Sunday, 19 March 2017

The Badass Blackbass

“Bad Ass Black Bass" nama rasmi bagi trip memancing kami pada kali ini. Nama ini dipilih bagi mengambarkan keganasan dan kesukaran memburu spesis ikan kanai ini. Trip di rancang sejak bulan November 2016 lagi. Persiapan terperinci di buat bagi memastikan trip ini sukses. Setiap tips and trick memburu spesis dikaji. Set up peralatan pancing di naik taraf mengikut kesesuaian.

Pada 3 Mac 2017 bermula lah pengembaraan kami memburu spesis Sabahan Black Bass dengan penuh harapan. Trip kami di terajui oleh Cip Wahid dan Cip Harilah, fishing guide yang berasal dari Sarawak dan sudah lama bermastautin di Sabah. Kami sangat beruntung di temukan dgn mereka ini. 


Hari 1 - 03.03.2017
Kami memulakan perjalanan ke dari Bintulu ke Miri menaiki kereta seawal jam 9 pagi. Sebaik tiba di Miri kami terus ke airport utk mengambil penerbangan ke Kota Kinabalu menggunakan Airasia. Segala peralatan memancing dibungkus rapi bagi mengelakkan kerosakan dlm perjalanan. Kami tiba di Kota Kinabalu jam 4 petang dan mengambil kereta sewa Proton Saga dan terus ke Hotel Waterfront inn. Setelah selesai check-in hotel kami pun begerak ke kedai pancing di kawasan Putatan utk melengkapakan alatan memancing sebelum ke berlepas ke Lahad Datu. Kami kemudian nya singgah di Restoran Taufik untuk pekena Soto Campur yang sangat mantap sekali di Sabah. Keenakan nya menghantui diri ini. Setelah selesai semua hajat kami pun balik ke hotel. Amai dengan konfiden nya pergi menonton wayang cerita Logan berseorangan di panggung berhampiran, yang lain semua mengambil masa itu utk rehat.



Perjalanan dari Bintulu ke Miri

Boarding AK6073 ke Kota Kinabalu

Selepas melalui pemeriksaan imigresen KKIA

Logo rasmi trip Badass Blackbass




Hari 2 - 04.03.2017

Kami bangun seawal 4 pagi utk ke airport KK bagi mengejar penerbangan pertama ke Lahad Datu jam 6 pagi itu. Kami tiba di airport Lahad Datu jam 7 pagi di sambut oleh Cip Wahid dan Cip Harilah. Menggunakan 2 buah kereta bagi keselesaan kami. Sebaik selesai memunggah barang ke kereta kami lantas ke Felda Sahabat utk sarapan yang mengambil masa lebih kurang 2 jam dari airport. Selesai sarapan kami terus bergegas ke pangkalan Meruap di dalam kawasan Felda. Kami juga di pahamkan terdapat lagi sebuah lagi kumpulan pemancing sudah tiba di Meruap utk memburu BB. Ini bermaksud kami adalah kumpulan yang ke dua sampai. Sebaik tiba di pangkalan kami terus memunggah barang ke dalam 2 buah bot saiz kecil dengan engin 15hp. Perjalanan menuju ke Kpg Kuala Meruap mengambil masa 1 jam menggunakan bot. Meredah hutan simpan paya bakau, melalui Pulau Evans. Melimpasi anak-anak sungai yang banyak cabangnya. Perjalanan itu memberi pengalaman baru kepada kami. Kami tiba di rumah Pak Haji Jaman pada tengah hari, rumah Pak Haji Jaman terletak di dalam perkampungan nelayan yang berada di muara sungai. Perkampungan kecil yang rata-rata penduduknya mengharapkan hasil laut sebagai sumber pendapatan. kedatangan pemancing seperti kami menjadi pendapatan sampingan mereka. Belum sempat merehatkan punggung kami terus di kerah utk menyediakan peralatan pancing, kerana aktiviti memancing terus bermula pada ptg itu. Sesi memancing pemanas badan berlarutan sehingga senja. Tiada tangkapan kanai di rekodkan cuma beberapa ekor ikan putih, siakap merah dan baracuda. Makan malam di rumah Pak Haji Jaman sangat menyelerakan. Ikan-ikan dan makanan laut yang segar, malam itu kami dihidangkan dgn udang harimau panggang beserta sambl goreng,Perghhhhh... Cakap pun tak guna.


Penerbangan ke Lahad Datu seawal jam 6 pagi.

