Rancangan asal komplot ini hasil tercetus apabila penulis menjemput semua dalam kumpulan aplikasi whatsapp Flamingo Anglers pada malam sebelumnya. Hanya Sifu Asman sahaja yang memberi respon positive untuk mengikut serta. Kami mempersetujui untuk mengilat di "kebon".
Kami mulai bertolak dari parking anggaran 8.45am. Perjalanan untuk ke"kebon" mengambil masa lebih kurang 30-40 minit berjalan kaki. Semasa dlm perjalanan kami berdua bersetuju untuk singgah sebentar di jambatan besi. Sedang asyik Sifu Asman menggayakan gewang zerek pencil top water beliau, gewangnya disambar hebat oleh seekor baby GT. Lengkungan rod storm discovery 2-6lbs digabungkan dengan kekili Shimano Ultegra 1000 di isi dengan tali utama Tuffline 6lbs dan perambut berkley vanish 10lbs.
Setelah mengilat beberapa ketika, kelihatan boiling ikan semakin kearah laut, Sifu Asman mulai mengekori boiling tersebut dari tebing. Kawasan ini belum pernah diteroka kami berdua. Kami mengambil keputusan untuk terus kekal di lokasi ini dan mengikut aliran sungai. Sepanjang meniti sungai, banyak spot cantik dan reba-reba yang menjadi kawasan perlindungan bagi ikan-ikan kecil ini.
Tangkapan kedua Sifu Asman merupakan Siakap Merah (Mangrove Jack). Tidak lama kemudian beliau mendapat tangkapan ketiganya iaitu GT. Penulis hanya menonton sahaja. Sakit hati dibuatnya. Setelah diberi peluang menggunakan popper micro milik Sifu, penulis berpeluang mendapat seekor GT sebagai pembukaan 2016.
Setelah mendapat lesen 2016, menandakan komplot pertama 2016 kami tidak kumpow. Kami meneruskan penerokaan ke tempat yang lebih jauh. Tanpa disangka ayunan gewang pensil Ofmer Catwalk digayakan menggunakan rod Daiwa Triforce 1-4lbs dan kekili Shimano Aernos 1000FA dimuatkan dengan tali Hi-Seas monoline 4lbs berjaya memikat MJ.
Tanpa disedari, jam sudah menunjukkan 12.08pm. Kami bergerak pulang dengan niat untuk Solat Jumaat. Ini menandakan tamat komplot pembukaan 2016 kami. Kesimpulan nya komplot ini berjaya dengan strike terbanyak oleh Sifu Asman sebanyak 9 tangkapan, manakala penulis akur dengan 2 tangkapan sahaja. Semua tangkapan adalah CPNR (tangkap gambar dan lepas).
Baby GT dengan gewang ecogear
Sekali lagi ecogear menerima sentapan
Tarpon teripu oleh storm flutterstick 4cm
Flutterstick lagi dengan peley tambi
Spisis tidak dikenal pasti menggunakan storm flutterstick
Hepi nu yer
ReplyDeleteTahniah
ReplyDeleteTahniah
ReplyDelete