Wednesday 23 April 2014

Rapala Loop Knot

11:07
Rapala Loop Knot adalah ikatan yg digunakan utk mengikat gewang. Tetapi d Malaysia kita gemar menggunakan kekili kerana lebih mudah utk menukar gewang.

Cara-cara 



Ikatan ini amat mudah dan sangat kukuh.



Semoga lebih strike.


BIG CATCH! - Pari Bendera

07:56
Mohd Wardi Sahari berjaya menjinakan seekor ikan Pari Bendera bersaiz monster dgn berat tangkapan lebih kurang 50kg.Beliau berdepan dgn perlawanan  yg hebat selama 15 minit sebelum ikan ini berjaya di daratkan.Yang lebih menyedihkan apabila rod ZAGAN PE4 yang digunakan patah dlm perlawanan.




Encik Mohd Wardi Sahari menggunakan Rod ZAGAN PE4 digabungkan dgn kekili ATC 4000, "main line" 30 lbs jenis Power Pro dgn "leader line" bersaiz 40 lbs.Dengan kaedah "bottom fishing" menggunakan 3 mata kail berumpankan sotong segar.Lokasi pertarungan adalah di buoy 13 Bintulu Port iaitu pelampung yg di jadikan petanda utk laluan kapal masok ke perlabuhan.



Pari Bendera ini berbentuk agak berbeza berbanding pari-pari yang lain di mana ianya berbentuk bujur dan ekornya lebih pendek. Pari ini juga begitu jarang sekali untuk memakan umpan. Namun, ia masih menjadi udang, sotong dan ikan sebagai antara diet pilihannya.namun rezeki menyebelahi En.Mohd Wardi Sahari.


Trip beliau ini juga berjaya mendaratkan lebih kurang 60kg sotong hasil menyandat

Sunday 20 April 2014

Catch And Release

21:38
Bagi kami di FA amalan CNR adalah amalan yang mulia.memberi peluang kepada ikan utk terus hidup bagi membesar dan menambah zuriat.supaya kami boleh tangkap yang lebih besar lagi kemudian hari.Namun ianya terpulang kepada individu,ada sesetengah individu memancing utk beri makan anak bini dan ada yg memancing utk dijual sebagai pendapatan sampingan.Tapi bagi kami ,apa yang paling penting adalah menikmati tarikan atau fight ikan yang kami gelar "karen". Lebih2 lagi merasakan tarikan ikan idaman umpama seperti di kenakan renjatan elektrik nenusuk hingga ke otak yang memberik ketagihan kekal.inilah yang di gila kan pemancing.

CNR snakehead sudah menjadi amalan ahli FA sejak sekian lama.


Ahli Flamingo Anglers mengamalkan Catch And Release pada situasi dan keadaan yang tertentu.Kami akan CNR anak2 ikan dan ikan yg bukan "target fish".Kami jua akan mengadakan trip CNR lebih2 lagi melibatkan trip memburu ikan air tawar.


Bye bye my friend..hope to see you again soon...



Amalan tangkap dan lepas (Catch And Release) adalah amalan dalam sukan memancing (recreational fishing).Setelah ikan berjaya di daratkan,mata kail akan di buka dan ikan akan di kembalikan ke dlm air sebelum ikan keletihan atau mengalami kecederaan.Kadangkala berat dan ukuran ikan akan di ambil secara pantas sebelum di lepaskan.Tak lupa juga bagi kali "selfie" bergambar dgn ikan tangkapan amat penting.

Logo CNR antarabangsa yang dikeluarkan oleh IGFA (International Game Fishing Association)


Amalan tangkap dan lepas (CNR) ini diperkenalkan sejak lebih seabad yang lalu di United Kingdom.Mereka mengamalkan CNR atas faktor mengelakan kepupusan spesis ikan.Mari kita lihat amalan CNR di beberapa negara:

1. Di Australia,CNR mula di perkenalkan pada tahun 1960an dan mula diamalkan meluas pada 1980an lebih2 lagi melibatkan spesis ikan air tawar seperti "murray cod" yang terancam.

2. Di Canada,amalan CNR adalah mandatori utk beberapa spesis dan kegunaan mata kail "barbless" adalah digalakan.

3. Di Jerman dan Switzeland,CNR di katakan sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan,mereka mengharamkan aktiviti CNR. Pelik dan agak menakutkan.

4. Manakala di Malaysia ,aktiviti CNR tidak popular dikalangan pemancing tempatan.Spesis terancam pun mereka bedal janji boleh makan.ianya terpulang kepada individu.Namun ada segelintir yang mengamalkan CNR demi menjaga ekosistem ikan itu sendiri dan memberi peluang kepada generasi akan datang utk memancing ikan-ikan yang besar.CNR di Malaysia hanya diamalkan apabila adanya pertandingan seperti Royal Pahang Billfish Challenge yang diadakan setiap tahun di Rompin Pahang.Yang menjadi daya tarikan pemancing seluruh dunia.

