Friday, 27 February 2015

"In Fishing We Unite" : T-Shirt FA 2015

12:53
T-Shirt terbaru FA untuk tahun 2015 datang dengan hanya satu warna iaitu hijau askar(military green),yang putih dalam gambar adalah "special custom made" untuk Agus.


Bahagian belakang dihiasi dengan simbol burung bangau, alamat blogspot dan alamat page kami dalam FB.


Di import khas dari Bangladesh dengan material 100% cotton memberikan keselesaan yang maksimum.


Baju kali ini membawa tema "in fishing we unite" bagi memberi semangat bersatu dan kerjasama di kalangan ahli.Diselit pula dengan simbol "jig" dan tulisan FA yang unik.

Wednesday, 25 February 2015

Trip Bersama Duta Shimano Bintulu : Light Jigging & Big Game

09:57

Sabtu 21 Febuari 2015,antara trip pertama di laut pada tahun 2015.trip terjun bersama sifu bg hasbi(duta shimano) dan sifu man membelah ombak monsun timur laut yang belum reda.Keluar dari pangkalan pantai ABF seawal jam 5 petang.Menuju destinasi pertama di Batu Tanding.Sebaik bertambat di tiang "oil rig" batu tanding kami di serbu "big eyes trevally" dengan permainan micro jig dan popper amat mudah mendaratkan ikan tersebut.

Lewat malam kami berpindah ke West Pet A dimana wardi berjaya mendaratkan 2 ekor ikan sagai dgn permainan light jig.Kemudian kami bergerak menuju West Pet B dimana kami di amuk oleh ikan selidai,tidak disangka sentapan ikan selidai sangat kuat sehingga melenturkan rod.Banyak ikan selidai "table saiz" berjaya didaratkan.Kami sempat belajar permainan "big game" bersama bg hasbi dan man menggunakan "hand line" dengan berumpankan ikan cupak hidup demi memburu kerapu bersaiz "monster".2 ekor kerapu bersaiz "monster" berjaya di jinakkan oleh bg.hasbi dengan teknik tersebut.

Pada awal pagi kami diasak pula oleh the speed runner(tenggiri batang) dengan permainan light jigging bersaiz 60 gram hingga 90 gram.Bermatakan "treble hook" dengan karauan pantas berjaya menjinakan 2 ekor ikan tenggiri walaupun beberapa kali tali putus.2 ekor tongkol juga berjaya di daratkan oleh bg hasbi.Special catch oleh man apabila berjaya mecairkan hati ikan jenahak dgn jig nya.

Wardi menjadi "man of the match" pada trip kali ini kerana beliau paling banyak mendaratkan ikan dengan teknik jigging.Mencapai target tekong utk memenuhi tray dgn ikan.Sebaik tiba di pangkalan pantai ABF ikan-ikan segar yang berjaya kami tangkap terus dijual dan mendapat sambutan yang amat memberangsangkan.

Destinasi pertama Batu Tanding


Aksi panas badan


Duta Shimano membuka jig dari mulut tenggiri batang yang berjaya beliau daratkan.


Ikan selidai RM18/kg


Perjalanan pulang


Jenahak dan man berpisah tiada


Berpuas hati dengan hasil tangkapan


Monster grouper


Man of the match


The speedrunner yg kecundang

Tuesday, 24 February 2015

Evolusi Shimano Stella

22:40


Shimano Stella yang membawa tagline "pride and joy" sangat dikenali di seluruh dunia. Ia adalah salah satu kekili yang paling ikonik dari Shimano. Stella melambangkan tahap tertinggi kejuruteraan dalam teknologi kekili.Bagi sesetengah pemancing dengan memiliki Stella sudah menberi kepuasan yang maksimum.

Mungkin ramai yang sudah mengetahui tentang sejarah Stella ini. Tapi kali ii kami hanya ingin memaparkan gambar-gambar model Stella ini dan kita boleh melihat perubahan dan evolusinya sejak dari awal penciptaannya.

