Menjadi impian setiap pemancing utk menduga lautan demi mencari ikan idaman dan tarikan padu ikan bersaiz monster.7 dan 8 Mei 2014 menjadi tarikh penting bagi kami apabila impian kami menduga laut dalam buat kali pertama menjadi kenyataan.Trip 2 hari 1 malam ini telah kami rancang sejak 6 bulan lamanya dan mastermind trip ini adalah Mohd Wardi Sahari yg memberikan seratus peratus komitmen bagi memastikan trip in berjaya.
Kami mencatar kapal tekong Jamal dan di bantu oleh 2 anak kapal yang hensem.Kami terdiri dari 17 org termasok beberapa org otai Bintulu Anglers terdiri daripada En.Manan(otai berbisa),Faizal the bujel,En.kassim U(kilauan emas) dan Captain Pian Saltiga selaku pemancing profesional yang menjadi sifu kami di atas kapal.
Kami bertolak dari bintulu sekitar jam 8 pagi,Destinasi kami menuju ke kawasan Beting Bintulu (Madalene shoals) ,Beting Suai (Christine Shoals) dan kawasan sekitar.dimana byk nya terdapat kawasan batu karang semula jadi.Jarak nya dari Bintulu sekitar 40 batu nautika mengambil masa lebih kurang 4 jam perjalanan dgn kelajuan kapal 8.5 knot.Beberapa org antara kami tumbang mabuk laut akibat kurang biasa dgn keadaan laut yg agak bergelora pada hari itu.Mereka2 ini menjadi penunggu setia cabin kapal dan sesekali keluar menduga lautan .
Dua kaedah memancing yg kami amalkan dlm trip ini adalah "bottom fishing" dan "light jigging" yg tidak menghampakan.Antara jenis ikan yang berjaya di daratkan menggunakan kaedah pancing dasar dengan umpan ikan tongkol dan sotong antaranya adalah ikan pisang,sulit merah,kingfish,kerapu,red snapper,ikan putih,barracuda,aruan tasek,bayan dan banyak lagi.Kedalam laut pancingan dasar kebanyankan kawasan yang kami singgah sekitar 30-60 meter dalam.
Tangkapan pada sebelah pagi agak kurang memuaskan memandangkan kami belom mahir dgn teknik memancing di laut dalam.Tetapi pada sebelah petang tekong Jamal membawa kami membelah laut di kawasan batu yang lebih berpotensi.Dimana lebih kurang 5 ekor ikan merah a.k.a Red Snapper bersaiz 2kg ke atas berjaya di daratkan.Ikan merah antara "target fish" kami pada trip ini.
Kaedah "light jigging" dengan menggunakan jig seberat 40-60g berjaya menarik perhatian ikan giant trevally,tongkol,kerapu dan tenggiri batang.Douglas,berjaya mendaratkan 2 ekor tenggiri batang dgn kaedah ini dan rekod peribadi tangkapan tenggiri terbanyak dlm trip ini.Jumlah keseluruhan ikan tenggiri yg berjaya di daratkan dlm trip ini cuma 4 ekor.Seekor dari Mayong dan seekor lagi dari Hata(hero tamil dtg dudi).Manakala tangkapan dan aksi terbaik adalah pertarungan satu lawan satu antara Shukor dan ikan GT .Pertarungan 15 minit dgn ikan monster seberat 8kg ini memang memerlukan tenaga yang banyak dan shukor berjaya mendaratkan dgn mudah.
Pada sebelah malam kami agak keletihan dan masing2 mencuri masa untuk berehat.Namun aksi tetap di teruskan,banyak ikan didaratkan pada sebelah malam.Satu-satu nya ikan Kerapu Strawberry berjaya di jinakkan oleh En Kassim U pada trip ini.Kerapu ini adalah spesis kerapu termahal dan menjadi ikan idaman setiap pemancing.Kali ini En Kassim U pemancing yang bertuah.Tahniah buat buat beliau.Pada jam 1 pagi,angin mula bertiup kencang,hujan ribut mula turun.Masing2 mencari tempat berteduh dan aksi dihentikan.Hujan berlarutan sehingga beberapa jam sebelum berhenti pada pukul 3 pagi.Selepas hujan mula berhenti aksi di sambung lagi,namun waktu ini kebanyakkan pemancing sudah mula berehat.Hanya tinggal beberapa org pemancing yg meneruskan aksi.
Gambar: Ribut kencang dgn membawa angin sekitar 5 m/s
Gambar: aktiviti mengendorkan urat dan meluruskan badan.Menjelang waktu subuh,byk ikan mula mencari makanan waktu ini lah paling "frenzy" .Tidak sampai 5 saat melabuh umpan pasti sudah ada ikan yg sambutnya dengan mesra.Rata ikan bersaiz lengan org asia dewasa normal.Amat mengujakan.Keesokan harinya,kami meneruskan aksi dengan singgah di beberapa point sebelum pulang ke bintulu.kami tiba di bintulu pada pukul 3.30 petang.Keseluruhan ikan dikumpul dan di bahagi sama rata ,seorang cuma dibenarkan memilih 2 ekor ikan istimewa yg mereka tangkap itk di bawa pulang.
Masing2 membawa ikan dan cerita utk dikongsikan ke daratan.Trip ini adalah trip terbaik pernah kami adakan.Insyallah tahun depan kami akan balas dendam lagi.terima kasih kepada semua yang menjayakan trip ini termasok Bro Khairul dari Bintulu Anglers yg banyak memberi khidmat nasihat tidak lupa juga kepada semua ahli kelab yg di dapat pergi namun memberikan sokongan moral kepada kami dan terima kasih juga kepada yg sudi membaca blog ini.
Sekian terima kasih
No comments:
Post a Comment