Tuesday 14 April 2015

Kembali ke Pelantar Permas (3/4/15 - 5/4/15)

Selepas seminggu kembali dari trip anjuran Bintulu Anglers, kami merancang utk kembali menduga pelantar permas. Kali ini lebih ramai ahli FA mengambil bahagian dan telah menjemput Sebauh Tatau Anglers Crew (STAC) seramai 5 org termasok Abg Is.

Gambar kenangan bersama STAC

3-4-2015
Seawal jam 7.00 am kami sudah bergumpul d jeti perlepasan. Seperti biasa, sementara menunggu, ada yg sarapan d jeti kerana tidak sempat sarapan d rumah. Kapal pemancing bersama tekong Jamal tiba di jeti pada 7.45am. Tanpa membuang masa, kami terus memunggah perkakas dan keperluan masok kapal. Setelah selesai kami terus bergerak. Perjalanan ke lokasi pertama mengambil masa 3jam 30 minit.

Tiga jejaka comel selfie sementara menunggu ke lokasi pertama sebelum berikat di pelantar.

Sebaik kapal bergerak meninggalkan jeti, kami mengambil tempat masing2 dab menyiapkan kelengkapan. Selesai semua, kami terus berehat sementara tiba di lokasi pertama sebelum berikat di pelantar. Beberapa org ahli FA yg pertama kali keluar menduga laut dalam. Semangat mereka jelas kelihatan dengan ketidak sabaran utk mendapat ikan laut dalam pertama mereka. 

Kelihatan senyuman semasa tidur menampakkan mimpi tarikan ikan idaman beliau.

Sebelum sempat kami menjamu makanan tgh hari, kami telah tiba di lokasi pertama. Kami menurunkan kail di kawasan berkarang utk mencari hasil dengan teknik dasar hanyut. Tiada sebarang ikan yg berjaya didaratkan sehingga beberapa lokasi berkarang yg dibawa tekong. Mungkin ini disebabkan keadaan laut yg tidak berarus dan tiada gelombang. Sementara kami berpindah lokasi dari satu kwsn berkarang ke kwsn berkarang lain, kami menjamu hidangan yg dimasak oleh awak2. Kami terus mencuba teknik dasar hanyut kemudiannya, hanya beberapa ekor ikan sahaja yg berjaya didaratkan, keadaan agak sunyi dgn sentapan ikan. Oleh yg demikian, Wardi (FA) mengambil keputusan utk mencuba teknik jigging di hadapan kapal. Tanpa di duga, beliau berjaya mendaratkan seekor kerapu strawberry berskala 2.4kg. 

Wardi bersama strawberri idaman nya sambil senyum mengenang duit trip sudah dibayar separuh oleh hasil tangkapan beliau.

Keadaan terus suram sehingga kapal berlabuh berhampiran dengan pelantar permas pada waktu senja pertama kami. Semetara berlabuh, kami memancing dan makan malam. Ada yg mengambil peluang utk tidur. Tepat jam 9.00pm, kami mula menghampiri pelantar dan berikat. Aksi kali ini telah dimulakan dengan kehadiran alu2 bersaiz kacang. Saya mengambil keputusan utk menggantung kail sementara. Sotong mula menghampiri kapal, saya mengambil keputusan utk menyandat sotong. Rupa2nya, mereka yg berada di sisi kapal satu lagi sudah mula menyandat sotong. Aksi begini berterusan sehingga tgh mlm. Mereka yg jigging dan bottom beberapa kali telah dicukai oleh alu2.

4-4-2015
Selepas tgh mlm, saya mengambil keputusan utk berehat. Belum sempat saya melelapkan mata, saya terdengar bunyi ikan terdampar di atas kapal, saya bergegas menjenguk, kelihatan salah sorg ahli STAC mendaratkan seekor tenggiri menggunakan joran jigzam bergabung dengan daiwa tatula beliau. No wonder la xda bunyi drag kata ku di dalam hati. Belum sempat menghembus nafas lega, terdenngar bunyi drag kekili shimano stella 4000 Dougles dari belakang. Kali ini tenggiri lebih besar berjaya di daratkan berada di hujung tali beliau bersama jig yo zuri blanca 80g berwarna merah jambu lumines. Setelah mendaratkan 2 ekor tenggiri dlm masa sgt singkat, semangat kami semua mula terbakar, masing2 menghulurkan jig terbaik utk memikat sang tenggiri. Setelah beberapa kali mencuba, saya berhenti seketika melihat sahabat STAC yg rabut beberapa setelah jignya ditarik pantas oleh ikan. Saya mencuba nasib di sebelah beliau selepas beliau rabut, dengan beberapa kali karauan, satu tarikan kuat berlaku, terlihat joran zagan metal hayem PE4 melengkung bersama kekili ATC 5000. Setelah membuat beberapa karauan, satu pecutan hebat dibuatnya menarik tali keluar dari gegelung reel. Malangnya, belum sempat mendaratkan ikan, kekili telah patah dan menyebabkan tali kendur dan perambut putus. Hanya mampu bergeleng kepala apabila melihat ikan lari gembira dan reel yg patah dibahagian badan. Saya mengemas brg2 jigging dan terus masuk ke kabin utk berehat dan tidur.

Tenggiri idaman semua.

