Monday, 30 June 2014

Whatsapp FA

22:19



Flamingo Anglers yg tertubuh dari group whatapp vapor (Flamingo Vapor) tanpa diduga sangat sporting d kalangan ahli.

Kumpulan whatapp yg slalu menjadi tpt ahli berkongsi maklumat, gambar, merancang, dan pelbagai lagi termasuk berhibur.

Pada mulanya kumpulan whatsapp ini telah d adminkan oleh wardi, tetapi oleh kerana merajuk dan mengleftkan group dan menyebabkan admin bertukar tgn kepada "MEL" sebelum dipindahkan kepada Apit.

Ini adalah Wawa(1st admin) selaku Event Manager 


Ini Apit (admin whatsapp sekarang)


Kumpulan whatsapp ini amat xtiv sehinggakan notification yg tanpa di duga dlm masa beberapa minit sahaja. Oleh ini ada antara ahli yg pernah d invite masok terpaksa keluar kerana tidak tahan. Ada antara ahli yg telah left group dan d invite masok lagi kerana mintak puji yg teramat mintak puji.

Boss Paan selaku Pengurusi Tetap FA


Kebiasaannya, ahli yg d invite masok ke dlm group akan diminta utk berselfie dan memperkenalkan diri. Ini kerana tidak semua ahli mengenali ahli baru. Dan dlm kumpulan ini la ahli akan berjenaka dan terus mengenali satu sama lain. Ini merupakan cara yg efective. Kerana apabila 1st jumpa, tiada rasa segan dan malu utk berkomunikasi.

Happy Gordon selaku Event Manager (abg wawa)

Whatsapp FA amat penting utk FA kerana ia merupakan cara berhubung sesama ahli yg sangat berkesan. Diharap ahli FA akan terus berubung dan terus berplentey maut dah terus bersatu.

Atoy (Menteri Kewangan 1)

Papa (Menteri Kewangan 2)

Asman (penah memegang title OKU) 

Koko (Lipan Keruk)

Anney (adik lipan keruk)

Jejai (Tambi Made In China) QC Pass

Anai (Editor/GRO mancit)

Agus (Rikishi Patu)

Daff (Manager Futsal FA)


Faris (Gigolo Top 2014)


Kami Anglers yg sukakan Hiburan, kami sukakan suasana gembira dan meriah.

Tuesday, 24 June 2014

Trip D18 & Bayan

11:54
Pada 20Jun-21jun yg lepas, beberapa org ahli Flamingo Anglers telah d jemput utk menyertai trip memancing laut yg drancang oleh Green Sniper dari Tanah Semenanjung.

Agus, Asman & Atoy yg mengikuti trip kali ini


Trip kali ini menggunakan kapal Ah Heng. Kami bertolak agak lewat kerana menunggu ahli Green Sniper yg baru tiba d airport kira2 jam 9.30am dan bertolak dari jeti kira2 jam 10.45am

Perjalanan yg mengambil masa kira2 4jam 30minit utk sampai ke destinasi digunakan utk kami berkenalan sesama ahli,menyiapkan kelengkapan,bertukar pendapat dan pengalaman memancing masing2. Di bahagian blkg bot, ada yg mengambil kesempatan utk menguji teknik tunda. Melalui teknik ini, kmi berjaya mendaratkan 2 ekor tenggiri dengan aksi penbukaan oleh tuan rumah iaitu ahli FA dan d ikuti oleh ahli GS.

Dlm perjlnn kmi sempat singgah d beberapa point yg d ketahui tekong utk mencuba memancing dan jigging. Oleh kerana agak lewat, kmi tidak menunggu lama d setiap point. Kami terus bergerak ke pelantar pertama iaitu D18.




Di sini, kami mengamalkan cara memancing jigging halus,jigging ringan dan memancing dasar. Ternyata teknik jigging lebih mendatangkan hasil. Ikan utama yg d daratkan d lokasi ini ialah tongkol. Lebih 20 ekor yg berjaya d daratkan.

Antara tongkol yg berjaya d daratkan dengan teknik jigging halus (micro jigging)



Setelah ikan kurang menyambar kira2 jam 11.30pm, kami berpindah lokasi ke Bayan. Selang beberapa minit, ahli trip d depan bot berpesta tenggiri. Hampir setiap tikaman jig berjaya membuahkan hasil. Aksi hanya berlaku sekejap sahaja, kira2 45 minit, dan berjaya mendaratkan 6 ekor tenggiri sebelum sunyi.



Setelah arus bertukar kearah darat, aksi kembali rancak. Teknik dasar dan jigging d gunakan. Tetapi tiada tenggiri yg berjaya didaratkan sehingga jam 6 pagi. Tenggiri kira2 4.5kg berjaya d daratkan dengan teknik micro jigging yg beraksi d blkg bot. Selang beberapa minit tenggiri pertama pagi itu d daratkan, seekor lagi berjaya di jinakkan dengan teknik lite jig. Aksi tenggiri baru bermula, tetapi tanpa pengatahuan kami, tekong telah mengalihkan bot kearah lain dan mengakibatkan kami hilang g-spot tenggiri kami. Kami agak kecewa dengan tindakan tekong tersebut.

Kami terus d bawa utk mencuba teknik tunda dan berjaya menjinakkan seekor tenggiri walaupun beberapa kali d sentap.

Kami terus d bawa ke point memancing dasar utk mencari hasil. Kali ini kmi berjaya mendaratkan pelbagai ikan dasar termasuklah kerapu, ikan merah, ayam laut dan lain2.

Kira2 jam 11.30am, kami d fahamkan olej tekong utk barangkat pulang ke jeti.dan kami tiba d jeti kira2 jam 4pm.








Hasil trip kali ini hanya memuaskan semua ahli trip. Green Snapper merancang ingin datang lagi masa akan datang dan harap trip akan datang lebih gempak.

"Jangan risau, memancing takkan habis"- kata salah seorg ahli Green Snaper

About Us

Recent

Random