Friday, 19 January 2018

Genocide Spesis Tempatan

23:23
Ahli Iktiologi (ahli kaji ikan) di Malaysia mula risau dengan kemunculan ikan-ikan pemangsa dari Amazon dan Mekong di negara kita. Ikan-ikan ini berpotensi untuk menghapuskan spesis ikan asal di sungai-sungai utama di Malaysia. Terdapat beberapa rekod tangkapan dari pemancing yang menaikkan ikan-ikan pemangsa agresif seperti Peacock bass, Giant catfish, Pirarucu, Red Tail, Pacu dan Aligator gar di dalam sistem perairan di Malaysia.



Fish Invasion!
Ini adalah masalah global bukan hanya di malaysia. Di Amerika dan Eropah sudah lama memerangi masalah ini bagi melindungi spisis ikan tempatan. Di Nevada, Amerika contohnya spesis ikan Bass dan Trout mereka diancam oleh ikan jenis Northern Pike yang berasal dari perairan hemisfera utara yang sedang mendominasi tasik-tasik mereka. 

Di Sungai Rhine, German pula ikan Wels Catfish memusnahkan spesis trout mereka, malah dilaporkan satu kes dimana ikan Wels catfish di sungai Rhine menyambar seorang budak perempuan berumur 14 tahun yang sedang berenang. Malah di Australia baru-baru ini, Ikan Barramundi dan Black Bream mereka 95% pupus dalam masa 2 tahun di dalam Pionner River dek kerana 4 pasang Peacock Bass yang di lepaskan oleh orang yang tiada otak. 

Manakala di Malaysia, Antara lokasi yang terjejas teruk akibat penaklukan Keli Afrika ialah Sungai Muar yang mengalir dari Negeri Sembilan hingga ke Johor serta Sungai Perai di Pulau Pinang, yang mana hidupan air tempatan di situ didakwa semakin hilang daripada keluarga cyprinidae iaitu hangus ekor dan jelawat batu serta ikan keli sirip lembut adalah antara yang dikesan pupus.Sementara beberapa spesies ikan tempatan lain sudah disenaraikan dalam pelbagai kategori di bawah IUCN RedList (Senarai spesis yang terancam di bawah International Union For Conservation Of Nature) termasuk keli hutan (Clarias meladerma), sepat mutiara (Trichogaster leerii), ikan kelisa (Scleropages formosus), temoleh dan ikan daripada beberapa genus betta seperti sepilai merah. Menurut Jabatan Sains Akuatik Universiti Malaysia Sarawak, sebanyak 64.3 peratus ikan asing dibawa masuk ke Malaysia untuk aktiviti akuakultur, industri akuarium (19 peratus), perikanan rekreasi (14.3 peratus) dan 2.45 peratus untuk kawalan biologi.

Pemerdagangan antara benua ikan-ikan hidup ini wujud sejak tahun 60 an lagi. Tujuan asal ada untuk membantu untuk kawalan biologi dalam industri akuakultur sebagai contoh Amerika membawa masok ikan Asian Carp dari Asia ke negara mereka bagi membantu para penguasa kolam ternakan ikan mencuci kolam ikan. Asian Carp akan memakan tumbuhan dan serangga yang wujud dalam kolam ternakan mereka. Akibat tiada kawalan, ikan Asian Carp menjadi masalah bagi mereka, Sungai Mississippi di takluk oleh ikan ini dan semua ikan asal lenyap.


Who is Fucking Responsible?
Ikan-ikan parasit ini hadir ke dalam sistem sungai kita hanya dengan satu cara iaitu dilepaskan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Pemancing sering dikaitkan dengan aktiviti ini kerana ikan-ikan pemangsa ini mahu di jadikan game fish dan dilepaskan liar ke sungai untuk di pancing semula. Berjaya mendaratkan spesis rare ini akan menjadi kebanggaan mereka, malah merasai sentapan ikan ini mengasyikan tanpa menyedari ianya memberi kesan kepada ekosistem. Betol ka sik? 

