Friday 16 January 2015

Tutorial Ikatan Assist Hook Buat Micro Jigging

07:48


Jigging season dijangka bermula selepas Tahun Baru Cina yang menandakan berakhirnya musim monsun di Malaysia.Malah ada juga pemancing hardcore yang berani keluar ke laut saat-saat musim monsun sedang membadai lautan.

Deruan ombak pantai dan bau kesegaran laut dari Tanjong Batu memberi satu adrenalin rush buat pemancing yang gian untuk merasa sentapan ikan pada jig.Bagi melepaskan gian tersebut mari kita buat persediaan sebelum bermulanya jigging season.Dibawah adalah video tutorial bagaimana mengikat assist hook untuk micro jig yang di sediakan oleh Atoy Comstar iaitu salah seorang Fishing Engineer kami.


Assist Hook- Micro Jigging Part 1: http://youtu.be/wFDeDBLIy8A

Assist Hook- Micro Jigging Part 2: http://youtu.be/DibBEXWVIHE

Assist Hook- Micro Jigging Part 3: http://youtu.be/auJ2CbYtG6s









Saturday 10 January 2015

Memancing Hobi Mahal : Betol Ke Bohong?

09:22

kinek tok kita dapat lihat kedai-kedai pancing tumbuh bak cendawan selepas hujan,produk-produk reel atau rod pula melambak dipasaran dgn pelbagai ketegori harga.Dari harga murah ,sederhana hinggalah harga premium.Kelambakan barangan pancing di pasaran bagai tiada penghujungnya.Setiap hari ada sahaja produk baru di keluarkan oleh pengilang-pengilang alatan memancing.Malah setiap kali produk baru yang keluar pasti ada teknologi baru yang diperkenalkan.Boleh dikatakan berniaga barang pancing sangat menguntungkan.

Tapi persoalannya kini,benarkah hobi memancing adalah hobi yang mahal? Lihat saja kekili dalam almari kaca di Loconia Tackle harga mencecah ribuan ringgit,dengan jenama high-end seperti Shimano,Daiwa,Banax dll tidak dapat disangkal lagi umum menggelarkan memancing adalah hobi yang mewah.Pertarungan dengan ikan di laut sering memutuskan tali ,jadi pemancing akan kehilangan jig atau batu ladung atau aksesori lain.Ini lah sebabnya para pemancing sering menghabiskan duit mengunjungi kedai pancing utk mendapatkan aksesori baru.

Bagi kami hobi memancing bukan lah hobi yang mahal.Ianya bergantung kepada kemampuan individu.Kadangkala kepuasan seorang pemancing bukanlah pada kejayaan mendaratkan ikan tapi memiliki set pancing yang berkualiti juga salah satu kepuasan.Tidak dapat kita nafikan yang barangan berkualiti memang mahal harganya.Bak kata pepatah melayu "Kalah membeli,menang memakai".

Semua pemacing impikan set pancingan yang premium demi kepuasan menangkap ikan.Namun tidak semua yang mampu.Jadi jadilah pemancing yang bijak,belanja mengikut kemampuan dan bukannya nafsu.Seorang pemancing yang bijak akan akan membuat servay barangan pancing dengan teliti dengan spesifikasi yang diperlukan dan membuat perbandingan harga memgikut bajet individu.

Mari kita bandingkan dengan sukan Golf dimana ianya digelar sukan elite.Golf juga dianggap sebagai hobi,ramai penggemar sukan golf sering dikaitkan dengan orang-orang kenamaan dan golongan VIP.Yuran menjadi ahli kelab golf mencecah ratusan ribu ringgit.Set golf pula berharga ribuan ringgit.Belum lagi menyewa "buggy" atau mengajikan "caddy".Masuk pertandingan golf yuran nya pula tidak kurang dari RM200.Inilah baru dikatakan sukan yang mahal,jauh lebih mahal dari sukan memancing.

Set pancingan yang mahal tidak menjanjikan tangkapa yang lumayan.Tapi kualiti dan prestasinya dijamin memuaskan.Set pancingan murah juga memiliki kualiti nya tersendiri jika kita bijak memilih.Pokok pangkal nya bergantung kepada kemampuan seseorang.Ukurlah baju pada badan senddiri.Hobi memancing adalah hobi untuk semua lapisan umur tidak mengira jantina,kaya atau miskin.

