Baru-baru ini dunia pancing tempatan di kejutkan dengan kisah pemacing yang mengadu joran nya patah tidak mendapat dapat jaminan dari pengeluar joran.Ianya heboh dalam media sosial.Bukan sahaja joran keluaran tempatan malah joran jenama terkemuka juga tidak lepas dari isu ini.Isu ini biasanya melibatkan pengguna dan pengeluar joran.Setiap pengeluar joran ada polisi tersendiri untuk pelanggan membuat tuntutan jaminan dari produk mereka yang rosak.Pelbagai faktor perlu diambil kira sebelum tuntutan dapat di buat,malah siasatan secara terperinci juga dijalankan supaya mereka dapat membuat keputusan yang betul.
Setiap produk pancing yang ada dipasaran sepatutnya sudah di uji terlebih dahulu sebelum ianya sedia utk disimpan di rak joran kedai menjual peralatan pancing.Ujian yang dijalankan adalah dlm bentuk "worst scenario" dimana ianya diuji pada tahap yang paling maksimum.
Cara yang "standard" utk menguji kekuatan joran adalah dgn meletakan joran pada sudut 45° kemudian satu jumlah beban tertentu diletakkan pada "tips" joran utk memberinya satu lengkungan yang padu.Data dari ujian ini akan diambil utk membuat pengiraan bagi memberi "rating" kekuatan joran.Rating ini lah yang akan menetapkan "line class" (2-6lbs,PE1-3) atau cadangan kekuatan tali yang patut digunakan utk joran tersebut.
"Line class" yang dicadangkan pada joran sepatutnya pemancing patuhi.Jika ianya tidak dipatuhi ianya boleh menyebabkan joran berada pada tahap tekanan yang tinggi ketika melawan ikan dan boleh menyebabkan kerosakan yg serius pada joran.Belum sempat tali anda putus akibat tekanan,joran anda kemungkinan dahulu yang akan patah.
Oleh sebab itu juga joran hadir dlm spesifikasi yang berbeza utk teknik pancingan yang berbeza dan salah satu faktor pengeluar joran mengabaikan tuntutan jaminan adalah apabila mereka dpt tahu yg anda menggunakan tali tidak mengikut spesifikasi yang dicadangkan.
Berikut adalah antara faktor tuntutan jaminan pada joran anda yang rosak ditolak oleh pihak pengeluar joran :
1) Joran menunjukan tanda-tanda kerosakan akibat dari pengguna.
1) Joran menunjukan tanda-tanda kerosakan akibat dari pengguna.
2) Joran telah diubah suai,tidak diselengara dgn baik,telah disalahguna dan sengaja dirosakan.
Pengeluar joran hanya akan memberi tuntutan jaminan pada joran yang mempunyai masalah dari pembuatan mutu kerja atau bahan yang digunakan pada joran. (Polisi yang biasanya digunakan oleh pengeluar joran)
Nota penting : Harus kami ingatkan disini bahawa setiap pengeluar joran atau peralatan memancing mempunyai polisi tuntutan jaminan (warranty) yang berbeza-beza.Oleh itu sila rujuk dengan pengeluar joran yang anda beli untuk mengetahui polisi warranty mereka.Apa yang kami tulis diatas adalah satu polisi yang standard,dimana ianya biasa digunapakai oleh pengeluar joran antarabangsa.
Pengguna yang membuat tuntutan tidak mengikut kriteria warranty akan di berikan tawaran penggantian joran yang baru dengan harga yang murah oleh pengeluar joran diatas dasar simpati kepada pelanggan dan demi menjaga nama baik produk.Itu salah satu cara utk menangani masalah ini yang biasa di amalkan oleh kebanyakan pengeluar joran.
Kami sebagai pemancing faham perasaan anda bila mana joran ratusan ringgit anda patah.Kami sudah mengalami situasi itu banyak kali.Ianya amat menyedihkan dan cerita nya akan berlarutan selama mana joran itu belum diganti.Tapi anda sebagai pengguna harus tahu cara mengguna dan menyelenggara joran anda dengan cara yang betul.
Pada pendapat kami kebanyakan kejadian joran patah ini akibat dari kecuaian pengguna iti sendiri.Cara pengendalian yang salah,cara penyimpanan yang tidak selamat,cara penyelengaraan yang tidak betul.Faktor-faktor ini yang perlu kita ambil berat utk memastikan joran kita sentiasa berada dlm keadaan yang baik dan prestasinya sentiasa pada tahap maksimum.
"FISHING ROD IS A STICK WITH A HOOK AT ONE END AND A FOOL AT THE OTHER"
PLEASE DONT BE THAT FOOL!
FISH HARD NIGGA!!!
FISH HARD NIGGA!!!
F.A.O
No comments:
Post a Comment