Memelihara ikan eksotik telah menjadi salah satu hobi yang kian popular di Malaysia. Peminat-peminat ikan eksotik ini juga cenderung untuk melepaskan ikan apabila ianya semakin membesar dan tidak terurus di dalam akuarium, ikan pemangsa ini cepat membesar dan kos memberi makanan sangat tinggi. Cara yang paling baik dan berperikehaiwanan bagi mereka adalah melepaskan ke sungai dengan harapan ikan ini boleh terus hidup tanpa mempertimbagkan kesan nya terhadap spesis ikan tempatan.

Timbul persoalan, bagaimana ikan-ikan dari Amazon ini boleh masok ke Malaysia? Sedangkan Malaysia memounyai undang-undang dibawah Jabatan Perikanan larangan import spesis eksotik dari luar negara. Sejumlah 16 spesis ikan telah diwartakan di bawah peraturan tersebut. Pengusahan kedai ikan hiasan bertanggungjawab membawa masok ikan-ikan pemangsa ini ke Malaysia dek kerana permintaan yang tinggi dati penggemar ikan eksotik. jika tiada permintaan tak kan ada pembekalan. Siapa yang patut di persalahkan?

Agak sukar mengawal kemasukan genus-genus ikan asing ini masuk ke Malaysia. Tambahan kita tidak mempunyai undang-undang yang tegas dan kurang nya penguatkuasaan dari pihak perwajib. Namun kita tidak dapat meletakan kesalahan isu ini kepada pihak perwajib 100% memandangkan mereka kekurangan sumber untuk bertindak malah kerjasama masyarakat amat di perlukan untuk banteras kegiatan ini.

Shit Happen In The Future!
Jika kegiatan ini tidak dibendung mungkin satu hari nanti anak-anak kita tidak lagi mengenali ikan-ikan tempatan seperti Sebarau, Kelah, Kaloi, Empurau, Tembaring dan lain-lain. Mereka mungkin tidak berpeluang untuk casting spesis-spesis tersebut seperti kita, apalagi untuk merasa kenikmatan rasa ikan-ikan tempatan. Arena sukan memancing di Malaysia mesti semakin hambar dengan ketiadaan kepelbagian spesis untuk di buru. Hilang cabaran mok casting, asal tikam jak strike. Mungkin time ya nak kumpau pun susah. Asal upload gmbar lam media social ikan sama jak.

Industri perikanan air tawar khususnya pasti akan menerima impak yang negatif dari kehadiran ikan-ikan parasit ni. Harga ikan tempatan akan melabung naik, Kesukaran untuk mengekalkan habitat ikan, wujudnya penyakit baru dalam perairan kita, kematian ikan secara besar-besaran dan Lambat laun industri perikanan akan pupus seiring dengan kepupusan spesis tempatan. 

Cuba anda bayangkan tentera Nazi pimpinan Adolf Hilter masuk ke Malaysia dengan pelbagai kelengkapan perang dengan niat untuk menakluk, kerakusan jentera perang Hitler melakukan serangan terhadap Malaysia dengan membunuh semua rakyat tanpa meninggalkan seorang pun. Seperti yang mereka lakukan terhadap orang Yahudi ketika WW2. begitulah ibaratnya penaklukan ikan parasit ini ke dalam sistem sungai kita. Mahukan anda di tawan sebegitu? sehingga pupusnya generasi anda?


The God Damn Solution?
Bagi kami di FA salah satu cara untuk membanters aktiviti ini adalah dengan memberi edukasi dan maklumat untuk meningkatkan kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang kesan ikan-ikan pemangsa dari luar ini terhadap biodiversiti di Malaysia. Lakukan kempen untuk menyebar informasi dalam masa yang sama tingkatkan lagi penguatkuasaan terhadap pembekal ikan-ikan ini. Rata-rata pengusahan kedai ikan hiasa memberi alasan yang mereka tidak tahu spesis-spesis terlarang yang mereka jual. 

Pemancing khusus nya caster seperti kami tentu dambakan tarikan spesis seperti Peacock Bass, Arapaima, Red Tail Catfish dan lain-lain. Dengan bentuk badan ikan ini sexy di tambah dengan warna mereka yang cantik amatlah hensem untuk di sematkan dalam personal catch report. Tidak di nafikam yang ikan-ikan larangan tersebut berada dalam catch list kami namun kesedaran tentang kesan nya membataskan kami untuk membawa masuk genus-genus ikan tersebut untuk di buat game fish di kawasan kami.