"Ikan tidak kenal jenama,ikan tidak makan rod atau reel.Set yang berharga ribuan ringgit masih gagal mendapat sentapan ikan...jadi pelajarilah ilmu dan berfikir seperti ikan"  -Indra,Southern Jigger

"Aku makey rod Xpuyu dengan reel Tomman dapat juak narit kertang 45.7kg"  -Anad,Kampung Bako

"Kayuhan lancar Shimano Twin Power memberi kuasa yang maksimum untuk bertarung dengan ikan,sangat memuaskan!"   -Afa,Kidurong

"Masalah bearing jem pada reel Ajiking pabila memancing di laut sering memberi tekanan kepada saya"  -Naap,Kampung Pisang

"Rod Xzoga Takadum bagus darisegi ketahanan dan lifting power nya sangat berbaloi untuk dimiliki walaupun mahal"  -Arif,Kampung Assakirin

"Rod Santec dan reel White Rabbit tok dah masok 25 tahun aku makey kelaut.Sampey kinek tok maseh juak setedey...ya pun terpaksa hari2 aku sebis"  -Pak Ardi,Taman Sri Pelabuhan


Zeebaas ZX kekili spinning yang dikatakan paling mahal mencecah USD1200
Hardy Zane Ti kekili fly fishing ini berharga USD9700

Saturday 3 January 2015

Petua Nenek Moyang Ketika Memancing

23:30

Org tua lamak marek byk meninggalkan petua atau lebih dikenali sebagai "tips" dalam bahasa moden.Ada petua yang nampak mengarut,ada juga yang tidak masuk akal dan ada juga yang masih releven pada zaman ini.Namun sebenarnya masih ada petua org tua yang benar-benar memberi kesan yang positif.Kita sedia maklum yang org tua dahulu hidup sebelum kita,banyak pengalaman mereka yang kita sendiri belum tentu dapat lalui.Pengalama mereka lah mereka turunkan kepada anak cucu mereka melalui petua.

Dalam sukan memancing,banyak juga petua yang mereka tinggalkan untuk kita.Terpulang kepada kita sama ada mahu amalkan atau tidak.Bagi kami ada segelintir petua ini masih releven untuk diamalkan dan disebarkan ada pula yang nampak agak tahyul.Tidak salah kita mengamalkan nya selagi ianya tidak memesongkan akidah atau tergolong dalam perbuatan syirik.Mari kita singkap beberapa petua memancing.

-Waktu Sesuai
Tidak dapat dinyatakan dengan tepat kerana ia perlu dirujuk lokasi yang bakal dikunjungi. Lebih afdal kalau kita minta khidmat nasihat dan pandangan kaki pancing yang pernah berkunjung di kawasan
tertentu atau tepat minta pandangan tekong yang bakal kita tempah.Untuk masa pula, ikan lebih aktif dan galak waktu malam hari dan setiap kali berlaku perubahan arus. Ketika tiada arus ikan biasanya
pasif walaupun paparan pada sonar terdapat banyak ikan di bawah.Jadi pedoman sampingan ialah rujuk jadual pasang surut untuk satu-satu lokasi yang bakal kita kunjungi. Set penggera pada telefon
bimbit untuk setiap kali akan berlaku perubahan pasang surut air kerana waktu inilah kita perlu berjaga-jaga dengan lenturan yang bakal dikecapi di hujung joran.

-Mengekalkan Kesegaran Ikan
Untuk mengelakkan ikan daripada busuk jika kita tidak mempunyai kelengkapan, Ikan anda itu perlu disiang dan dibuang segala isi perut,taik, dan sisiknya. Tapi ingat ikan berkenaan tidak boleh dibasuh dengan air. Selepas disiang, biarkan ikan berkenaan berdarah lalu dibalut dengan kertas suratkabar seekor demi seekor.(usah dicampur 2 – 3 ekor sebungkus) Selepas itu letakkan bungkusan itu pada tempat yang teduh. Ikan berkenaan akan tetap segar walaupun dibungkus selama 24 jam.