Royal Pahang Billfish International Challenge akan diadakan pada bulan September tahun ini.



Teknik yang popular dlm amalan CNR adalah menggunakan mata kail "Barbless" iaitu sejenis mata kail yang tidak memberikan kesakitan pada ikan dan mudah utk melepaskan ikan tanpa perlu memegang ikan dgn tangan.

Mata kail jenis "barbless" yang mengurangkan kesakitan pada ikan.


Majulah sukan memancing utk negara!


Sumber: http://en.m.wikipedia.org/wiki/Catch_and_release



Two-Uni Join Knot

21:27
Two-Uni Join Knot merupakan ikatan utk menggabungkan tali sulam utk memanjangkan tali utama. Ianya amat ringkas

Cara-cara





Adalah disarankan untuk anda mengegam bahagian bersambung.




Saturday 19 April 2014

What a beautiful saturday!

21:04
Menurut islam hari yang paling sesuai untuk memburu adalah hari Sabtu.Dan tarikh yg sesuai utk memancing adalah pada 17,18 dan 19 kalender Hijrah.

Pada hari ini,19 April 2014 bersamaan dengan 18 Jamadilakhir 1435,Kami telah pergi memancing di beberapa tempat yang berbeza.Hasilnya mengkagumkan.Kami berpecah kepada 2 kumpulan,satu kumpulan memburu ikan air tawar dan satu lagi mencuba nasib di air masin.Ternyata percubaan kami membuahkan hasil.

Gordon Albert ngintik bak "kawasan larangan memancing"


Abdul Faridz Hata mendaratkan haruan di ladang sawit "somewhere in Bintulu".


Arifuddin the grouper hunter


Wardi Sahari berjaya mendaratkan Mangrove Jack di "kawasan larangan memancing"

Limited Edition T-Shirt - Logo Bangau Ganas

00:11
Baju terbaru FA akhirnya siap setelah menunggu hampir 2 minggu.Dengan harga yang mampu milik ,sangat berbaloi.Baju ini adalah koleksi produk terbaru kami dan ianya "Limited Edition" hanya ada 18 helai saja yang ada dalam dunia.Baju ini tidak akan dihasilkan lagi kerana paten logo telah di daftarkan.

Kehenseman jelas terpancar setelah memakai baju ini.


Fabrik 100% cotton sangat selesa utk di sarungkan pada badan yg gebu dan berlemak.Datang dengan pelbagai warna pilihan sesuai dijadikan sebagai OOTD (outfit of the day).Berlengan panjang amat sesuai utk aktiviti memancing yg terdedah kepada sinar sang suria.


Menyarungkan baju ini meningkatkan hormon Serotonin dan Dopamin ketahap maksimum sehingga ketawa yg menutup mata.


Sangat bergaya pabila di gabung dgn seluar pendek.

Friday 18 April 2014

Lucornia Shoals - Khazanah tersembunyi

22:18
FA masih dalam perancangan utk meneroka perairan Lucornia.Memandangkan spot memancing ini sangat terkenal di kalangan pemancing tempatan malah luar negara.Kalau FA berjaya membuat trip ke Lucornia pastinya ia menjadi "big event" utk kelab ini.walaupun kami belum pernah ke Lucornia,izinkan kami berkongsi sedikit informasi tentang Lucornia.

Lucornia adalah spot memancing terkenal di perairan Sarawak. Juga salah satu rizeb bank minyak terbesar di laut dalam.Ia adalah sebahagian daripada plat lautan (termasuk Spratly) yang membahagikan Thailand, Vietnam, Borneo, Filipina, Taiwan dan Hong Kong. Semua negara inginkan perairan ini termasok China & Jepun menuntut perairan ini untuk khazanah di dalamnya.
Lucornia terletak sekurang-kurangnya 100-150 batu nautika dari Miri.


lucornia adalah kawasan permainan kawanan ikan-ikan kecil. Ia berlindung di beting-beting tingginya yang menjadi lokasi subur terumbu karang. Dan keadaan ini sekaligus mengundang kawanan ikan-ikan monster dan pelagik untuk turut serta mendiami kawasan yang subur tersebut.
Dogteeth Tuna antara penghuni Lucornia

Amberjack 14kg di daratkan di Lucornia


Perairan dipenuhi dengan Batu dan terumbu dalam. Tempat terkenal termasuk Utara Lucornia Shoals, South Lucornia Shoals, Hayes Reef, Tripp Reef, Moody Reef, Seahorse Breakers, Hardie Reef dan lain-lain.lokasi terdekat untuk ke Lucornia (dari Malaysia) adalah Miri, bandar minyak ibu negeri Sarawak. Jarak adalah kira-kira 100-150 batu nautika. 
Lucornia menjadi daya tarikan pemancing dari seluruh dunia.


