Monday, 11 April 2016

War On Ebek

Satu trip memancing menggunakan perkhitmatan Tekong Pak Sudir di perairan Miri dirancang 2 bulan sebelum tarikh ditetapkan oleh Wawa. Trip kali ini pada mulanya diisi oleh 4 pemancing terdiri daripada Wawa, Paan, Qus, dan Atoy. Akan tetapi Paan menarik diri di saat akhir menyebabkan hanya mereka bertiga sahaja tinggal.

Trip kali ini bertemakan "The War On Ebek"

5 April 2016

Perjalanan bermula selewat jam 6.02pm berangkat dari rumah tuan presiden Flamingo Anglers di kampung pisang. Kami bergerak menggunakan 2 buah kereta dan tiba di Miri anggaran jam 9.07pm. Wawa terus menghubungi Pak Sudir untuk mengatakan kami telah tiba di Miri dengan selamat dan akan bertemu dengan nya di Restoran Muara kerana kami bertiga akan bermalam di rumah Pak Sudir. Atoy pula menghubungi sahabat Flamingo Anglers yang memang berada di Miri iaitu David, dengan pantas beliau datang menjumpai kami di lokasi sebelum ketibaan Pak Sudir. 


Kelihatan Pak Sudir sedang menerangkan lokasi dan memberi pendapat lokasi yang sesuai

Kami cuba memujuk David untuk menyertai kami untuk trip kali ini. Pada mulanya beliau menolak perlawaan kami, tetapi setelah Pak Sudir menaburkan "racun" yang kuat dan power, David mulai merasa mabuk racun Pak Sudir. Beliau mengambil keputusan untuk mengambil cuti kecemasan demi menyertai kami. 11.14pm, kami berangkat ke kediaman Pak Sudir untuk menyiapkan kelengkapan dan berehat.

6 April 2016

7.01am kami bangun dari tidur dan berkemas untuk pergi. Kami menjemput David dari rumah dan terus pergi sarapan dan membungkus bekalan untuk dibawa turun. 

Sarapan pagi dan sesi membungkus bekalan

Tepat jam 9.00am kami mulai bergerak menghala ke jeti di Kampung Pulau Melayu dan tiba anggaran 18minit kemudian. Dengan semangat, kami memunggah barang masuk ke dalam boat dan mulai bergerak ke lokasi yang telah di rancang dan dipersetujui hasil perbincangan semalam.

Bot berukuran 30"x5" beserta enjin kembar 40hp

Peralatan selesai dimuat atas bot


Mulai bergerak anggaran jam 9.35am


Berlepas dari Kuala Miri dengan semangat dan doa.


Perjalan kami mengambil masa lebih kurang sejam lima belas minit dari jeti. Kami tiba di lokasi memancing kira-kira jam 10.30am. Tanpa membuang masa, kami dengan segera menurunkan jig masing2 untuk mencari "strike" yang pertama. Tidak lama mengayunkan jig, sentapan pertama di rasai oleh Wawa dengan set ringan nya. Seekor kerapu junevil berjaya didaratkan. Kami menuruskan jigging hanyut di beberapa point kawasan pelantar tersebut. Kelihatan Wawa sekali lagi mengasak rod Expert Butterfly PE1.5-3 digandingkan dengan Shimano Stradic 5000 FJ yang berbekalkan tali utama Tuffline 30lbs dan jig 100g nya. Kali ini kelihatan tarikan penghuni dasar agak mencabar dari yang mulanya sebentar tadi. Masih dalam perlawanan Wawa, rod OK Fish Slow Jigging PE1.5-2 digandingkan dengan Daiwa Tatula Custom HD berbekalkan tali utama Tuffline 15lbs dan Jig HR slow jigging 110g milik Atoy disentap hebat pengguni dasar. Double Strike kali ini dikawal rapi agar tali utama tidak bertembung. Ebek pertama berjaya di daratkan oleh Wawa tidak lama kemudian dan dikuti oleh Atoy. 

Ebek pertama didaratkan oleh Wawa

Dual Strike pasti meletop

Kami kembali ke point asal untuk berhanyut, setelah beberapa kali "repeat", satu sentapan diterima oleh Ujang selaku pembantu tekong trip kali ini. Berbekalkan set pancingan kasar, pemangsa berjaya di daratkan dengan kadar pantas walaupun telah membuat beberapa larian. Sekali lagi ebek ebek berjaya didaratkan di atas bot. 

Ujang selaku pembantu tekong bersama ebek nya


Tekong mengambil keputusan untuk berikat di pelantar. Setelah berikat, beberapa kerapu junevil berjaya didaratkan walaupun ada beberapa kali tali utama berjaya di putuskan oleh penghuni kerana berjaya ditarik ke arah tiang pelantar.

