Tuesday, 29 December 2015

Tangkapan Terbaik dan Coretan 2015

07:14






Antara Tangkapan Terbaik Tahun 2015









Coretan ini hanya "point of view" penulis,tiada kena mengena samaa najib,rosmah atau sesiapa saja.Sekadar menulis bagi mengisi ruangan hati yang sepi dikala hujan membasahi bumi.2015 sudah pun melabuhkan tirainya,cahaya harapan bersinar menanti di tahun 2016.Joran-joran kian berdebu menanti pembukaan musim 2016.Dengan harapan dan semangat baru.

Sejak musim monsun melanda pantai timur semenanjung dan sebahagian pantai barat sabah sarawak.Kelihatan ramai pemancing mula menjual peralatan pancing mereka.Situasi ini akan berlaku setiap tahun.Samada dgn tujuan mahu "upgrade" set ataupun berpencen dari dunia hanyir.Jualan.akhir tahun ini lah di nantikan para pemancing itk mendapatkan set pancing dgn harga murah.Group2 pancing di FB akan di penuhi post2 jualan brg.Sudah pasti kebanyakaan kaki pancing mahu peralatan pancing baru utk beraksi pada tahu baru.Untung sabut timbul untung batu tenggelam,begitulah perumpamaan membeli brg terpakai lelong pada hujung tahun.

Bulan disember juga dilihat market2 ikan berkurangan pengunjung.Pemburu ikan segar kini beralih kepada daging dan ayam.Nelayan kurang keluar kelaut kerana cuaca yang tak menentu.Bekalan ikan segar mula berkurangan.Hanya ikan2 beku sahaja yang dijual di pasar ikan harga nya pula murah.Untuk mendapat ikan laut segar pada saat itu amatlah sukar.Tapi nya pancarian tidak terhenti di situ.Kita masih ada alternatif lain utk menikmati ikan segar di saat musim monsun mengganas.Ikan air tawar ternak adalah satu alternatif utk menikmati ikan segar pada saat itu.Ikan ternak spt siakap,talapia, keli dan lain2 masih boleh didapati dgn mudah.Hidup ini penuh dgn pilihan jika kita pandai rebut peluang.

Kenangan 2015 takkan dapat dilupakan.Pelbagai lesen ikan baru diperolehi dan masih terdapat "target fish" yang belum berjaya didaratkan.2016 sudah pun menjelma membawa harapan semoga kita beroleh kejayaan pada tahun baru ini.

Selamat Tahun Baru 2016 dari kami The Flamingo Anglers! Let the game begin!


Saturday, 26 December 2015

Big Catch! - Gerong Belang landbase

14:58

Anai Arifuddin berjaya mendaratkan gerong belang bersaiz monster hanya dgn mengayakan lure soft plastik berkaki dua.Tahniah!

Rod : Storm gomoku Kaiten PE1-3
Reel :  Shimano Stella 4000
Line : Varivas 30lbs
Leader :  hi-seas flurocarbon 50lbs
Lure :  Sniper Soft Plastic dual tail

Monday, 7 December 2015

The Heat Of Kuala Tak Tau

07:41

Since our chief minister Tok Nan wanted english as a main language in Sarawak after BM.Allow me  try to write this article in english.Mind my grammar and spelling.Caution broken english!

As usual when moonson comes ,snakehead hunting season started.This time we try our luck at the new fishing spot at Kuala Tak Tau.To reach the spot We need to cross a river by "penambang",then riding motocycle about 20 min and walking through a jungle then crossing small river at the chest level depth.Very adventurous journey.Thanks to our fishing guide Bro Ajit from the local village.

The heat goes on when we started to cast our artificial frog."semetup semetap" the sound of the snakehead trying to catch our frog.We gain so many strikes that come along with "sangkut & putus".Heavy rain falls in the afternoon,it dont stop us to keep on fishing until evening.




Walking into the heart of Kuala Tak Tau


Atoy first catch of the day



Camping in the wild



Smoked the fish!



Our jungle man try to start a fire



1.2kg snakehead


Very delicious smoked fresh snakehead for lunch



The thropy catch,2kg wild snakehead landed!

