Monday, 22 September 2014

Amukan "little tuna" D18

11:19


20 September 2014-Trip kali ini adalah trip terjun yang melibatkan 4 org penerjun dari ahli FA .Trip mengejut ini didalangi oleh Bro Khairul . Kapal jamal the otai rock membawa kami menuju ke medan pertempuran yang paling sengit di laut perairan Bintulu,dengan kelajuan enjin diesel 9 knot  bersama 2 org awak2 ditambah dgn lagu-lagu rock kapak yg di putaran di dalam cabin Jamal menambah kecerian di dalam kapal.


Sebelah kanan kapal menjadi spot keramat kami berempat.


Bro khairul mempersiapkan senjata dalam perjalan ke medan tempur.


Shimano forcemaster 9000 siap sedia berkerja keras utk wardi.


kopi O peng menggunakan ais ikan..pon sodap!


Trip ini mengabungkan FA,Bintulu Anglers dan CCM.Namun kami berempat diarahkan utk pergi trip ini sebagai Bintulu Anglers.kami berempat meletakan Red Snapper dan Cobia sebagai "target fish" utk trip kali ini.Berumpankan tongkol dan sotong kami mencuba pelbagai teknik bottom fishing,light dan micro jigging.Perjalanan menuju D18 yg jauh nya lebih kurang 43 batu nautika mengambil masa sehari,sebelum sampai di D18 kami berhenti di byk point melalui West Petricia.Pelbagai jenis ikan berjaya di daratkan sepanjang perjalanan ke D18.


D18 dikatakan di dalam perairan Mukah.


Si merah membaham umpan anai..1 down 1 to go..


Agus juga berjaya menjinakan si merah.


"Oi gambar aku lok!" Ujar wardi kepada cameraman.


Senyum lebar brader dpt landed king fish monster.

Bro Khairul antara org yang pertama strike ikan monster iaitu ikan kingfish anggaran seberat 5 kilogram.Otai-otai Bintulu Anglers yang lain tidak kurang hebatnya.Pengalaman dan ilmu mereka di laut membuatkan kami teruja utk mengikuti trip ini.


Gaya pro jigger beraksi depan kapal.


Menjelang maghrib Bro Manan mendaratkan sagai menggunakan micro jig.


Ini dia pian the magic hand,awak2 kapal terbaik


Mempersiapka umpan sebelum tiba di D18.


Ada yang ambik kesempatan utk berehat.


Antara yang turut serta mengikut trip ini adalah Pey Jal the profesional jigger.Hampir setiap point kami berhenti beliau pasti mendaratkan ikan menggunakan teknik jigging.Lepas beliau strike,beliau lagi...ikan yg di strike beliau bukan calang-calang jaik2 3 kilo ke atas.Kami juga sempat belajar teknik jigging dari beliau di atas kapal.

Pey jal menerangkan tentang pemilihan jig yg sesuai utk di gunapakai.


Antara ikan yg pey jal jinakkan menggunakan teknik jig..."teach me master!"

Kami tiba di derek D18 lebih  jam 9 malam.Kapal bertambat di bawah di tiang "flare" derek.Sebaik saja bertambat kami diserbu oleh "little tuna" atau ikan tongkol yang bergerak dalam kumpulan membaham jig-jig kami.Lewat jam 12 tgh malam kami di datangi hujan ribut dan angin kencang.Masing-masing menyarung baju hujan ada yang sambung tidur ada pula yg terus memancing dlm hujan.Dikala hujan lebat membasahi kami lebih banyak ikan tongkol dtg menyerah diri , lompatan akrobatik tongkol di permukaan air membuatkan kami lebih teruja utk membaling jig.Banyak tongkol yg berjaya di daratkan menggunakan teknik light dan micro jigging dan purata berat ikan sekitar 1-4 kilogram.Bukan saja tongkol,spesis lain juga berjaya didaratkan menggunakan teknik "bottom fishing" antaranya Aruan Tasek,Jenahak,Kerapu dan lain-lain.


"Bukan ikan ini yg saya cari" ujar agus sambil megangkat ikan tongkol yg baru memakan jig beliau.


Amukan tongkol dan senyuman bro khairul berpisah tiada.

Daya tarikan ikan ini menyeronokan,ia nya akan memecut dgn laju ke dasar membuatkan bunyi drag reel bedesing (sengaja sik kunci drag terit) dan membengkok kan joran sehingga tip bertemu handle.



Hujan ribut mula turun jam 12 malam hingga ke pagi.


Waktu ini lah tongkol mengamuk kelaparan membaham ikan2 besi....keep calm,wear raincoat and carry on fishing!


Wardi berjaya menaikan Golden Snapper atau eron dalam hujan.


Bro manan menaikkan kerapu seberat 2.5kg


Anai strike king fish sambil tidur.


Beliau ini mmg heng main bottom..Toshiba a.k.a ikan telinga gajah sama besar saiz TV Toshiba landed di tangan beliau.


Hujan berlarutan sehingga pagi,kami bergerak pulang sekitar jam 8.30 pagi meninggalkan derek D18 dan "little tuna" nya.Dalam perjalanan pulang kami singgah di beberapa point antara nya di kawasan West Petricia di mana Bro Rusdi berjaya mendapatkan Kerapu Strawberry yg besar menggunakan teknik light jigging.Ianya merupaka satu bonus buat beliau.


Strawberry on light jig!


Bro rusdi mendaratkan Aruan Tasek menggunakan teknik alir bottom.


Agus pula tidak kurang hebat nya apabila berjaya menaikkan BATU KARANG dgn jig..ini adalah rekod peribadi beliau yg terbaik setakat ini.


 Wardi sedang membuat kerja rumah di bantu oleh salah seorang awak2...ermmmmmmmmmmmmm


Hasil kami berempat sepanjang 2 hari 1 malam yg kemudiannya i bahagikan sama rata antara kami.


Trip ini adalah antara trip terbaik kami setakat ini.Dimana masing-masing menzahirkan rasa puas hati walaupun "target fish" masih belum berjaya di naikkan.Kami berterima kasih kepada Bro Khairul,Bro Rusdi dan semua yg menjayakan trip kali ini.


Apa tunggu lagi...sampey jak rumah panggang terus lah...aummmmmss

Sekian terima kasih...
Thanks for reading...


About Us

Recent

Random