Menurut Fisherzone.com.my peralatan memancing yang sesuai utk di bawa ke lucornia adalah seperti berikut:
 - rod hendaklah PE4 atau lebih
 - main line paling kurang 40lbs
 - reel mesti melebihi 300 meter
 - leader line 50-100 lbs
 - jig 200-400g

Permainan "bottom fishing" disarankan menggunakan electric reel atau heavy duty multipliers

Gambar ini sudah cukup utk memberitahu betapa buasnya perairan Lucornia.



page1image6788




Alberto Knot

09:43
Alberto Knot merupakan ikatan tali sulam dengan perambut flurocarbon. Ikatan ini sesuai utk memancing cara jigging bottom dan casting.

Cara-cara



Utk mendapatkan hasil yg lebih baik, setelah selesai, anda d sarankan utk mengegamkan kawasan ikatan.

Thursday 17 April 2014

Kisah Malaikat Penjaga Laut

22:27

Ini ada sebuah Kisah Tentang malaikat penjaga laut iaitu salah seorang tentera Nabi Khidir A.S.Bagi yang beragama islam adalah menjadi rukun iman utk mempercayai kewujudan malaikat.

Sebagai seorang pemancing tegar yang selalu ke laut kita perlu tahu yg laut juga ada penjaga nya,maka jaga lah adab ketika ke laut utk memancing dgn berzikir dan memberi salam kepada penjaganya.semoga kita sama2 mendapat berkat dan dipermurahkan rezeki ketika memancing di laut.

KISAHNYA
Malaikat Allah SWT jumlahnya sangat banyak.Selain 10 malaikat yang sudah diketahui, ternyata masih banyak malaikat lain yang mempunyai tugas masing-masing.Salah satunya adalah malaikat penjaga laut.

Di dalam kitab Irsyadul Ibad dijelaskan bahawa ada seorang Nasrani Paderi yang bertaubat dari agamanya (Nasrani).
Orang Nasrani ini memilih masuk Islam.
Keislamannya bermula ketika ia diilhamkan tentang kebenaran ajaran Islam, sehingga membuatnya bimbang dan ingin berpindah menganut agama Islam.

Kerana begitu kuat dorongannya untuk memeluk Islam, akhirnya nasrani ini berangkat ke Makkah dan melakukan Thawaf mengelilingi Ka'bah sebanyak 7 kali.Setelah Thawaf berakhir, ia merasakan kejutan batin yang hebat.

Ia seolah merasakan kenikmatan beribadah daripada sebelumnya.
Kerana keadaan puncak keimanan itulah akhirnya ia memutuskan melakukan pengembaraan mencari tempat yang sunyi.

Bertemu Malaikat Laut.
Setiap hari ia berjalan tanpa arah dan tujuan hingga ketika ia sampai di suatu tempat di pinggir laut, ia menghentikan langkahnya.Saat itu waktu sudah gelap gelita.

Tiba-tiba terdengarlah gemuruh suara seperti suara haiwan.Suasana hatinya bercampur aduk antara takut, was-was dari ancaman binatang yang boleh tiap saat menerkamnya.

Kerana itu orang Nasrani ini memutuskan untuk memanjat pokok yang besar.
Akan tetapi di atas pokok, ia tidak boleh tidur dan terlebih lagi pada saat terdengar suara binatang buas yang bersahutan.Ketika suara itu semakin jelas, ia melihat di permukaan laut ada sebuah makhluk aneh yang sangat besar.
Dia adalah malaikat penjaga laut.

Wujud makhluk itu berkepala seperti burung kasuari tapi berwajah seperti manusia.Badannya seperti unta yang mempunyai bonggol, ekornya seperti ikan.Orang Nasrani itu menganggapnya aneh kerana hanya muncul di permukaan laut saja.

Ia kemudian berteriak.
"Hai siapa itu?" begitu teriaknya.
"Wahai manusia, mengapa engkau tidak mengucapkan salam kepadaku?" tegur makhluk itu.

Akhirnya si Nasrani pun mengikuti apa yang diperintahkannya.
Saat ia turun dari pohon, ia terkejut melihat lebih dekat bentuk asli makhluk itu dan ia berniat untuk lari kerana takut.
Tapi ia ditegur oleh malaikat itu.

