Monday, 1 December 2014

View from below: sejauh mana pentingnya pemilihan warna jig ?

Kebanyakan pemancing mempunyai warna jig atau lure kegemaran mereka yang di anggap "killer" atau berkesan.Bagaimana pentingnya warna sebagai daya tarikan ikan di dalam air? menurut sains,ianya tidak penting sama sekali.Air secara beransur ansur akan menyerap atau menghalang cahaya yang berbeza gelombang bermakna apa-apa warna akan hilang sebaik saja cahaya matahari melalui air. Secara keseluruhan keamatan dan kecerahan warna akan berkurangan dengan cepat di dalam air.

Di mana kehilangan warna akan berlaku pada kadar yang berbeza bergantung kepada keamatan cahaya matahari, sama ada matahari ditengah langit atau rendah di kaki langit, jumlah awan,kejelasan dan warna air itu sendiri, dan kehadiran sebarang benda asing seperti rumpai atau plankton. Malah dalam keadaan laut yang jauh dari pantai hanya kurang daripada 25 peratus cahaya matahari boleh  menembusi permukaan laut sehingga melebihi 30 kaki atau lebih. Apabila ia mencapai kedalaman 300 kaki, cahaya yang masih wujud mungkin serendah 0.5 peratus daripada yang terdapat di permukaan. Dalam erti kata lain, ia adalah satu tempat yang suram di bawah sana

  
Merah adalah warna yang pertama dilihat oleh mata kita akan hilang, dan biasanya hilang dalam masa 15 atau 20 kaki dari permukaan.Begitu juga dalam air keruh.Diikuti dengan oren,kuning, hijau, dan ungu. Biru akan menembusi air tanpa kehilangan warna paling dalam sekali, kesemua tona warna Dapat dilihat oleh mata manusia dan gelombang ultra violet
dapat dilihat oleh ikan.




Ini memberi kesan tentang bagaimana kita dan ikan melihat sesuatu benda dalam air. Objek putih akan muncul kebiruan atau kelabu di bawah air, warna itu akan menjadi gelap bila ia jauh didalam air. Objek merah akan mula
Kelihatan coklat gelap atau hitam dalam beberapa meter daripada permukaan. Pada paras 40 atau 50 kaki, walaupun dalam air yang sangat bersih dan jelas,Apa saja warna akan kelihatan samada berwarna kelabu ,biru atau hitam.





Fenomena cahaya dan kehilangan warna dalam air membuat satu penghinaan terhadap kepentingan warna pada gewang namun pemancing 
dunia akan terus berhujah bahawa satu warna lebih baik daripada lain. Perkara yang melucukan adalah, jika anda bertanya kepada setengah dozen pemancing tentang warna jig yang paling berkesan, anda mungkin menerima enam jawapan yang berbeza. Mungkin sudah tiba masanya untuk kita memberi penekanan lebih besar pada saiz jig,teknik jigging dan pemilihan lubuk.




Ahli biologi Perikanan telah memberitahu bahawa mata ikan sangat serupa dengan mata kita dalam beberapa aspek.Kebanyakan ikan di kawasan cetek ataupun perairan yang dalam mempunyai keupayaan untuk melihat warna,dengan syarat habitat mereka bukan air keruh kekal. Hanya beberapa spesis ikan dengan habitat air yang sangat keruh (cth:ikan keli) mempunyai penglihatan terhad terhadap warna. Pemangsa laut dalam mempunyai penglihatan yang sangat baik dalam lingkungan warna biru-hijau
, kerana di laut warna-warna ini menembusi cahaya dengan baik kerana faktor air laut itu sendiri.  


Ini adalah "colour disc" yang akan digunakan untuk melihat perubahan warna pada kedalaman tertentu dalam laut.


Pada paras 2 meter dalam laut "colour disc" ini masih jelas menonjolkan warnanya

"Colour disc" semakin kehilangan warna pada paras 4 meter

Pada paras 8 meter hampir kesemua warna tidak kelihatan melainkan warna "fluorescent" yang masih boleh di lihat dalam kegelapan bawah laut.



P/S:Diterjemah dari artikel yang ditulis oleh Steve Starlo Starling seorang penulis sukan memancing yang berasal dari Australia.

No comments:

Post a Comment

About Us

Recent

Random