"tax" oleh penunggu pelantar. Akhirnya starlit 100g berwarna merah jambu berjaya menawan hati seekor trevally yang berjaya didaratkan oleh Qusyai. 

Trevally comel bersama Qusyai

Lebih kurang sejam kemudian anggaran Jam 4, kami kembali kearah darat dan singgah sejam d SBM untuk mencuba nasib dengan set micro. Selepas beberapa kali "repeat" Wawa disentap hebat oleh seekor jenahak anggaran 2.5kg menggunakan set micronya.

Jenahak RM2/kg hasil Wawa dengan set micro

Tepat jam 6.20pm, tekong mengarahkan kami utk bersiap untuk pulang ke jeti. Perjalanan mengambil masa anggaran 1/2 jam untuk ke jeti. Setibanya kami di jeti, kami terus mengemas barang dan berangkat pulang, dan singgah d Restoran Muara untuk menghantar ikan untuk makan malam kami. Sementara menunggu masak, kami pulang untuk membersihkan diri dan kembali untuk makan dan membuat posmeterm trip.
Hasil trip kali ini, kami berjaya kerana spisis target berjaya di daratkan dan semuanya berjalan lancar, syukur alhamdulillah. Kami bersurai pada jam 11.01pm dan pulang ke kediaman Pak Sudir manakala Qusyai pulang ke tempat saudara mara nya. Kami berangkat pulang ke Bintulu pada 7 April 2016.

Penyerahan cenderahati dari FA kepada tekong Pak Sudir


Sticker trip yang ditaja oleh Qayy Printing Shop


Pasangan paling ideal trip The War On Ebek 2016... Mantapp!!!


Tekong: Pak Sudir
No Tel: 010 9729336
Lokasi: Baram, Miri

"Fishing is not to only catch fish, you learn to be patient and it makes you stronger"










Tuesday 29 March 2016

Barotrauma - Hukum Tekanan Gas Pada Organ Ikan

11:46

Apakah itu Barotrauma? Semua ikan dasar laut atau ikan yang mendiami kawasan batu (sperti kerapu,snapper,jenahak) mempunyai pundi renang tertutup(satu organ dipenuhi dengan gas yang mengawal keapungan ikan).Apabila ikan tersebut dibawa dari dasar ke permukaan air dgn pantas,pengurangan tekanan membuatkan gas dlm pundi renang itu mengembang yg menyebabkan ikan tersebut mengalamai kecederaan dan tidak dpt kembali ke dasar dengan sendiri.

Antara symptom barotrauma adalah :
1) Mata ikan menbengkak
2) Bahagian perut memngembang dan ketat
3) Ballon-like tissue tertolak keluar dari mulut

Tidak semua ikan mengalamai barotrauma,ikan jenis pelagic tidak mengalami barotrauma yang teruk ia lebih berdaya tahan berbanding ikan yang mendiami dasar.Ikan yang mendiami perairan melebihi 10 meter dalam tidak memgalami kesan kecederaan yang teruk dan masih boleh hidup jika dilepaskan segera.

Berikut adalah amalan yang boleh diamalkan bagi pemancing yang memancing lebih dari kedalaman 10 meter bagi mengurangkan kesan barotrauma ke atas ikan:

1) Rawatan yang paling berkesan utk barotrauma adalah pencegahan.Sebaik saja anda menangkap ikan mencukupi keperluan atau mencapai had simpanan.Berhenti memancing atau tukar lokasi memancing dgn mensasarkan ikan selain dari ikan dasar.

2)Mengarau ikan nait dengan perlahan atau menghentikan karauan tidak dpt mengelakan barotrauma.Jgn memecahkan perut ikan yang mengembang akibat barotrauma kerana ianya akan memburukan lagi keadaan.Ikan akan mati.



organ dalam ikan mengembang terkeluar dari mulut

mata mengembang antara sintom barotrauma



Cara yang terbaik utk melepaskanikan yg mengalami barotrauma adalah mengembalikan tekanan gas di dlm pundi renang nya ke dlm tekanan normal.Iaitu dengan membawa ikan itu kembali ke dasar degan segera.Melepaskan ikan di permukaan air tidak akan membantu kerana ikan tersebut tidak dapat kembali kedasar dengan sendiri.

Di negara barat kesedaran tentang barotrauma sudah lama di beri pendedahan kepada pemancing.Amalan melepaskan ikan yang mengalami barotrauma ada cara tersendiri.Mereka mencipta alat seperti "recompression device" yg membolehkan ikan kembali ke dasar dengan segera dan boleh terus hidup seperti biasa.

Kesedaran pemancing di malaysia tentang barotrauma dan CNR belum lagi meluas.Semoga nukilan tok dpt merik sikit kesedaran dan pengetahuan tentang barotrauma..


Organ yang berwarna biru adalah pundi renang ikan




CATCH,RELEASE AND EDUCATE
FAO

Monday 14 March 2016

Big Catch ! - Buntal

15:54

Sekali lagi Anai mendaratkan ikan bersaiz monstar jenis Buntal secara land base.Dianggarkan besar ikan ini mencecah 6kg.