Model Stella pertama dilancarkan pada 1992. Kebiasaannya, teknologi dan "feature" baru yang diperkenalkan oleh Stella akan diguna pakai oleh model-model lain selepas itu.Berikut adalah evolusi kekili ini sejak tahun 1992 hingga kini .

1992


1995


1998


2000


2001


2004


2007






2010



2014


Wednesday, 11 February 2015

Projek High-End : Modifikasi Ringkas Kekili Murahan

12:35

PENGENALAN DAN OBJEKTIF PROJEK
Projek High-End adalah sebuah projek experimental modifikasi ringkas yang bertujuan untuk menaik taraf kekili murahan supaya prestasi nya setanding dengan kekili "high-end" yang ada di pasaran.

Projek ini adalah satu bentuk kajian dan pembangunan (R&D) dalam teknologi kekili bagi kami sebagai peminat sukan memancing dimana ianya dpt memupuk kreativiti,inovasi dan kerjasama di kalangan ahli FA.

Anggap lah pengubahsuaian ini ibarat modifikasi kereta Perodua Kancil  660 untuk dinaik taraf kepada Daihatsu Mira L200.Modifikasi sistem enjin dan sistem "interior".



MODIFIKASI
Antara faktor naik taraf yang di ambil kira adalah kekuatan "drag" , kelancaran kayuhan, gear ratio, berat kekili dan lain-lain.Projek ini akan dibiayai sepenuh nya oleh org empunya kekili.

Kekili Projek:
Reel : Ajiking Airmaxx 2000
Gear Ratio : 5.1:1
Ball Bearing : 8BB

Cadangan Pengubahsuaian:
-Bering SKF/Boca jenis ABEC 5/7
-Eva grip knob
-Carbontex drag washer
-Membuang bahagian yg tidak diperlukan bagi mengurangkan berat kekili.
-Gear (masih belum menemui gear yang sesuai)

Anggaran kasar kos:
-Boca Bearing SMR147C-Y ABEC #5 : RM60
-Eva Knob : RM18
-Carbontex : sumbangan ikhlas dari Atoy
-Daiwa Bearing Oil : sumbangan asman
-Daiwa Grease : sumbangan asman



AJIKING
Mengapa memilih Ajiking sebagai bahan uji kaji? Ajiking adalah sebuah jenama Malaysia yang mampu dimiliki oleh semua lapis masyarakat dan hadir dalam standard yang tersendiri.Jadi pemilihan Ajiking Airmaxx ini adalah diatas faktor "random pick" dimana ianya mudah diubah suai dan amat "friendly user".



TEORI
Walaupun secara teorinya projek ini akan menemui kegagalan kerana pengubahsuaian yang ekstrem boleh mendatangkan kegagalan kepada sistem kekili itu kerana berkerja melebihi keupayaan nya.

Projek ini juga dikritik hebat oleh owner Power Tackle,menurut beliau pemasangan Carbontex Drag pada kekili murah boleh menyebabkan badan kekili terutama pada "reel seat" akan patah kerana tidak dapat menahan kuasa "break" yang kuat apabila di tarik oleh ikan.

Salah seorang pemancing berpengalaman mengatakan yang pemasangan bearing berkuasa tinggi pada reel jenis "spinning" juga tidak akan menampakan sebarang perubahan dari segi kayuhan.

Namun kesahihan teori ini belum dpt terbukti tanpa sebarang uji kaji.Teori tanpa eksperimen ibarat lautan tanpa ikan.sesuatu teori tidak lengkap tanpa uji kaji.Oleh yang demikian mari kita lihat hasil nya .Samada projek ini berjaya atau tidak,satu titik kepuasan pasti akan hadir dalam diri pemiliknya kelak.


Fiber drag digantikan dgn carbon drag washer bagi menambahkan kekuatan drag 

Eva grip knob dipasang bagi menambah cengkaman semasa mengarau

General overhaul

Agak janggal bila bearing ceramic hybrid dipadankan dengan kekili murahan.Bearing ini telah sedia diberi pelincir jenis Aeroshell Fluid No 2 yang digunakan pada komponen kapal terbang untuk mengelakan karat dan tahan pada suhu yang ekstrim.


About Us

Recent

Random