-Pari melekap didasar
Kita sering mendengar pemancing akan menghadapi masalah menaikan pari bila ia melekap dipasir. Caranya mudah gunakan daun sireh/ tembakau rokok (dibasahkan) lalu digosok pada tali pancing
hingga berbunyi. Pari akan rasa ngilu dan serta merta melepaskan lekapannya pada pasir.

-Tersesat Didalam Hutan
Jika kita tersesat didalam hutan semasa memancing dan tidak menjumpai jalan pulang, cubalah petua ini. Telanjang dan buang air kecil. Selepas itu, ambil tanah diantara tapak kaki anda dengan tempat membuang air kecil tadi dan bawalah sepanjang jalan. Insya-allah jalan pulang akan ditemui.

-Berkat Dapat Izin Sebelum Memancing
Pastikan setiap kali keluar rumah untuk memancing mestilah memberitahu isteri atau keluarga. Pastikan semua tanggungjawab dan urusan telah dibereskan sebelum pergi. Jangan meninggalkan masalah
dirumah, termasuk dengan anak-anak. Bila ini dibereskan hati pun tenang semasa memancing dan mungkin berkat doa mereka anda mendapat hasil yang baik…Insya-allah.

-Menjuntai Kaki
Petua ini terutama kepada pemancing yang menaiki bot/sampan. Elakkan suka menjuntai kaki kedalam air semasa memancing atau berehat. Perlu diberitahu tapak kaki kita akan kelihatan putih semasa didalam air dan amat menarik perhatian ikan seperti jerung atau buaya untuk menyambarnya.

-Meludah Umpan
Petua ini turut menjadi amalan hingga kini. Ada yang melakukan pada umpan yang pertama didalam aktiviti memancing dan ada yang sentiasa meludah setiap kali menukar umpan baru. Ada yang
beranggapan untuk isyarat membuang ‘suwei’ dan ada yang kata sebagai ‘daya penarik’ ikan atau udang.

-Menghilangkan Bisa Terkena Gigi Ikan
Sebaik saja terkena sengatan gigi ikan spt. Ikan Jenahak, Malong dan sebagainya dianggota badan terutama jari, cepat-cepat cedok air laut tempat anda memancing dengan tangan kanan dan titiskan kedalam mulut dan telan sedikit air tersebut. Rasa bisa serta denyutan akan berkurangan dan bolehlah sapu apa-apa ubat yang sesuai selepas itu.

-Pantang tentang bekalan makanan
Jangan membawa sebarang makanan berdarah spt. Daging atau ayam semasa memancing. Begitu juga jangan sesekali membawa bekalan telur rebus dan pulut kuning. ’Laut tempatnya keras, kedua-dua
makanan itu ada kaitan dengan amalan membuang Ancak’.

-Petua Mabuk Laut
Samada benar atau tidak kita perlu mencuba terlebih dahulu dan jika mahu mencuba saya sarankan agar berselawat terlebih dahulu. Jika masih mabuk gunakan teknologi terkini dengan menelan pil penahan mabuk dan jika masih gagal, dinasihatkan jangan kelaut. Memancing sahaja di sungai ,tasik atau ladang sawit.

1. Ini rasional – mengikut pakar perubatan. GINJAL dibelakang telinga memainkan fungsi penting dalam menseimbangkan tubuh badan. Digalakkan mengurut ginjal dibelakang telinga terutama bila mula merasa pening. Menggerakkan kepala ke kiri
dan kanan selain melakukan senaman ringan mampu menghilangkan rasa mabuk laut.

2. Bagi nelayan, MINUM AIR LAUT dikuala mampu menahan diri daripada mabuk laut. Boleh diminum hingga ‘sendawa’ dan boleh juga sedikit sahaja kerana ini boleh menahan tekak dari merasa loya.

3. Syor nelayan dan TLDM, agar orang yang mabuk laut, TERJUN DAN MANDI LAUT tapi mesti pandai berenang. Dengan menyelam beberapa ketika badan dan kepala akan menjadi segar semula.

4. OREN SUNKIST juga berguna. Ada orang kata, limau tak boleh dibawa kelaut, takut ribut. Kita hanya perlu bawa kulit Oren Sunkist saja. Kalau boleh kunyah kulit Oren berkenaan sepanjang berada di laut. Kalau tak sanggup, kunyahlah sebelum
perjalanan dan jika terasa loya semula, kita kena kunyah lagi.