Triple strike junevil


Sekali lagi 14 sebatan keatas David dengan tangkapan Junevil


SAME Wave Jig 80g memberi nafsu kepada ikan kecil dan comel


Menjelang tengah hari, aktiviti ikan semakin kurang, Tekong mengarahkan Ujang melepaskan tali ikatan dan untuk terus berhanyut sebelum berikat semula di posisi pelantar yang lain. Beberapa percubaan dibuat di posisi baharu tapi gagal memujuk penghuni dasar, tekong membuat keputusan untuk terus berhanyut sehinggalah kami berpindah ke lokasi tiang "blower" anggaran jam 1.42pm. Sepanjang kami berhanyut, pelbagai jenis spisis berjaya didaratkan oleh kami. 

Kerapu Junevil dari Atoy

Pada hanyutan pertama kami di tiang "blower", David menerima asakan hebat dari penunggu tiang menggunakan set micronya dengan rod Hasamu Micro PE0.2-0.5 digabungkan dengan kekili Shimano Stella 2000 yang dimuatkan dengan tali utama Mustard PE0.8 yang disambung dengan perambut xzoga FluroCarbon 25lbs serta menggayakan jig ima 20g. Setelah hampir 10minit bertarung, kelibat mangsa telah kelihatan, ebek berskala anggaran 4kg berjaya didaratkan. 

Ebek tewas dengan set micro David


Kami difahamkan oleh tekong kawasan tersebut merupakan kawasan kediaman untuk "Amberjack" yang terdekat dengan pantai di perairan Miri. Beberapa kali percubaan dan pecutan dari spisis yang tidak dikenal pasti berkemungkinan adalah "Amberjack" dirasai tetapi gagal di daratkan malah gagal dibawa untuk mendekati bot kami. 

Sekali lagi SAME Wave Jig meransang nafsu makan ikan trevally ini.


Kami beralih ke tiang seterusnya, beberapa sentapan yang kami perolehi, namun hanya seekor sahaja yang berjaya kami daratkan dengan set ringan Atoy berjaya mendaratkan seekor jemuduk selepas ikan Alu-alu tekong lari melepaskan diri dengan jig koika 60g setelah berada di sisi bot.

Jemuduk degil menyebabkan tekong sempat tidur menunggu ia tiba di permukaan


Jam 3.14pm kami berpindah ke pelantar Baram A yang berada tidak jauh dari lokasi kami. Qusyai beberapa kali diasak oleh pengguni Baram A bersenjatakan rod majorcraft PE1-3 dengan kekili Shimano Stradic 5000 dimuatkan tali utama mustard PE2.5 serta jig pelbagai jenis telah di"tax" oleh penunggu pelantar. Akhirnya starlit 100g berwarna merah jambu berjaya menawan hati seekor trevally yang berjaya didaratkan oleh Qusyai. 

Trevally comel bersama Qusyai

Lebih kurang sejam kemudian anggaran Jam 4, kami kembali kearah darat dan singgah sejam d SBM untuk mencuba nasib dengan set micro. Selepas beberapa kali "repeat" Wawa disentap hebat oleh seekor jenahak anggaran 2.5kg menggunakan set micronya.

Jenahak RM2/kg hasil Wawa dengan set micro

Tepat jam 6.20pm, tekong mengarahkan kami utk bersiap untuk pulang ke jeti. Perjalanan mengambil masa anggaran 1/2 jam untuk ke jeti. Setibanya kami di jeti, kami terus mengemas barang dan berangkat pulang, dan singgah d Restoran Muara untuk menghantar ikan untuk makan malam kami. Sementara menunggu masak, kami pulang untuk membersihkan diri dan kembali untuk makan dan membuat posmeterm trip.
Hasil trip kali ini, kami berjaya kerana spisis target berjaya di daratkan dan semuanya berjalan lancar, syukur alhamdulillah. Kami bersurai pada jam 11.01pm dan pulang ke kediaman Pak Sudir manakala Qusyai pulang ke tempat saudara mara nya. Kami berangkat pulang ke Bintulu pada 7 April 2016.

Penyerahan cenderahati dari FA kepada tekong Pak Sudir


Sticker trip yang ditaja oleh Qayy Printing Shop


Pasangan paling ideal trip The War On Ebek 2016... Mantapp!!!


Tekong: Pak Sudir
No Tel: 010 9729336
Lokasi: Baram, Miri

"Fishing is not to only catch fish, you learn to be patient and it makes you stronger"










No comments:

Post a Comment

About Us

Recent

Random