Wednesday, 25 November 2015

Fresh From Bintulu

08:41

Terima kasih Majalah Umpan kerana menyiarkan blog FA dalam sisipan blog pilihan pada isu bulan Disember 2015.Ianya satu penghargaan kerana mengiktifar penulisan kami.

Majalah Umpan Bulan Disember 2015


Blog pilihan : Fresh From Bintulu

Wednesday, 4 November 2015

Trip Strawberry (Flamingo Anglers + Reel Addiction Bintulu + AmouAnglers)

19:44
30hb October 2015 hingga 1hb November 2015, satu trip memancing di perairan Westpet Bintulu. Trip 2 malam 2 hari ini disertai oleh 16 orang pemancing dari Flamingo Anglers, Reel Addiction Bintulu dan Amou Angler. Kali ini kami menggunakan perkhidmatan kapal Jasmin untuk beraksi.


Seperti biasa wefie sementara menunggu yang lain.

FA menghantar 4 orang pemancing termasuk penulis. Kami sudah bersedia di Jeti seawal 4pm dengan cuaca yang hujan. Abang Zamri atau lebih dikenali dengan nama Red Snapper telah datang kemudian selepas kedatangan kami, tetapi beliau tidak melihat kelibat kami kerana kami telah berteduh sambil mengisi perut di restoran berhadapan dengan jeti. Setelah selesai baharu kami bergerak ke jeti menegur Abang Red.

Makan dahulu sementara hujan dan menunggu ketibaan kapal


Jam 5.30pm, kapal Jasmin tiba di jeti dan kami terus memuatkan barang2 kedalam kapal. Kira2 jam 6.45pm, kapal mula bergerak. Perjalanan mengambil masa kurang 4jam ini digunakan untuk menyiapkan alatan dan tidur sementara tiba di lokasi. Dalam masa yang sama, penulis dan beberapa pemancing lain telah membuat "game" ikan pisang terbesar dengan yuran RM20.00 seorang manakala ahli ahli FA pula telah bersetuju utk bermain "game" tangkapan jigging terberat kecuali spisis kerapu dengan yuran RM15.00 seorang.

Kelibat Haji Amin yang menghampiri kapal

Setibanya kami di lokasi, kapal berlabuh menurunkan sauh, manakala cuaca yang mulai hujan renyai-renyai serta angin dan gelombang yang agak kasar menyambut ketibaan kami. Penulis dan rakan-rakan FA hanya sempat menurunkan umpan dasar dalam beberapa minit sebelum mulai masuk ke kabin kerana mulai rasa mabuk laut. Tidak sempat menaikkan semula umpan dasar, hujan mulai turun semakin kuat. Penulis yang sudah dalam kabin merasa kurang selesa pun tidur dengan nyenyak hingga ke pagi, penulis hanya sedar semasa membantu Nick meleraikan perambut yang berbelit antara joran kami.

Ikan Merah menyerah kalah dengan pukauan jig Haji Amin



Diikuti oleh Agus memikat merah dengan selitan umpan hirisan sotong di matakail.


31hb October 2015
Awal pagi semasa penulis tersedar dari tidur, penulis difahamkan bahawa En. Mahdi selaku awak-awak kapal telah mendaratkan 3 ekor ikan kerapu strawberry(coral cod). Tanpa membuang masa, dengan muka penulis yang masih kelat dan belum berpungas terus menurunkan umpan ke dasar tanpa menghiraukan rakan-rakan lain. Nasib kurang menyebelahi penulis dengan acara pancing dasar, hanya kerapu berskala kecil dan ikan pisang sahaja berjaya didaratkan.

Nick menunjukkan piala strawberrynya.



Abg Man juga tidak ketinggalan menjinakkan strawberry.