Gambar hiasan : Lautan Kpg Punang,Lawas


LAUTAN
Malaikat Laut Salah Satu Tentera Nabi Khidir A.Ş.
"Wahai manusia, mengapa engkau lari dariku?
Jika engkau lari nescaya engkau akan binasa, "ucapa malaikat laut itu.

Maka berhentilah Nasrani tadi dan kemudian makhluk tersebut mula memperkenalkan dirinya bahkan ia adalah seorang malaikat yang Allah SWT ciptakan untuk berdiam di atas permukaan laut.Ia merupakan salah satu bala tentera Allah SWT.Setiap hari ia selalu melantunkan tasbih.

Malaikat itu juga mengaku sebagai salah satu malaikat bala tentera Nabi Khidir as di Lautan.Orang Nasrani itupercaya, terlebih lagi setelah mengalami peristiwa tersebut, keyakinannya bertambah kuat terhadap Islam.
Ia meyakini bahawa apayang dipegang selama ini (agama Nasrani) adalah keliru, dan Islam lah yang benar menurutnya.

Nabi Khidir a.s berkata,
"Barang siapa yang melantunkan tasbih malaikat tersebut, maka pahalanya seperti pahala makhluk tersebut berzikir dari awal hingga akhir hayatnya."

Wednesday 16 April 2014

Palomar Knot

15:19
Palomar Knot merupakan ikatan yg sangat mudah.

Cara-cara

Duakan hujung tali dan masokkan kedalam lubang mata kail.

Silangkan hujung tali

Masokkan tali ketgh2 (seperti ikat simpul) dan tarik hujung keluar. Masokkan mata kail kedlm hujung lubang tali

Tarik tali kebelakang


Tarik dan ketatkan..



Double-Uni Knot

15:11
Double-Uni Knot merupakan antara ikatan pancing yg tertahan. 

Cara ikatan

Lipat hujung tali anda dan masokkn kedlm lubang matakail atau kekili seperti rajah di atas.

Buat loop dan silangkan.

Lilitkan sebanyak 5-6 kali.




Ketatkan ikatan dan tarik. Potong tali yg terlebih. Selamat mencuba.




Tuesday 15 April 2014

Micro Jigging (25/01/14)

09:37
Micro Jigging merupakan style jigging nk dh d perkenalkan sidak jepon(mun xslh) dengan mengurangkan spec jigging sebenar.

Utk setup micro jigging adalah
Rod: PE1.5 max
Line: 10lbs
Reel: 2500 (atleast 5.0:1 ratio mun bgs gik)
Jig: 30g kedibah




25/03/14 saya n koko telah d jemput utk pergi kelaut, so tanpa memikir panjang, kmk 2 terus on. Rugi x bna ndak.

Trip kmk org d ketuai oleh Abg Din selaku tekong n d bantu oleh adik nya Yus selaku anchorman


Perlajanan mengambil masa kira2 45minit utk sampei g lokasi pertama. Kmk org x anchor bot ttp membiarkan bot hanyut sambil kmk org jigging casting. Hasil kurg 15 minit d lokasi, kmk org berjaya mendaratkan 3 ekor tenggiri papan.



Memandangkan kmk org dh aher bertolak dari jeti, kmk org xpt lmk d lokasi pertama, dan terus berpindah ke lokasi kedua. Di lokasi kedua, kmk 2 koko d aja cara main alir oleh Abg Din n Yus. Target ikan d lokasi kedua ialah Tenggiri Batang. D lokasi kedua nk berlansung kira2 5 jam d cya, kmk org berjaya mendaratkan 7 ekor Tenggiri Batang dan Seekor Talang.



Selepas merasakan ombak semakin kuat, kmk org mengambil keputusan utk kembali ke lokasi pertama tadik b4 balit.

Setiba di lokasi, kmk org cuba utk menganchor bot tp ttp hanyut di bawa ombak. Tekong kmk org membuka tirai dengan mendaratkan seekor agik tenggiri papan. Kmk org terus membiarkan bot hanyut sambil jigging.

Dlm masa ya. Kmk org udah d sentap bbrapa kali ttp rabut. Koko mengambil langkah utk main buyok  dgn makei 3ple hook. Hasilnya koko berjaya mendaratkan seekor gik tenggiri papan. Dalam masa yg sama, saya yg terus sabar dengan menggunakan single hook pun d sentap kuat oleh Abek dan Nyulong.




Cukup jam, kmk org pun bergerak pulang ke jeti dengan selamat. Walaupun saya n koko hampir2 tumpas, tp alhamdulillah berjaya bertahan sampey petang.


Kesimpulan trip tk, kmk org berjaya dan saya n koko puas hati dan ingin pegi agik mun ada rezeki.



About Us

Recent

Random