Tuesday, 24 June 2014

Trip D18 & Bayan

Pada 20Jun-21jun yg lepas, beberapa org ahli Flamingo Anglers telah d jemput utk menyertai trip memancing laut yg drancang oleh Green Sniper dari Tanah Semenanjung.

Agus, Asman & Atoy yg mengikuti trip kali ini


Trip kali ini menggunakan kapal Ah Heng. Kami bertolak agak lewat kerana menunggu ahli Green Sniper yg baru tiba d airport kira2 jam 9.30am dan bertolak dari jeti kira2 jam 10.45am

Perjalanan yg mengambil masa kira2 4jam 30minit utk sampai ke destinasi digunakan utk kami berkenalan sesama ahli,menyiapkan kelengkapan,bertukar pendapat dan pengalaman memancing masing2. Di bahagian blkg bot, ada yg mengambil kesempatan utk menguji teknik tunda. Melalui teknik ini, kmi berjaya mendaratkan 2 ekor tenggiri dengan aksi penbukaan oleh tuan rumah iaitu ahli FA dan d ikuti oleh ahli GS.

Dlm perjlnn kmi sempat singgah d beberapa point yg d ketahui tekong utk mencuba memancing dan jigging. Oleh kerana agak lewat, kmi tidak menunggu lama d setiap point. Kami terus bergerak ke pelantar pertama iaitu D18.




Di sini, kami mengamalkan cara memancing jigging halus,jigging ringan dan memancing dasar. Ternyata teknik jigging lebih mendatangkan hasil. Ikan utama yg d daratkan d lokasi ini ialah tongkol. Lebih 20 ekor yg berjaya d daratkan.

Antara tongkol yg berjaya d daratkan dengan teknik jigging halus (micro jigging)



Setelah ikan kurang menyambar kira2 jam 11.30pm, kami berpindah lokasi ke Bayan. Selang beberapa minit, ahli trip d depan bot berpesta tenggiri. Hampir setiap tikaman jig berjaya membuahkan hasil. Aksi hanya berlaku sekejap sahaja, kira2 45 minit, dan berjaya mendaratkan 6 ekor tenggiri sebelum sunyi.



Setelah arus bertukar kearah darat, aksi kembali rancak. Teknik dasar dan jigging d gunakan. Tetapi tiada tenggiri yg berjaya didaratkan sehingga jam 6 pagi. Tenggiri kira2 4.5kg berjaya d daratkan dengan teknik micro jigging yg beraksi d blkg bot. Selang beberapa minit tenggiri pertama pagi itu d daratkan, seekor lagi berjaya di jinakkan dengan teknik lite jig. Aksi tenggiri baru bermula, tetapi tanpa pengatahuan kami, tekong telah mengalihkan bot kearah lain dan mengakibatkan kami hilang g-spot tenggiri kami. Kami agak kecewa dengan tindakan tekong tersebut.

Kami terus d bawa utk mencuba teknik tunda dan berjaya menjinakkan seekor tenggiri walaupun beberapa kali d sentap.

Kami terus d bawa ke point memancing dasar utk mencari hasil. Kali ini kmi berjaya mendaratkan pelbagai ikan dasar termasuklah kerapu, ikan merah, ayam laut dan lain2.

Kira2 jam 11.30am, kami d fahamkan olej tekong utk barangkat pulang ke jeti.dan kami tiba d jeti kira2 jam 4pm.








Hasil trip kali ini hanya memuaskan semua ahli trip. Green Snapper merancang ingin datang lagi masa akan datang dan harap trip akan datang lebih gempak.

"Jangan risau, memancing takkan habis"- kata salah seorg ahli Green Snaper

No comments:

Post a Comment

About Us

Recent

Random