Selepas sarapan pagi, pemancing2 mulai bertenaga dan pencarian dimulai di kawasan berlabuh kerana malam ketibaan tidak sempat mendapat sebarang tangkapan. Ada antara yang hanya memancing dasar, dan ada juga yang menurunkan umpan dasar kemudian berjigging pula termasuklah penulis. Di tempat pilihan penulis, hanya berhasil mendaratkan kerapu, pisang dan sagai dengan teknik micro jigging. Kerana tidak berpuas hati, penulis beralih kebelakang kapal untuk menemani Abang Red dan Abang Hussain. Tanpa disangka, jig Storm Koika 20g warna silver berjaya memikat sang pemangsa di dasar, tarikan amat padu dirasakan menggunakan rod Ajiking Micro Game PE0.8-1.0 digabungkan dengan Banax Falcon 73L yang dimuatkan dengan tali utama Berkley Fireline Crystal 6lbs dan perambut Hi Seas 12lbs. Tetapi malangnya tarikan hanya dirasai sekejap sahaja apabila assist hook buatan sendiri terputus dengan mata kail Duel saiz 5. Sekali putus tidak bermakna menyerah kalah. Posisi diambil semula setelah menggantikan dengan assist hook yang baharu. Hanya beberapa henjutan sentapan yang sama dirasakan, perlahan demi perlahan kekili dikarau akhirnya kelibat sang strawberry berskala antara 2.5kg berjaya didaratkan dengan bantuan Kepten Jasmin.

Strawberry dan Mahli berpisah tiada



Beberapa strawberry dari kami persembahkan


Tidak lama kemudian, kepten memutuskan untuk berpindah tempat dan mencuba pancing dasar hanyut. Di titik persinggahan kami, Raff berjaya menewaskan kertang 13.5kg dengan gewang Senses Spymission 40g selepas Boss mendaratkan kerapu bersaiz kasar anggaran 5kg. Setelah beberapa titik pancingan yang disinggahi kurang mendapat sambutan penghuni dasar mungkin kerana arus yg agak deras dan kapal yang kurang stabil kedudukannya dengan spot pancingan, kepten mengambil keputusan untuk melabuhkan sauh. Sebaik kapal berada di pointnya masing2 menurunkan umpan ke dasar, Nampaknya kali ini lebih banyak sambutan diterima. Dari sebelah kami, masing2 berjaya mendaratkan strawberry dimulai oleh Nick. Dengan mudah beliau mendaratkan strawberry dengan set electroniknya. Selang beberapa ketika, Ehsan pula berjaya mendaratkan strawberry menggunakan umpan sotong, diikuti oleh Agus dan kemudiannya Asman. Akhirnya kami berempat dari FA berjaya merasa tarikan strawberry.
Tanpa disedari, makan tengah hari telah siap. Kami berehat untuk makan tengah hari sambil membiarkan  umpan kami di dasar. 

Boss mengangkat kertang berskala kasarnya



 Raff membuktikan spymission berjaya menjinakkan sang kertang magah

Selepas makan, kami masih di lokasi sama untuk memburu strawberry lagi. Hampir setiap kami berjaya mendaratkan strawberry dengan perbagai teknik. Anggaran jam 3.30pm kami beralih ke point lain untuk mencuba nasib, pelbagai ikan dasar yang kami daratkan. Menjelang petang, kami berlabuh ke kawasan berkarang dengan target mencari ikan special masing2. 
Selesai makan malam, rakan FA lain mulai masok ke kabin kerana mulai mabuk laut. Tinggal penulis dan Ehsan yang masih berusaha meneruskan perjuangan sehingga Ehsan mulai tewas kerana gelombang yang semakin mengganas. Semakin lewat semakin ganas pulak gelombangnya. Seorang demi seorang peserta masuk cabin dalam masa yang sama ikan pula bersikap dingin dan kurang aktif. Jam 11.15pm Penulis pun mengambil keputusan untuk masuk kabin setelah dinasihatkan oleh Mahli untuk berehat sementara ikan kurang aktif. Semasa memerhati Abg Man sedang gigih jigging dari tingkap kabin, Abg Hussain menyusul masuk ke kabin dan mengambil posisi untuk merehatkan mata dan memulihkan tenaga. Sedang asyik menonton gelagat Abg Man, hujan mulai turun kira-kira jam 11.40pm. Penulis mengambil kesempatan untuk tidur sementara hujan yang semakin lebat diikuti angin kencang dan gelombang ganas.

Jemuduk memberi tentangan hebat buat Abg Man dengan set micro nya.