Tidur dan Atoy berpisah tiada.
Sarapan pagi di Felda Sahabat.

Perjalanan ke Kuala Meruap.
Kawasan sungai yang luas sepanjang perjalanan menaiki bot ke Kuala Meruap.



Amai the legendary master sifu.

Abun the Mastermind of this project.
Persiapan sebelum sesi memancing pemanas badan.

Zerek Sabre Dance di sambar spesis barracuda yang comel.

Atoy bersama tangkapan pertamanya.
Siakap merah meruap!

Sambaran GT mengena pada Ofmer Wobbler



Double strikes!


Hari 3 - 05.03.2017
Kami bangun seawal jam 7 pagi dan bergerak selepas sarapan, kami di bahagikan kepada 2 buah bot, 3 org setiap bot termasok tekong. Paan & Atoy berganding dlm sebuah bot manakala Amai & Abun berpasangan. Pemburuan Blackbass bermula dengan membaling gewang ke arah ranggas (rebak) di sepanjang sungai. Setiap ranggas dipercayai berpenghuni dan berpotensi untuk mendapat strike dari spesis target. Abun pemecah kesunyian apabila berjaya menaikkan Kanai bersaiz 8.6kg menggunakan lure deep crank Kimkas. Perlawanan amat sengit, dikatakan ikan tersebut cuba memecut lari setelah menyentap gewang nya. Dengan set-up rod gawas conquer diganding dgn daiwa tatula HD Custom granslam 50lbs HiSeas 50lbs, amatlah sukar ikan tersebut utk melepaskan diri sehingga ianya menyerah kalah dgn kehebatan Abun.  Senyuman 6 inci dari telinga kiri le telinga kanan Abun terpampang kegembiraan diwajahnya. Pada sebelah tengah hari keadaan kembali sunyi, tiada tangkapan Kanai cuma ikan-ikan spesis lain berjaya di naikkan. Sebelum senja menjelma, cip wahid berhasrat utk singgah ke salah satu ranggas yang berpotensi dlm perjalanan pulang. BeberpA balingan gewang di buat dan Kali ini Amai pula beraksi berumpankan Zerek Giant Ruby bersenjatakan rod Storm Monstar PE1-3 dan Okuma Komodo. Sentapan mantap dari penghuni sungai yang bersaiz kira-kira 3kg melenturkan rod storm monstar nya. Setelah beberapa minit beraksi seekor Kanai berjaya didaratkan. Amai hilang kawalan seketika kerana kegembiraan yang teramat sangat. Sejurus selepas itu, Bot sebelah pula beraksi apabila lure Ofmer X-Deep 75 Atoy pula mengena, kali ini tarikan lebih padu. Memuntahkan tali 60lbs di dalam Shimano Salty One nya dan membengkokkan rod Channa Killer ke bawah bot. Namun permainan nya agak singkat, kanai itu menyerah kalah lebih awal kerana aura Atoy yang sangat kuat. Paan seorang sahaja yang sunyi dari aksi mendaratkan kanai pada hari tersebut. Mereka pulang ke rumah Pak Haji Jaman dengan hampa. Cerita sentapan Kanai Amai, Abun & Atoy berlarutan sehingga pagi, tidak jemu-jemu mereka menceritakan pengalaman menarik kanai. Satu pengalaman yang indah bagi mereka. Kami pun berehat dan bersedia untuk hari terakhir memancing pada keesokan harinya.


Semangat memburu kanai dimulakan pada hari ke 3.

Kampung Kuala Meruap.

Berehat untuk makan setelah seharian casting.

Memburu kanai di sungai yang luas sangat mencabar.

Lumrah casting pabila sangkut di dahanan pokok. misi menyelamat gewang diaktifkan.

Amai berjaya mendaratkan MJ yang cumel.

Thropy Catch!

Senyuman puas dari Abun.

Blackbass 8.6kg


Tekong kebas menyediakan makan tengahari di atas bot.

Abun sekali lagi berjaya menipu seekor kerapu dengan gewang nya.

Amai pun tidak mahu kalah dengan Abun, juga mendaratkan seekor kerapu degan gewang Ofmer X-deep.

This is beautiful fish! hasil pancingan amai menggunakan Zerek Giant Ruby.

Merah Tanda comel yang menjadi buah hati Amai.

Barracuda natara spesis yang banyak menghuni sungai meruap.


Atoy bersama kanai yang bejaya dinaikkan menggunakan gewang Ofmer X-deep.