Berikut adalah spesifikasi set memancing yg beliau gunakan :
Rod opass Kimoji jigging pe 1-3
Tali varivas 60lb
Reel shimano aceration 8000pg

Thursday 4 February 2016

"Back To School" bersama anak yatim

14:44
Program "Public responsability" Flamingo Anglers bersama anak yatim berlangsung pada 29 Disember 2015.Program ini bertujuan utk mendekatkan kami kepada masyarakat disamping sebagai tanggungjawab umum sebagai sebuah kelab memancing di Bintulu.Kami ke Kompleks Anak Yatim(Peryatim) di Kpg Jepak untuk menghantar sumbangan berupa alat tulis kepada mereka,sempana pembukaan sekolah pada tahun 2016.
Kami sempat mendekati 60 orang anak-anak yatim dan daif bertanyakan khabar dan bergurau senda.Kebanyakan mereka berumur dalam lingkungan 7 hingga 17 tahun dan kesmuanya masih bersekolah.Raut wajah mereka gembira melihat kehadiran kami.Ketika kehadiran kami mereka sedang melakukan aktiviti suai kenal.Masing-masing memperkenalkan diri gelagat mereka mencuit hati kami.
Insyallah kami akan jadikan public responsability program ini sebagai program tahunan Flamingo Anglers.

Wednesday 27 January 2016

Rod Stand

00:44
Sebagai pemancing, sudah kebiasaan untuk memiliki set pancingan lebih dari satu. Setiap set akan digunakan pada tempat yang berbeza dan cara pancingan yang berbeza. Akan tetapi cara penyimpanan amat di ambil kira untuk set pancingan oleh para pemancing untuk mengelakkan berlakunya kerosakkan atau kecacatan pada joran. Disini kami akan menunjukkan beberapa idea untuk membuat rak joran atau lebih dikenali sebagai "rod stand" menggunakan paip pvc.



Berikut merupakan idea yang boleh diambil mengikut ruang yang kita ada di rumah. Lebih banyak cara yang kita boleh lakukan dengan bahan lain untuk projek sebegini. Semoga selepas joran dan set pancingan kita lebih kemas dan selamat disimpan di dalam rumah, serta selamat dari dimarahi orang rumah.




Friday 1 January 2016

Komplot Pembukaan 2016 ( Casting)

13:40
1 Januari setiap tahun menandakan pembukaan buku baharu untuk mendapatkan atau merenewkan lesen tahun sebelumnya. Kali ini, penulis bersama Sifu yang menyebabkan penulis terjebak dalam dunia hanyir membuat komplot mengilat.

Rancangan asal komplot ini hasil tercetus apabila penulis menjemput semua dalam kumpulan aplikasi whatsapp Flamingo Anglers pada malam sebelumnya. Hanya Sifu Asman sahaja yang memberi respon positive untuk mengikut serta. Kami mempersetujui untuk mengilat di "kebon". 

Gambar boring semasa menunggu ketibaan Sifu Asman Tiba.


Kami mulai bertolak dari parking anggaran 8.45am. Perjalanan untuk ke"kebon" mengambil masa lebih kurang 30-40 minit berjalan kaki. Semasa dlm perjalanan kami berdua bersetuju untuk singgah sebentar di jambatan besi. Sedang asyik Sifu Asman menggayakan gewang zerek pencil top water beliau, gewangnya disambar hebat oleh seekor baby GT. Lengkungan rod storm discovery 2-6lbs digabungkan dengan kekili Shimano Ultegra 1000 di isi dengan tali utama Tuffline 6lbs dan perambut berkley vanish 10lbs.

Ikan pertama Sifu Asman 2016

Setelah mengilat beberapa ketika, kelihatan boiling ikan semakin kearah laut, Sifu Asman mulai mengekori boiling tersebut dari tebing. Kawasan ini belum pernah diteroka kami berdua. Kami mengambil keputusan untuk terus kekal di lokasi ini dan mengikut aliran sungai. Sepanjang meniti sungai, banyak spot cantik dan reba-reba yang menjadi kawasan perlindungan bagi ikan-ikan kecil ini. 

Tangkapan kedua Sifu Asman merupakan Siakap Merah (Mangrove Jack). Tidak lama kemudian beliau mendapat tangkapan ketiganya iaitu GT. Penulis hanya menonton sahaja. Sakit hati dibuatnya. Setelah diberi peluang menggunakan popper micro milik Sifu, penulis berpeluang mendapat seekor GT sebagai pembukaan 2016.

Tersenyum lebar nampaknya Sifu

Tangkapan ketiga menggunakan Duel Micro Popper

Setelah mendapat lesen 2016, menandakan komplot pertama 2016 kami tidak kumpow. Kami meneruskan penerokaan ke tempat yang lebih jauh. Tanpa disangka ayunan gewang pensil Ofmer Catwalk digayakan menggunakan rod Daiwa Triforce 1-4lbs dan kekili Shimano Aernos 1000FA dimuatkan dengan tali Hi-Seas monoline 4lbs berjaya memikat MJ.

Tangkapan pertama 2016 dengan set UL

Syukur MJ memberi semangat awal tahun

Tanpa disedari, jam sudah menunjukkan 12.08pm. Kami bergerak pulang dengan niat untuk Solat Jumaat. Ini menandakan tamat komplot pembukaan 2016 kami. Kesimpulan nya komplot ini berjaya dengan strike terbanyak oleh Sifu Asman sebanyak 9 tangkapan, manakala penulis akur dengan 2 tangkapan sahaja. Semua tangkapan adalah CPNR (tangkap gambar dan lepas).

Baby GT dengan gewang ecogear

Sekali lagi ecogear menerima sentapan

Tarpon teripu oleh storm flutterstick 4cm

Flutterstick lagi dengan peley tambi

Spisis tidak dikenal pasti menggunakan storm flutterstick

Flutterstick membuat kerjanya dengan jayanya memperdaya ikan yang tidak dikenal pasti.





About Us

Recent

Random