Tenggiri Mega dengan mudah tunduk kepada Abg Hussain di belakang kapal


1 November 2015
Anggaran jam 3.30am penulis terjaga dan hujan angin dan gelombang semakin kurang, penulis mengambil keputusan untuk mencuba nasib dengan jigging. Tiada seorang pun yang terjaga waktu itu, penulis memberanikan diri untuk terus mencuba nasib. Beberapa kali jig volante 40g disambar dan rabut, ahernya seekor tarpon berjaya dinaikkan dengan bantuan Haji Amin yang tiba-tiba muncul semasa tengah menahan larian tarpon. Dalam masa yang singkat, penulis berjaya menjinakkan dua ekor tarpon sementa Haji Amin berjaya memperoleh tenggiri ke tiganya dengan bantuan Abg Red yang menyertai kami jigging pada jam 4.30am. Penulis kemudian beralih lokasi jigging ke belakang untuk jigging berjemaah bersama Haji Amin dan Abg Red. Seorang demi seorang mulai bangun dan menyertai kami. Hari yang semakin cerah penulis beralih ke kedudukan pilihan untuk menemani Ehsan yang sudah mulai jigging sehingga tali utama beliau terputus. Oleh kerana Ehsan masih baru dalam dunia pancing dan trip ini merupakan trip pertamanya, penulis menawarkan beliau untuk mencuba teknik micro jigging menggunakan set penulis. Dengan jayanya beliau mendaratkan seekor Kingfish(Jemuduk) sementara penulis membantunya untuk mengikat perambut. Setelah set micro diserahkan kembali kepada penulis, beliau menurunkan umpan untuk memancing dasar. Selesai sarapan pagi, kapal mulai beralih untik pergi ke point-point seterusnya. Kali ini umpan kami kurang mendapat sambutan mungkin kerana kurang segar.

Ahiem selamba menunjukkan hasil tuaiannya

Beberapa point-point yang disinggahi kurang mendapat sambutan, penulis memutuskan untuk tidak menurunkan umpan ke dasar sebaliknya mencuba untuk jigging sahaja. Beberapa spisis ikan dasar berjaya di daratkan, dan sehinggalah kami tiba di point terakhir, tanpa disangka seekor lagi strawbery berjaya di daratkan menyebabkan jumlah terkumpul strawberry trip kali ini menadi 16ekor sekaligus memecah rekod lama 13ekor. Selesai makan tengah hari, kami bergerak pulang ke jeti. Beberapa foto kenangan di ambil dan pemenang pertadingan pisang terbesar ialah En Wen(Ah Hong) dengan berat 0.478kg menewaskan penulis seberat 0.468g. Manakala untuk pertandingan antara FA telah di menangi oleh penulis dengan ikan tarpon (bulan) seberat 2.785kg. Barang-barang mulai di kemas dan  membersihkan diri serta merehatkan badan. Kami tiba di jeti kira-kira jam 5pm. Barang-barang dipunggah keluar dan masing-masing pulang kerumah dan bersurai.
Alhamdulillah trip kali ini berjaya dan berjalan lancar.

Gambar diambil sebagai kenangan pemecah rekod.


Pasangan strawberry bersaiz kasar dijinakkan oleh Haziq

Ehsan melakukan aksi lucah di atas tong ikan sambil menyejukkan kaki dalam ais

Agak ciput hasil kami berempat, tetapi tetap happy dan bersyukur.

Ganjaran tangkapan jigging terberat(kecuali spisis kerapu) siap ada bonus lagi...hehehe

Terima Kasih Reel Addiction Bintulu kerana sudi menjemput Flamingo Anglers untuk menyertai trip ini. Diharap jangan jerak jemput kami FA untuk bersama lagi.


Perkhidmatan Kapal Jasmin

Wednesday, 21 October 2015

Seni Lukisan Ikan

21:04
Mari kita lihat lukisan ikan yang sangat awesome dari artis luar negara.Satu gambaran yg menarik dalam lukisan,sangat cantik untuk dijadikan lukisan hiasan dalam rumah.




Jerung yg kelaparan


Tuna Sirip Kuning bersiar-siar bersama keluarga


Layaran Lautan 

Yellow fin tuna having lunch


Hungry spotted mackerel 


Cobia ngipak anak ikan


Tarpon sungai membuat lompatan akrobatik


Sekumpulan tongkol menjamu selera


Jemuduk membawa anak-anaknya bersiar


Belitong dahi luguk


Kertang dalam kapal karam

About Us

Recent

Random