5. Cuba makan KELEDEK MENTAH. Rasionalnya mudah, keledek mentah mempunyai sedikit getah yang boleh membuat mulut kita tidak rasa loya.

6. Makan PISANG KELAT. Rasionalnya sama seperti keledek. Untuk lebih mujarab, titiskan sedikit air limau sebelum memakannya.

7. Selit kan SAYUR KANGKUNG dipinggang atau poket.Pastikan ia tidak jatuh sepanjang kita memancing.

8. Tumbuk LADA HITAM yang dicampur dengan HALIA BARA, kemudian sapu diperut terutama bahagian pusat sebelum kelaut.

9. Sebelum memancing , jangan minum minuman yang BERKRIM ATAU BERSUSU. Seeloknya bawa AIR OREN sebagai minuman
semasa memancing.

-Jangan buang tangkapan pertama
Ada petua yang mengatakan - rezeki pertama yang didapati pada setiap kali aktiviti memancing sangat berkat terutama kepada kaki pancing sama ada di laut mahu pun di darat.

-Jangan meludah dalam laut
Rezeki yang kita ambil dari tempat berludah adalah satu perbuatan jijik malah dijadikan makanan untuk keluarga. Justeru adalah lebih baik supaya kita tidak meludah di laut sesuka hati, berludah saja
dalam plastik atau tidak membuang benda-benda kotor di laut.

-Langkah Batang Pancing
Petua ini menjadi ikutan ramai pemancing hingga ke hari ini. Pantang larang agar batang pancing tidak dilangkah adakalanya menjadi satu
medan pertengkaran sesama rakan pancing. Apa yang sering dikatakan batang pancing akan ‘suwei’ apabila kena langkah dan hasil tangkapan akan meleset.

-Kunyit & Tepung
Jika memancing disungai dipercayai ada buaya, jangan gunakan umpan tepung yang digaul dengan kunyit. Buaya tidak suka bau kunyit dan ia boleh ‘mengamuk’ dan ini boleh mendatangkan bahaya
kepada pemancing.

-Berkasut
Apabila memancing didalam sampan atau bot jangan pakai selipar atau kasut.Macamlah kita nak masuk rumah orang, kenalah buka kasut atau selipar. Ia semacam tanda hormat dan adab. Nanti ada
yang kata bahaya takut tercucuk duri didalam sampan tapi ini sepatutnya tidak berlaku jika kita mengutamakan kebersihan dan keselesaan ketika memancing. Ada juga beranggapan benda-benda
dibawah (dalam air) tidak suka kepala mereka dipijak dengan selipar atau kasut yang kotor. (Kata sidak ya).

-Mulut
Pantang larang paling utama dalam aktiviti memancing. Mulut jangan cakap besar, takbur, celupar dan suka menyumpah. Jangan suka
menegur sesuatu yang tidak pasti spt. bau wangi dan sebagainya. Mulut jangan terlalu suka berjenaka dan bersenda gurau berlebihanditakuti suka akan membawa duka. Jangan suka buat bising

FA Prihatin Dengan Mangsa Banjir Di Pantai Timur

14:35

Penhujung tahun 2014,rakyat malaysia di kejutkan dengan banjir besar di pantai timur semanjung yang melibatkan negeri kelantan,terengganu,pahang,johor dan perak.Angka mangsa banjir melebihi 100 000 orang,melibatkan ratusan rumah.Banjir ini dikatakan yang paling teruk.Keadaan pasca banjir amat menyedihkan.

Kami di FA turut bersimpati kepada nasib yang menimpa mangsa banjir. Sebagai sebuah kelab,adalah menjadi tanggungjawab sosial kami untuk membantu mangsa banjir namun kami tidak dapat berada di sana untuk meyumbangkan tenaga.Jadi kami melancarkan tabung mangsa banjir untuk kalangan ahli FA dan jumlah yang berjaya di kutip adalah RM30. Yang telah pun kami kami masukan ke dalam Tabung Bencana Media Prima-NSTP.

Semoga sumbangan kami dapat meringankan beban mangsa banjir di pantai timur.Hanya itu saja yang termampu kami sumbangkan.Semoga kita semua mendapat keberkatan dari allah.Bersama sumbangan itu juga kami kirim kan doa semoga segala urusan mangsa banjir di pantai timur dipermudahkan.


