Antara Tangkapan Terbaik Tahun 2015
Coretan ini hanya "point of view" penulis,tiada kena mengena samaa najib,rosmah atau sesiapa saja.Sekadar menulis bagi mengisi ruangan hati yang sepi dikala hujan membasahi bumi.2015 sudah pun melabuhkan tirainya,cahaya harapan bersinar menanti di tahun 2016.Joran-joran kian berdebu menanti pembukaan musim 2016.Dengan harapan dan semangat baru.
Sejak musim monsun melanda pantai timur semenanjung dan sebahagian pantai barat sabah sarawak.Kelihatan ramai pemancing mula menjual peralatan pancing mereka.Situasi ini akan berlaku setiap tahun.Samada dgn tujuan mahu "upgrade" set ataupun berpencen dari dunia hanyir.Jualan.akhir tahun ini lah di nantikan para pemancing itk mendapatkan set pancing dgn harga murah.Group2 pancing di FB akan di penuhi post2 jualan brg.Sudah pasti kebanyakaan kaki pancing mahu peralatan pancing baru utk beraksi pada tahu baru.Untung sabut timbul untung batu tenggelam,begitulah perumpamaan membeli brg terpakai lelong pada hujung tahun.
Bulan disember juga dilihat market2 ikan berkurangan pengunjung.Pemburu ikan segar kini beralih kepada daging dan ayam.Nelayan kurang keluar kelaut kerana cuaca yang tak menentu.Bekalan ikan segar mula berkurangan.Hanya ikan2 beku sahaja yang dijual di pasar ikan harga nya pula murah.Untuk mendapat ikan laut segar pada saat itu amatlah sukar.Tapi nya pancarian tidak terhenti di situ.Kita masih ada alternatif lain utk menikmati ikan segar di saat musim monsun mengganas.Ikan air tawar ternak adalah satu alternatif utk menikmati ikan segar pada saat itu.Ikan ternak spt siakap,talapia, keli dan lain2 masih boleh didapati dgn mudah.Hidup ini penuh dgn pilihan jika kita pandai rebut peluang.
Kenangan 2015 takkan dapat dilupakan.Pelbagai lesen ikan baru diperolehi dan masih terdapat "target fish" yang belum berjaya didaratkan.2016 sudah pun menjelma membawa harapan semoga kita beroleh kejayaan pada tahun baru ini.
Selamat Tahun Baru 2016 dari kami The Flamingo Anglers! Let the game begin!
No comments:
Post a Comment