Kawasan meruap adalah kawasan hutan simpan di utara timur sabah.



Hari 4 - 06.03.2017
Semangat memburu BB diteruskan lagi pada hari Isnin. Semangat yang di tunjukan untuk mendaratkan BB semakin kuat dgn harapan setinggi gunung kinabalu. Kali ini Paan & Atoy menaiki bot cip Wahid manakala Abun & Amai menggunakan bot cip Harilah. Kami bergerak awal meredah anak-anak sungai kecil. Mengayakan gewang dengan pelbagai cara. Menguji setiap ranggas yang di limpasi, cubaan demi cobaan dibuat, balingan demi balingan dilontarkan. Akhirnya sentapan BB mengena pada kail Paan dengan teknik trolling, Gandingan Xzoga dan Ryojin berisi braided Sufix 30lbs langsung tidak memberi peluang pada ikan tersebut, pecutan ke dasar nya memberik impak yang kuat pada kestabilan bot, namun ikan itu juga terpaksa akur dengan Paan. Lure Storm Deep Thunder menjadi taruhan untuk mendaratkan kanai bersaiz 4.4kg itu. Pemburuan diperhebatkan lagi sehingga petang, namun tidak semudah yang di impikan. Hanya spesis-spesis seperti Mangroove jack, Barracuda, Giant Trevally & Grouper yang sudi menyambar gewang-gewang kami. Pencarian kanai kami terhenti setakat jam 4 petang apabila mengejar masa untuk balik ke Lahad Datu sebelum matahari melabuhkan tirainya.




Pemburuan hari ke 3 sangat singkat, kami perlu berhenti sebelum jam 4 bagi membolehkan kami ke Lahad Datu sebelum malam. Jadi pembueuan hari itu sangat rancak.



Zerek Sabre Dance sekali lagi tidak menghampakan.

MJ pertama beliau setelah 3 tahun lesen MJ expired belum ada rezeki mahu renew. Terpaksa renew lesen MJ sabah.

Barracuda ekor kuning Amai.
GT antara spesis yang banyak menghuni sungai-sungai di Meruap.
Signature catch dari Paan.Blackbass bersaiz 4.4kg mudah didaratkan menggunakan gewang Storm Deep Thunder.


Pak Hj Jaman(tengah) menyediakan tempat tinggal dan makanan sepanjang kami di Meruap.
Amai menyampaikan lure hasil mendaratkan Kanai kepda cip Harilah sebagai tanda kenang-kenangan.
Sedikit cenderahati juga diberi kepada Pak Haji Jaman.
Paan pula memberi gewang kesanyangan nya kepada Cip Wahid sebagai souvenir. 
sebelum balik kami dijamukan dengan hidangan istimewa.
Perjalan pulang, pilu hati meninggalkan kpg Meruap.

balik-balikkk...bye meruap.

Botman Achok banyak membantu kami.

Terima KAsih KAIL WEAR hasil tajaan baju bagi trip kami.

Sifu Idola Harilah.


Dinner di Lahad Datu bersama fishing guide sebelum balik.

Jumpa lagi Lahad Datu. Nantikan Badass Blackbass 2.0




Airport Lahad Datu.

Pengembaraan kami berakhir dengan selamat.Kami memohon maaf di atas segala kesilapan. semoga kita berjumpa lagi.

Recommended Set-up bagi memburu Kanai di Meruap:
1.    Rod PE 1-3 atau 10-30 lbs keatas.
2.    Reel max drag 7 kg keatas.
3.    Main line 50 lbs keatas.
4.    Leader  50 lbs keatas.
5.    Lure selaman 5 meter.
6.    Swivel kekuatan 70 lbs keatas.

Fishing guide Meruap :
1.    Wahid – 016 213 8041
2.    Harilah – 013 899 9896






“Lure sama jenis, rezeki lain-lain” – LDU CASTER


SOMASI MAROAP MANTOP!





CREDITS

Outfit by
KAIL WEAR

Special Thanks To
Harilah 
Wahid 
Haji Jaman & Family
Achok
Penduduk Kpg Kuala Meruap 
LDU Caster Family

Thanks To
All Flamingo Anglers Family
Wardi Sahari - Hero 4
Shahril Ngo - Hero 4
Anai Ariffuddin - Bazooka
Ehsan Ibrahim - Stanby person/SJ cam
Salehah Bte Ali - Breakfast Barista

This Adventure dedicated to all Sarawak's Anglers.

No comments:

Post a Comment

About Us

Recent

Random