Showing posts with label tenggiri. Show all posts
Showing posts with label tenggiri. Show all posts

Wednesday, 25 February 2015

Trip Bersama Duta Shimano Bintulu : Light Jigging & Big Game

09:57

Sabtu 21 Febuari 2015,antara trip pertama di laut pada tahun 2015.trip terjun bersama sifu bg hasbi(duta shimano) dan sifu man membelah ombak monsun timur laut yang belum reda.Keluar dari pangkalan pantai ABF seawal jam 5 petang.Menuju destinasi pertama di Batu Tanding.Sebaik bertambat di tiang "oil rig" batu tanding kami di serbu "big eyes trevally" dengan permainan micro jig dan popper amat mudah mendaratkan ikan tersebut.

Lewat malam kami berpindah ke West Pet A dimana wardi berjaya mendaratkan 2 ekor ikan sagai dgn permainan light jig.Kemudian kami bergerak menuju West Pet B dimana kami di amuk oleh ikan selidai,tidak disangka sentapan ikan selidai sangat kuat sehingga melenturkan rod.Banyak ikan selidai "table saiz" berjaya didaratkan.Kami sempat belajar permainan "big game" bersama bg hasbi dan man menggunakan "hand line" dengan berumpankan ikan cupak hidup demi memburu kerapu bersaiz "monster".2 ekor kerapu bersaiz "monster" berjaya di jinakkan oleh bg.hasbi dengan teknik tersebut.

Pada awal pagi kami diasak pula oleh the speed runner(tenggiri batang) dengan permainan light jigging bersaiz 60 gram hingga 90 gram.Bermatakan "treble hook" dengan karauan pantas berjaya menjinakan 2 ekor ikan tenggiri walaupun beberapa kali tali putus.2 ekor tongkol juga berjaya di daratkan oleh bg hasbi.Special catch oleh man apabila berjaya mecairkan hati ikan jenahak dgn jig nya.

Wardi menjadi "man of the match" pada trip kali ini kerana beliau paling banyak mendaratkan ikan dengan teknik jigging.Mencapai target tekong utk memenuhi tray dgn ikan.Sebaik tiba di pangkalan pantai ABF ikan-ikan segar yang berjaya kami tangkap terus dijual dan mendapat sambutan yang amat memberangsangkan.

Destinasi pertama Batu Tanding


Aksi panas badan


Duta Shimano membuka jig dari mulut tenggiri batang yang berjaya beliau daratkan.


Ikan selidai RM18/kg


Perjalanan pulang


Jenahak dan man berpisah tiada


Berpuas hati dengan hasil tangkapan


Monster grouper


Man of the match


The speedrunner yg kecundang

Thursday, 29 May 2014

Micro jigging di kapal LNG

08:45
Teknik memancing menggunakan jig micro menjadi kegilaan pemancing masa kini.kami juga tidak terlepas utk mencuba keasyikan micro jigging.Kami di ketuai oleh tekong Wardi Sahari dgn menggunakan bot bapanya dgn engin Mercury 40hp membelah lautan bintulu menuju kapal-kapal LNG yang sedang berlabuh menanti giliran utk masok ke pelabuhan.

Liquid Natural Gas

Puteri Firus Satu


Lokasi micro jigging ini tidak akan pernah menghampakan.kapal LNG Puteri Firus Satu menjadi lokasi pilihan kami kerna hasilnya sangat-sangat lumayan.antara kapal yang menjadi magsa kami antaranya Aman Hakata,Puteri Mutiara dan lain2.Kami juga tidak terlepas utk beraksi di SBM1(Single Bouy Mouring 1) yg terletak lebih kurang 6 batu nautika dari pelabuhan Bintulu.


Landed Spanish mackarel 

Antara killer jig yg telah dikenal pasti

Membelah lautan



Dengan menggunakan jig micro 30g kebawah dgn rod dibawah PE 2 dan reel bersaiz 2000 kumpaw pasti tidak menghampiri anda.antara ikan yg berjaya di daratkan adalah geronggong,tenggiri papan,talang-talang,kerapu dan tenggiri batang.Ada masanya aksi menjadi sangat  "frenzy" lebih-lebih lagi waktu petang.malah teknik pancingan dasar menggunakan apollo dgn flasher tanpa umpan tidak disangka dpt mendaratkan byk ikan tenggiri papan.

Tekong Wardi Sahari

Antara hasil yg berjaya di landing kan

Batang papan jaket batang papan jaket

Lembu punya susu,gajah dpt nama

Gaya membawa ikan melimpasi org ramai yang sangat stylo sekali di dunia

Saturday, 10 May 2014

Cabaran laut dalam pertama

13:08

Menjadi impian setiap pemancing utk menduga lautan demi mencari ikan idaman dan tarikan padu ikan bersaiz monster.7 dan 8 Mei 2014 menjadi tarikh penting bagi kami apabila impian kami menduga laut dalam buat kali pertama menjadi kenyataan.Trip 2 hari 1 malam ini telah kami rancang sejak 6 bulan lamanya dan mastermind trip ini adalah Mohd Wardi Sahari yg memberikan seratus peratus komitmen bagi memastikan trip in berjaya.

Gambar: peserta trip
Gambar: Wardi mengikat tali leader 
Gambar: persiapan terakhir sebelum berangkat
Gambar: Agus,Awg,Adiq dan Adon
Gambar: senjata yg bakal mengegar lautan


Kami mencatar kapal tekong Jamal dan di bantu oleh 2 anak kapal yang hensem.Kami terdiri dari 17 org termasok beberapa org otai Bintulu Anglers terdiri daripada En.Manan(otai berbisa),Faizal the bujel,En.kassim U(kilauan emas) dan Captain Pian Saltiga selaku pemancing profesional yang menjadi sifu kami di atas kapal.

