Apabila angler-angler hardcore mahupun jigger-jigger kental,mengeluarkan braided line jenis Power Pro 10lbs nya dari reel ATC 3000 SW dan rod Storm Erito PE 0.8-1.2 di bungkus elok diatas rod stand yg berdiri megah di sukut bilik,hook jig Sense 12gram mula betegar dlm tackle box dan kedai-kedai pancing seperti Loconia atau Power Tackle hanya dilimpas tanpa menoleh pun ke dlm kedai.Ini tandanya musim tengkujuh yang di takuti sudah pun muncul tiba setiap kali penghujung tahun.Tiada apa yang dapat di lakukan utk melepas gian melainkan menduga Kepala Ular di parit-parit ladang sawit ataupun menulis blog dikala hujan turun tanpa henti.
Dua musim monsun utama di Malaysia adalah Monsun Timur Laut dan Monsun Barat Daya. Di antara dua monsun terdapat dua tempoh peralihan monsun pendek yang merupakan Pra monsun Barat Daya Monsun dan Pra monsun Utara-Timur . Monsun yang memberi kesan kepada kehidupan di pantai timur Semenanjung dan pesisir pantai barat Sabah Sarawak, terutamanya orang-orang dalam industri perikanan dan kaki ngail atau kaki micro jig, terutamanya Monsun Timur Laut yang akan membawa angin kuat dan hujan dari bulan November hingga Januari.
Bot-bot nelayan di pantai ABF mula parking mencari tempat beeteduh.
Musim Monsun Timur Laut dicirikan oleh angin yang berterusan yang bertiup dari timur laut. Ia dikaitkan dengan pembentukan tanah tinggi Siberia yang merupakan koleksi besar udara sejuk kering di kawasan Eurasia dan pergerakan maksima pemanasan dari Hemisfera Utara ke Hemisfera Selatan. Angin kencang Timur Laut mengalir ke Asia Tenggara dengan kelajuan angin mencapai setinggi 30 hingga 40 km / jam.
Pada musim ini, negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia, kawasan pantai di Sarawak dan Sabah akan mengalami episod hujan lebat berterusan selama dua hingga tiga hari kerana monsun mendadak. Dalam kes cuaca yang melampau, seluruh episod hujan lebat boleh bertahan selama 3-8 hari, dan boleh menyebabkan banjir. Walau bagaimanapun, terdapat juga satu keadaan hari cuaca baik iaitu sama ada dengan tiada hujan atau hujan kecil yang berlaku antara episod hujan lebat.
Keadaan angin kencang di Promenade Waterfront boleh menumbangkan manusia yang sedang berdiri.
Monsun timur laut menyebabkan sebahagian besar nelayang atau jigger sekitar Semenanjung pantai timur atau pesisir pantai Sabah Sarawak tidak dapat terus menjigging. Ada beberapa hari ketentuan angin kencang dan ribut petir akan mengganggu rutin memancing mereka tetapi mereka masih boleh menangkap ikan pada musim ini.
Musim tengkujuh juga akan melihat perubaha spesies ikan yang ditangkap oleh nelayan. Pada awal musim, spesies ikan daripada ikan kembung dan keluarga threadfin akan menjadi banyak. Yellow Croaker yang berwarna keemasan adalah salah satu spesies yang hanya boleh ditemui semasa Monsun Timur Laut. Udang galah juga akan bergerak lebih dekat ke pantai dan menjadi banyak . Manakala ikan Kerapu akan menjadi terhad kerana mereka bergerak lebih jauh ke dalam laut.Sekurang-kurang nya adalah juak masa untuk ikan-ikan di laut nun membiak sepanjang musim monsun,mun sepanjang tahun orang ngail sik berenti maok juak pupus ikan di laut ya...tol sik...
Yellow Croaker atau Gelama
Tanjong Batu dihempas ombak bertubi-tubi
Gambar rajah taburan hujan semasa musim angin timur laut
Torbaik
ReplyDeleteHurmmmm....
ReplyDelete