1. Fish Hunter
Fungsinya sama seperti fish finder biasa yg digunakan pemancing bot.Namun hasil bacaan bukan lah ditunjukan di atas skrin panel tapi di dalam skrin telefon pintar anda.Data akan dihantar terus ke telefon melalui Bluetooth.Anda boleh melihat populasi ikan dlm air terus melalui telefon pintar yg sama anda gunakan untuk main Clash Of Clan.
Tidak seperti fish finder biasa yang anda perlu pasang sensornya pada bawah bot.Anda cuma perlu tikam Fish Hunter ini ke laut ianya akan terapung dan boleh mengesan ikan 120 kaki dari permukaan.Sudah tentu anda perlu mengikatnya supaya ia tidak pergi jauh di bawa ombak.Ianya juga sangat kompak sehingga kan anda boleh simpan fish hunter dlm poket seluar.
Di bina dari polycarbonate dan silicone untuk kerangka luaran di tambah dengan anti-hentakan dan anti-air sangat sesuai untuk penggunaan lasak di laut.Dengan harga USD299.99 amatlah berbaloi anda boleh dapatkan nya di ebay.
2. Fish Eyes Rod And Reel
Bosan casting lure mala xda nyambar atau menunggu umpan yang berjam-jam berendam dalam air atau anak ikan kecil mengacau umpan? Anda mungkin perlukan gadget ini.Rupa nya tak ubah seperti permainan video dgn alat kawalan memancing.Dilengkapi dengan kamera pada "main line" dan skrin LCD pada kekili dimana anda boleh melihat aksi di dalam air.
Fish Eyes Rod And Reel ini menggunakan cable 20 kaki yang diletakkan pada tali utama dan kamera waterproof pada hujung.Lampu LED diletakkan pada kamera supaya penglihatan bawah air lebih jelas.Mun tak org mok nilit boyak dalam air pun dapat.Dengan harga cuma USD79.99 anda sudah boleh memiliki nya,tapi malang nya saya difamkan yg ia nya sudah kehabisan stok.
3.Biopulse Lure System
Ini adalah teknologi umpan tiruan saintifik,dihasilkan oleh Mystic Tacklesworks.Lure moden ini mengambil kelebihan dari biologi ikan itu sendiri.Biopulse Lure System yg canggih ini hasil kajian John Caprio dari Lousiana State University yang pakar dlm sistem bau dan rasa ikan dengan bantuan kepakaran dari Dr.Richard Fay dan Dr.Craig Hawryshyn. Menurut beliau,di menghabiskan 30 tahun untuk mengkaji "Chemosensory Sysytem" dari pelbagai ikan air tawar dan ikan laut.Mendokumentasi mekanisma yang mengaktifkan pengesan rasa ikan.
Mystic Tackleworks mengambil inisiatif dengan menghasilkan lure dari kajian ini yang di lengkapi dengan beberapa sistem pengesen termasuklah penglihatan,pendengaran,rasa dan bau.Pergerakan dan getaran lure ini juga mimik ikan ketakutan.Ianya juga dipasang dengan sistem LED untuk menarik perhatian ikan besar untuk lakukan serangan.Lure ini juga adalah "bite and shock resisitant" dimana anda boleh gunaka sehingga anda boring strike ikan terlalu senang.Dengan harga USD47.30 di ebay.
No comments:
Post a Comment