Menjelang subuh, saya terjaga dan terus menyiapkan set micro jigging utk meraksi di hadapan kapal. Tiada sebarang tarikan berlaku. Apabila hari mulai cerah, wardi kehadapan menemani saya dan menghulurkan jig slow pitch beliau di sebelah saya. Hanya beberapa karauan, joran shinju japan bersama kekili siri atas ajiking pro jigger 2 beliau disentap hebat. Hanya beberapa pecutan, ikan tersebut mulai tewas, kelihatan kelibat sang cupak dan berjaya di daratkan. Kami berhenti utk menjamu sarapan yg sediakan sebelum bergerak utk ke lokasi bottom hanyut pertama pada hari itu. Tepat jam 7.30am, kami bergerak ke lokasi pertama berhampiran pelantar tersebut. Nampak gayanya, pagi hari kedua merupakan hari indah bagi kami, kami berjaya mendaratkan byk ikan dengan teknik dasar hanyut.

Agus dengan hasil jackpot.


Ahli STAC bersama hasil tangkapan beliau.

Bermacam-macam jenis ikan yg berjaya di daratkan. Menjelang tgh hari, kami berehat dan berlabuh di kawasan berkarang. Setelah menjamu hidangan tengah hari, ada antara yg mengambil peluang utk tidur, ada juga yg tidak membuang masa dengan terus memancing. Bahagian belakang kapal penuh dengan aksi jigging. Banyak kerapu berskala hidangan meja berjaya didaratkan. Kami berganti2 posisi dan jigger kerana keadaan cuaca yg agak panas. Sebelum kami meneruskan perjalanan mencari karang2 utk memancing dasar hanyut, Cecep menerima sentapan hebat menggunakan joran xzoga dan kekili bossna arreat 4000. Selang beberapa minit bertarung, seekor ikan mancung berjaya ditewaskan sekaligus menjadi lesen ikan special beliau.

Cecep dan mancung berpisah tiada.

Kami meneruskan perjalanan hingga ke senja. Aksi petang agak kurg berbanding pagi. Tetapi berjaya menjumpai kawanan merah walaupun hanya seketika. Kapal pun berlabuh berdekatan pelantar permas sebelum kami kembali berikan pada pelantar. Kali ini, pelantar kelihatan gelap, hanya lampu kelip-kelip sahaja kelihatan. Pada jam 9.00pm, kamu bertukar tempat berlabuh sebelum berikat pada pelantar jam 11.30pm kerana tiada sebarang ikan berjaya di daratkan. Di lokasi baru, hanya beberapa ekor ikan berjaya di daratkan. Tetapi di pelantar, hanya alu-alu yg sudi memakan umpan kami. Saya mengambil keputusan utk masok ke kabin dan tidur.

 Abg Is mengangkat tinggi trofi merahnya

ANAD yg mengangkat kerapu baranya mengharapkan hasil nya kelihatan besar.

5-4-2015
Hari terakhir trip kali ini membuatkan kami agak risau dengan hasil yg masih kurg memuaskan. Selesai sarapan, kami mulai bergerak utk memancing dasar hanyut. Kami pergi ke lokasi pertama yg tidak jauh dari pelantar. Kami menurunkan umpan dengan penuh semangat, tetapi hanya sedikit yg mampu d daratkan. Tekong Jamal mengambil keputusan utk pergi lebih jauh. Kami bergerak ke lokasi seterusnya. Dlm perjalanan ke lokasi seterusnya, Tekong mendengar radio utk meminta bantuan. Rupanya sebuah kapal pemancing telah mengalami kerosakan pada enjin kira2 8batu nautica dari kapal kami. Tekong Jamal memaklumkan kami bahawa lokasi seterusnya adalah lokasi terakhir sebelum bergerak memberi bantuan. Kami semua bersetuju dan berharap lokasi seterusnya tidak menghampakan. Sebaik tiba, semua melaubuhkan umpan masing2. Setelah kira2 15 minit kami di lokasi tersebut, kami mulai beredar utk memberi bantuan. Dalam perjalanan, kami sudah mula mengemas brg2 dan peralatan kami. Setelah selesai, kami terus berehat sementara sampai di jeti. Kami tiba di jeti jam 5.30pm. Kami memunggah peralatan dan beredar pulang.

Kerapu Bara bakal dimasak stim

Ikan merah bersaiz kasar

Double strike sangat memuaskan.

3 vs 1 menari riang

Pembahagian Hasil

Hati senang nk balik rumah jumpa bini

Bara comel seperti tuannya.

Bantuan menyelamat.



"Ney ada geng lain bak turun kertang, kakya bak balit gik", Tekong Jamal.


"Eleh, eksen mdh tgn ada keren, pdh jk malas mk potong umpan", Agus kehing.



"اَسْتَغْفِرُاللَهَ الْعَظِيْم , apa benda ya", ANAD.



"Belah ktk org kdak pasar mlm jk, blh kmk org krik krik krik jk", Wawa.



"Kau tek kachak, ya ku mdh", Datin Halim.



Alhamdulillah, trip kali ini berjaya dan selamat pergi dan balik. Kami FA memohon maaf jika ada perbuatan atau kata-kata kami yg menyinggung perasaan sahabat dari STAC. Harap jgn jerak ikut agik.

"In Fishing We Unite"


5 comments:

  1. Kertang landed kertang.....neyda geng pegu embk kertang,kakya embk blit gik hahahha

    ReplyDelete
  2. Kertang landed kertang.....neyda geng pegu embk kertang,kakya embk blit gik hahahha

    ReplyDelete
  3. Hahahahaha.. oi palat juak.. motong sotong ada karen. Hahahaha.. sotong afrika

    ReplyDelete

About Us

Recent

Random