Gambar: Otai dari Bintulu Anglers


Kami bertolak dari bintulu sekitar jam 8 pagi,Destinasi kami menuju ke kawasan Beting Bintulu (Madalene shoals) ,Beting Suai (Christine Shoals) dan kawasan sekitar.dimana byk nya terdapat kawasan batu karang semula jadi.Jarak nya dari Bintulu sekitar 40 batu nautika mengambil masa lebih kurang 4 jam perjalanan dgn kelajuan kapal 8.5 knot.Beberapa org antara kami tumbang mabuk laut akibat kurang biasa dgn keadaan laut yg agak bergelora pada hari itu.Mereka2 ini menjadi penunggu setia cabin kapal dan sesekali keluar menduga lautan .

Gambar: Waypoint ke destinasi memancing
Gambar: misteri penunggu cabin
Gambar: Bon Voyage!


Dua kaedah memancing yg kami amalkan dlm trip ini adalah "bottom fishing" dan "light jigging" yg tidak menghampakan.Antara jenis ikan yang berjaya di daratkan menggunakan kaedah pancing dasar dengan umpan ikan tongkol dan sotong antaranya adalah ikan pisang,sulit merah,kingfish,kerapu,red snapper,ikan putih,barracuda,aruan tasek,bayan dan banyak lagi.Kedalam laut pancingan dasar kebanyankan kawasan yang kami singgah sekitar 30-60 meter dalam.

Gambar: Don dgn strike pertama sebagai pembuka tirai trip kali ini.
Gambar: anak kapal membawa ikan hasil  tangkapan beliau di hadapan kapal sambil merondeng Agus


Tangkapan pada sebelah pagi agak kurang memuaskan memandangkan kami belom mahir dgn teknik memancing di laut dalam.Tetapi pada sebelah petang tekong Jamal membawa kami membelah laut di kawasan batu yang lebih berpotensi.Dimana lebih kurang 5 ekor ikan merah a.k.a Red Snapper bersaiz 2kg ke atas berjaya di daratkan.Ikan merah antara "target fish" kami pada trip ini.


Gambar: antara ikan merah yg berjaya di daratkan


Kaedah "light jigging" dengan menggunakan jig seberat 40-60g berjaya menarik perhatian ikan giant trevally,tongkol,kerapu dan tenggiri batang.Douglas,berjaya mendaratkan 2 ekor tenggiri batang dgn kaedah ini dan rekod peribadi tangkapan tenggiri terbanyak dlm trip ini.Jumlah  keseluruhan ikan tenggiri yg berjaya di daratkan dlm trip ini cuma 4 ekor.Seekor dari Mayong dan seekor lagi dari Hata(hero tamil dtg dudi).Manakala tangkapan dan aksi terbaik adalah pertarungan satu lawan satu antara Shukor dan ikan GT .Pertarungan 15 minit dgn ikan monster seberat 8kg ini memang memerlukan tenaga yang banyak dan shukor berjaya mendaratkan dgn mudah.

Gambar: Baxter Junior dgn Tenggiri 4kg

Gambar: Kokoko dgn Giant Trevally 8kg


Pada sebelah malam kami agak keletihan dan masing2 mencuri masa untuk berehat.Namun aksi tetap di teruskan,banyak ikan didaratkan pada sebelah malam.Satu-satu nya ikan Kerapu Strawberry berjaya di jinakkan oleh En Kassim U pada trip ini.Kerapu ini adalah spesis kerapu termahal dan menjadi ikan idaman setiap pemancing.Kali ini En Kassim U pemancing yang bertuah.Tahniah buat buat beliau.Pada jam 1 pagi,angin mula bertiup kencang,hujan ribut mula turun.Masing2 mencari tempat berteduh dan aksi dihentikan.Hujan berlarutan sehingga beberapa jam sebelum berhenti pada pukul 3 pagi.Selepas hujan mula berhenti aksi di sambung lagi,namun waktu ini kebanyakkan pemancing sudah mula berehat.Hanya tinggal beberapa org pemancing yg meneruskan aksi.

Gambar: Ribut kencang dgn membawa angin sekitar 5 m/s
Gambar: aktiviti mengendorkan urat dan meluruskan badan.


Menjelang waktu subuh,byk ikan mula mencari makanan waktu ini lah paling "frenzy" .Tidak sampai 5 saat melabuh umpan pasti sudah ada ikan yg sambutnya dengan mesra.Rata ikan bersaiz lengan org asia dewasa normal.Amat mengujakan.Keesokan harinya,kami meneruskan aksi dengan singgah di beberapa point sebelum pulang ke bintulu.kami tiba di bintulu pada pukul 3.30 petang.Keseluruhan ikan dikumpul dan di bahagi sama rata ,seorang cuma dibenarkan memilih 2 ekor ikan istimewa yg mereka tangkap itk di bawa pulang.

 
Gambar: hasil tangkapan di kumpul dan di bahagi sama rata


Masing2 membawa ikan dan cerita utk dikongsikan ke daratan.Trip ini adalah trip terbaik pernah kami adakan.Insyallah tahun depan kami akan balas dendam lagi.terima kasih kepada semua yang menjayakan trip ini termasok Bro Khairul dari Bintulu Anglers yg banyak memberi khidmat nasihat tidak lupa juga kepada semua ahli kelab yg di dapat pergi namun memberikan sokongan moral kepada kami dan terima kasih juga kepada yg sudi membaca blog ini.
Sekian terima kasih 





















About Us

Recent

Random