Suasana banjir di kelantan





Sumbangan ikhlas dari FA ke Tabung Bencana Media Prima-NSTP

Thursday 1 January 2015

Cerpen - Dilema Isteri Seorang Kaki Pancing II

12:33

Salbiah pun mengajak suami dan anak-anaknya untuk menjamu ikan kerapu strawbery yang di masak nya tadi.Mereka sekeluarga pun makan bersama.

Sadiq : Pergghh tok bok stedey...bab ya mek syg ktk,masakan ktk nyaman...

Kata Sadiq sambil mengunyah cebisan ikan yang terhidang di atas meja.Salbiah hanya mendiamkan diri.Sedang asyik menikmati makanan,Wardi anak kedua pasangan itu tiba-tiba bersuara.

Wardi : Pak...bila tak nak embak mek pegi ngail?

Salbiah : Ahh sudah!..sorang gik...sik payah nak ngail indah..ko nulong mak jaga adik-adik ko dirumah tok jak....

Sadiq : Hmmmmm.....

Sadiq : Ling,ktk sik payah nak meracun anak ....cukup lah sorang...

Wardi : Mak kmk bukan ompuan mok dudok dirumah ajak..kmk pun mok ada hobi mcm bapak...

Salbiah : Cobalah carik hobi lainnn...kenak mesti ngail juak??

Sadiq : Biarlah nya syg....baguslah nya mok ngail dari nya sik tentu bergaul di luar nun...ujong-ujong isap gam...

Salbiah terdiam lagi.Hatinya agak marah.

Sadiq : Esok ta duak pegi ngail wardi...ta dua layan Ultra light esok...casting di muara Sungei Holan Oga..

Wardi : Yes!!

Sadiq : Ko makey set bapak...ada Daiwa Passo 1-6lbs di tapok bapak belakang pintu jamban dapor ya...klak bapak makey rod Berkley Trout 1-4lbs jak...

Salbiah : Mana rondeng tak duak lah sia....malas kuuuu...

Salbiah pun mengemas meja makan setelah mereka anak beranak selesai menjamu selera.Wardi membantu ibu nya membasuh pinggan.Sadiq pula keluar menuju veranda rumah mencapai sebatang rokok kretek Sempoerna.

Keesokan hari nya,Setelah selesai solat subuh Sadiq duduk di ruang tamu sambil menonton rancangan ulangan Wicked Tuna Season 4 dalam Discovery Channel.Sadiq jarang terlepas menyikuti rancangan tersebut.Tiba tiba datang salbiah duduk di sebelah Sadiq.

Salbiah : Darling....

Sadiq : Ermmm....eh dah solat subuh ka?

Salbiah : Udah ling...ktk ya bukan mok solat berjemaah dgn kmk...

Sadiq hanya mendiamkan diri sambil memberi tumpuan kepada TV.

Salbiah : Ooo ling....teman kmk pegi pasar tamu pagi tok....mek nak beli sayur midin dgn beras pulut...

Sadiq : Kmk nak embk si Wardi ngail ritok...nya dah bangun ka??cuba ktk gerak nya lok,srh solat subuh....

Salbiah : Tadik udah nya bangun,tapi tido balit nun...ling,kejap ajak teman kmk...pulang ta duak dari pasa pegi lah ktk ngail sia...

Sadiq : Errmmmm....aok bah...tunggu abis cita tok lok....bekemas lok ktk nun..

Salbiah : Makseh ling...muaaaahhhh

Sambil memberikan ciuman rakus ke mulut Sadiq.Salbiah pun masuk ke bilik untuk bekemas,Manakala Sadiq hanya menyarung seluar pendek dan baju t-shirt yang tertulis St.Croix.Dia terus menghidupkan enjin Range Rover Evoque nya.

Setibanya mereka di pasar,Salbiah cuba membimbing tangan Sadiq untuk jalan bersama.Sadiq dgn selamba menepis,Salbiah mula menunjukakan muka marah.Namun Sadiq kembali mengengam tangan salbiah dgn muka selamba.

Salbiah : ehhh...pandey pun nak bekepit...tadi nepis tgn kita..

