Penangkapan ikan berlebihan atau "overfishing" atau "overharvest" adalah salah satu bentuk eksploitasi berlebihan terhadap populasi ikan. hingga mencapai tahap yang membahayakan.Pemancing juga perlu peka dengan isu ini kerana secara tidak langsung ia melibatkan hobi kita yang semakin kurang mendapat hasil bila keluar memancing.
Sektor perikanan di Malaysia akan menuju ke arah kemusnahan berikutan pengurusan yang tidak cekap dan kegiatan over harvest sumber perikanan sejak beberapa dekad yang lalu hingga menyebabkan bekalan ikan di negara ini semakin pupus.
Menurut data Perikanan Dunia (World Fish), bekalan ikan di perairan kita menurun antara 80-90 peratus. Salah satu punca utamanya ialah akibat kegiatan nelayan pukat yang menarik pukat yang besar dan berat di sepanjang dasar laut.
Menurut jabatan perikanan,kini lebih 50 spesies ikan sama ada sudah pupus atau hampir pupus. Penangkapan ikan secara berlebihan telah menyebabkan ikan-ikan yang sudah matang sukar mencari pasangan untuk mengawan.Spesies ikan yang popular, terutama ikan yang berharga, ditangkap dengan sewenang-wenangnya menyebabkan bilangannya jatuh secara mendadak.
Penangkapan ikan berlebihan ini secara tidak langsung telah mengurangkan pendapatan nelayan. Di Laut China Timur, nelayan beralih profesion dari pengkapan ikan ke profesion yang lain akibat kurangnya hasil tangkapan.Keseronokan kaki pancing untuk memburu ikan idaman pun semakin terhad akibat aktviti ini.
Pada tahun 2013,nelayan Kpg Punang di Lawas meraih tangkapan 8 tan metrik ikan merah menggunakan kaedah pukat ancau.
Edukasi Nelayan
Sikap manusia yang mementingkan keuntungan membawa kepada kebinasaan alam.Ekosistem dan rantaian makanan ikan akan terjejas akabat aktiviti ini.Aktiviti overfishing ini sering dikaitkan dengan nelayan yang menggunakan kaedah pukat.Saya bukan mengecam nelayan pukat,tapi nelayan pukat perlu di beri ilmu/edukasi bagi memberikan pemahaman dan kesedaran tentang kesan overfishing yang pada akhirnya akan merugikan mereka sendiri dan melenyapkan hidupan laut.Ini adalah salah satu kaedah untuk membendung aktiviti overfishing.
Penguatkuasaan
Penguatkuasaan dari pihak perwajib adalah satu perkara yang boleh membendung gejala ini.Tapi sejauh mana keberkesanan nya?bagi saya kaedah penguatkuasaan kurang efesyen kerana kawasan pengkapan yang sangat luas dan kurangnya anggota.Tambahan lagi Akta Perikanan 1985 tiada menyatakan dgn jelas terhadap aktiviti overfishing.
Tahun ini pula di lihat tangkapan ikan rumpak menggunakan kaedah yang sama mencecah 2 tan matrix berjaya diraih di perairan Kpg Awat-awat,Lawas.
Peranan Pemancing
Pemancing juga perlu mengambil tanggungjawab untuk melepaskan anak anak ikan kecil yang belum matang demi menjaga ekosistem marin kita.Dan amalkan konsep tangkap dan lepas jika berjaya mendaratka mana mana spesis yang terancam.Tapi tangkapan pemancing laut amat lah kecil jika hendak dibandingkan dengan nelayan pukat.
Banyak kesan buruk akibat Overfishing.Sebagai pemancing saban hari hasil tangkapan semakin kurang jika hendak dibandingkan dengan tahun tahun sebelum ini.Keseronokan memancing kian pudar.Tragedi kumpaw yang ditakuti kini semakin pasti.Semoga kita dapat sama sama menjaga hidupan marin demi hobi tercinta dan demi generasi masa depan.
SAVE OUR MARINE LIFE
SAVE FISH FOR OUR FUTURE GENERATION
SAVE PLANET EARTH
Baong kecik pun tapau mun org kita, sik milih saiz sik milih jenis ikan..main bedal jk...
ReplyDeleteYa betol tu.specis terancam pun mereka bedal...
ReplyDelete