Satu cara yang terbaik baik untuk mencari catch of a lifetime ini adalah dengan berkunjung ke tempat asal ikan ini untuk memburu mereka. Sperti Peacock Bass di hutan Amazon di Central Amerika. Tapi tentu kos nya sangat tinggi kan. Boleh mencecah puluhan ribu untuk seorng. baik kita lupa kan impian ke Amazon. Mari kita fikirkan solusi lain.

Jika usaha membanteras kemasukan ikan ini ke Malaysia sukar untuk di pantau, mengapa tidak kita cuba kawal keberadaan mereka dalam Malaysia, tapi dengan garis panduan atau tata cara mengendali dan memelihara mereka yang betol tanpa memberi kesan terhadap ekosistem. Bagaimana? Jabatan Perikanan boleh mewujudkan satu undang-undang baru yang boleh mengawal keberadaan ikan-ikan larangan ini dalam Malaysia. Seperti contoh yang berlaku di semenanjung Malaysia sekarang pengusaha kolam pancing giat memelihara ikan eksotik dalam kolam mereka untuk di pancing pelanggan. Manakala di kawasan lain pula seperti di Perak ikan seperti Peacock Bass di lepaskan di dalam lombong-lombong terbiar dan kolam-kolam liar untuk di jadikan game fish. 

Jika anda berniat untuk melepaskan ikan-ikan parasit ini bagi tujuan game fish adalah di sarankan supaya cari lokasi takungan air seperti lombong terbiar atau kolam yang tiada saliran keluar atau tiada potensi untuk air dari takungan itu keluar jika berlaku hujan lebat atau banjir.Adalah digalakkan untuk mengali kolam sendiri di kawasan sendiri untuk memelihara spesis ikan eksotik ini bagi tujuan game fish. Kawasan itu harusnya di pagar bagi mengelakkan diceroboh dikhuatiri di salah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Alien Fish In Sarawak!
Sungai-sungai di Sarawak masih boleh dikatakan bebas dari ikan-ikan invasif ini. Walaupun tular di laman sosial satu ketika dulu terdapat tangkapan Aligator Gar di Bintulu namun kesahihan nya belum dapat terbukti. Walaubagaimanapun, ikan-ikan ini sudah ada di dalam aquarium pengusaha-pengusaha kedai ikan hiasan di sekitar Sarawak. Kami sendiri sudah melihat ikan Pacu, Arapaima, Peacock Bass dan Aligator Gar di pelihara di dalam aquarium kedai ikan hiasan malah ada diantara rakan-rakan kami sendiri mempunyai minat memelihara ikan eksotik. Tidak seperti di semenanjung Malaysia kemasukan ikan asing ke dalam sistem sungai mereka sudah wujud sejak tahun 80 an lagi bagi tujuan aktiviti akuakultur.

Kewujudan media social memudahkan lagi kemasukan ikan-ikan ini ke Sarawak selain di bawa masok oleh pengusaha ikan hiasan. Jual beli ikan hidup berlaku diatas talian saja. Langkah-langkah proaktif harus di ambil untuk mengelakan penaklukan ikan parasit di sungai-sungai Sarawak. Penulisan kami ini adalah satu bentuk edukasi dan pandangan perinadi kami kepada pemancing untuk memberi kesedaran tentang kerosakan ekosistem yang secara tidak langsung bakal dirasai oleh pemancing sendiri jika ianya tidak di bendung dari awal. Mengapa tidak kita cuba untuk terbang ke tanah seberang bagi memburu spesis yang tiada di Sarawak. Peacock bass contohnya kita boleh cari di tanah semenanjung, dalam masa yang sama kita boleh travel ke negeri orang untuk merasai pengalaman memancing di tempat org disamping membentuk rangkaian persahabatan di antara pemancing. sebagai contoh mereka sanggup terbang jauh ke pedalaman Sabah bagi memburu spesis Black Bass. Mengapa tidak kita? jika berkemampuan pergilah serata dunia untuk memburu ikan idaman anda! Bebaskan sungai-sungai kita dari ikan durjana yang membunuh spesis tempatan. Jangan biarkan Genocide ini berleluasa. Selamatkan ikan kita.Educate!

About Us

Recent

Random