Tuesday, 7 April 2015

GST Dan Dunia Hanyir


Pada April 2015 kerajaan Malaysia melaksanakan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan(GST) yang melibatkan pelbagai barangan jualan runcit daripada makanan hinggalah perkakas elektrik.Pembaharuan ini melibatkan 6% cukai keatas setiap item yang di senaraikan sebagai "GST sundry goods" yang dikeluarkan oleh Kastam Diraja Malaysia.

Peralatan memancing juga tidak terlepas dari pembaharuan sistem cukai ini.Sejauh manakah impak nya terhadap dunia hanyir kita? Pada peringkat awal perlaksanaan GST ramai pengguna yang merungut dengan cukai ini di media sosial.Penuh "timeline" dengan gambar resit pembelian yang dikenakan GST ditambah dengan "caption" yang hampa dan marah.



Perbelanjaan RM400 jumlah cukai GST sudah mencecah RM27



Namun yang pelik nya jarang sekali di lihat didalam mana-mana group memancing yang merungut dengan cukai ini.Tiada seorang pemancing pun mengeluarkan suara sumbang mengutuk mahupun merungut dengan kenaikkan harga peralatan memancing.Malah kedai-kedai pancing masih dilawati tiap kali ada masa lapang.

Bagi segelntir pemancing perlaksanaan GST tidak memberi sebarang kesan terhadap aktiviti dan pembelian barangan pancing mereka.Mengeluarkan duit ribuan ringgit untuk hobi adalah satu perkara yang biasa sehinggakan cukai 6% pun tidak terasa.Demi kecintaan kepada sukan memancing, duit bukan lah ukuran utk  mencari kepuasan.


Nilai cukai GST utk perbelanjaan diatas adalah sekitar RM70



Namun,pemancing amatur yang berpendapatan rendah seperti saya amat merasakan bahang GST.Angka 6% bukan lah satu angka yang besar,tapi apabila pembelian melebihi RM500 cukai GST sahaja sudah mencecah puluhan ringgit.Di situ sudah lahir satu "trauma" untuk mengunjungi kedai-kedai pancing.Tapi demi peralatan yang di idamkan sesiapa saja sanggup laku kan apa sahaja untuk mendapatkannya.Pembelian peralatan pancing bagi golongan ini sepatutnya dikurangkan,beli hanya peralatan yang perlu dan mula untuk berjimat.

Tapi menurut senarai barangan yang dikenakan GST yang di keluarkan oleh Kastam.Peralatan memancing yang di kenakan GST 6% hanya lah BATU LADUNG dan JORAN (rujuk gambar dibawah).Tapi apabila pergi ke kedai pancing,caj yang dikenakan GST adalah untuk kesemua barang termasok aksesori.Kemuskilan ini telah saya aju kan kepada pihak KPDNKK dan Kastam,namun sehingga kini belum ada jawapan.




Senarai GST sundry goods yang dikeluarkan oleh Kastam






"Dari ku meli barang kail baru di kedey,bagus ku cari seller jual barang second hand.Dah tentu sekda GST.Murah pun murah palak pun sik sakit...lemah nyawa ku entam GST tok kohhh" - Bro Sanai dari Kpg Jepak.

"Ada GST kah,sekda GST kah...ngail tetap ngail" - En.Warren Ak Tumu dari Sg.Plan

"Aku terpaksa recycle balit mata kail sik mok kenak GST, lekak makei rendam dlm anti-rust pakey muang tegar...tapi bagus meli mata kail cap Fire Eagle lah pakey material stanless steel,sik nya betegar...tahan pun tahan"  - Bro Awang dari Kpg Bako,Kuching



Penigkatan kadar sewa bot sudah mula dilaksanakan oleh pengusahan bot pancing sebelum mula GST



kos untuk keluar memancing meningkat? Ya secara tidak langsung kos untuk ke laut akan meningkat dari perlaksanaan GST .Ini kerana kos operasi akan terjejas dari segi penyelengaraan bot/kapal iaitu kos seperti minyak pelincir dan alat ganti.Semakin hari semakin besar ujian para kaki pancing,sudah lah ke laut tidak menjanjikan apa-apa hasil dikenakan lagi caj yang mahal.Ini lah lumrah dunia hanyir yang kita ceburi.Sekali terjebak sampai mati takkan tinggalkan.

For the love of fishing......

No comments:

Post a Comment

About Us

Recent

Random