Sadiq : emmmmm

Salbiah : Ling,lamak ktk sik neman kmk pegi pasa... last ktk  neman kmk pun 2 taun lepas...

Sadiq : Syg,juh...kita nangga ikan sinun

Sambil menunjukkan pasa ikan yang riuh di sebelah sudut gerai sayur.Sadiq membimbing tangan Salbiah menuju pasar ikan tersebut.

Sadiq : Nangga ktk ikan ya mata mirah jak....nampak gilak ikan dah lamak...

Ujar Sadiq sambil menunjukkan ikan jenahak yang kemerahan matanya.Sadiq pun cuba menbelek insang ikan tersebut ternyata insang nya sudah pucat menunjukkan ikan itu tidak lagi segar.

Salbiah : hurmmm....x selera ngga ikan mcm ya ling...

Sadiq : Kadang-kadang ada juak ikan rupa mcm fresh sbnrnya diengkah cdaknya bahan kimia Formalin yang digunakan untuk mengawet mayat.Supaya ikan ya nampak segar...yalah mesti hati2 beli ikan dipasar tok.

Salbiah : Ooooo....

Sadiq : Yalah..selagi kmk idup kmk akan berik ktk makan ikan segar jak....yalah gunanya kmk tok kaki ngail...

Salbiah : Aoklah ling,tapi ngail ya biarlah berpada-pada.ingat2 juak lah anak bini dirumah...kmk sik kesah ktk ngail asal ktk x molah benda jaik jak...

Sadiq : Aoklah sayang...juh kita pulang...nak ngail gik katok...hehe

Salbiah : ya ku madah...

TAMAT

P/S : bukan sekadar cerita mengarut yang merapu tidak tentu pasal.Situasi dlm cerpen ini sebenarnya yang terjadi pada kaki pancing dan byk moral boleh kita dapati disamping sebagai hiburan.

Pencemaran Merkuri Dalam Ikan

10:56

Pencemaran udara dari kilang-kilang perindustrian mahupun dari aktiviti manusia sedikit sebanyak memberi kesan kepada hidupan laut.Antaranya adalah pencemaran merkuri yang merupakan bahan toksik yang merbahaya kepada manusia.

Antara kesan merkuri ini kepada manusia ialah kerosakan saraf seperti parkinson, alzheimer,gangguan peglihatan dan boleh menyebabkan kemurungan.Malah bagi ibu mengandung boleh memperlambatkan pertmbuhan janin bahkan boleh menyebabkan anak menjadi autisme.

pencemaran merkuri telah meliputi lebih 18 million ekar muara, tasik dan 1.4 million ekar sungai.70% ikan di laut adalah rendah merkuri dan boleh di makan dengan kadar yang banyak.Ikan adalah sumber protein yang sangat kaya dengan Omega-3 dan asid lemak sangat bagus utk jantung jika di amal 2 kali seminggu.

Mengelakan untuk makan ikan bukan lah jalan penyelsaian untuk menghindari dari merkuri tapi pilihlah ikan yang tepat.Dibawah adalah carta grapik tentang bagaimana merkuri boleh mencemarkan ikan dan jenis-jenis ikan dengan kandungan merkurI.


Kurang Merkuri:

-Butterfish

-catfish

-Clam

-Croaker

-Flounder

-Mullet

-Oyster

-Plaice

-Salmon

-Sardine

-Squid

-Shirmp

-Tilapia

-Whitefish

-Anchovies



Sederhana Merkuri:

-Mahi-Mahi

-Lobster

-Halibut

-Croaker(white pacific)

-Tuna(skio jack)

-Snapper

-Monkfish

-Sting ray

-Perch



Tinggi Merkuri:

-Tuna(yellow fin)

-Mackerel(spanish,gulf)

-Tuna(albacore)

-seabass

-bluefish

-Grouper



Terlalu Tinggi Merkuri (elakan di makan):

-Shark

-Orange Roughy

-Marlin

-Mackerel(king)

-Tuna(big eyes)

-Tile fish

-Sword fish




Pencemaran merkuri adalah masalah global yang perlu penyelesaian secara global untuk melindungi kanak-kanak kita dan hidupan laut.




nrdc.org
Seafood.edf.org
Heart.org
Huffingtonpost.com





About Us

Recent

Random