Tuesday, 7 April 2015

Trip Permas & D30

Pada 27/03/15-29/03/15, beberapa ahli Flamingo Anglers (FA) telah di jemput utk mengikuti trip memancing laut dalam bersama Bintulu Anglers (BA). Trip ink merupakan trip pertama FA tahun ini. Lokasi yg dipilih oleh BA ialah dlm anggaran 70mn dari jeti dengan kedalaman sekitar 40m -80m iaitu sekitar perairan Permas dan D30.

Beberapa ahli yg mengikuti trip sempat bergambar sebelum berlepas


27/03/15
Kami sudah mula bergumpul di jeti perlepasan seawal 6.30am. Tanpa di sangka, kmi berjumpa dgn Sarawak Energy Berhad Angler (SEB Angler) yg turut berlepas pada pagi tersebut. Saya difahamkan SEB Angler memilih E8 dan sekitarnya utk gelangang pertarungan mereka kali ini bersama tekong Ah Heng.
Bagi BA & FA, kmi memilih tekong Amirrudin Julaihi (Jamal) utk membawa kami ke lokasi pilihan kali ini. Kapal tiba di jeti anggaran 7.40am dan berlepas kira2 40minit kemudian setelah siap memunggah brg2 kmi,dan lewat 20minit dari SEB Angler berlepas. 



Lokasi pertama memancing kmi mengambil masa 3jam 43minit dengan kelajuan 8-9kt. Setelah tiba d lokasi pertama, semua pemancing mula melabuhkan matakail ke dasar dengan pantas dengan harapan menjd peserta pertama mendaratkan ikan. Akan tetapi, nasib kmi kurg baik kerana ikan bersikap dingin. Ikan pertama yg berjaya d daratkan dari belakang kapal ialah kerapu berskala juvana. Setelah berpindah ke beberapa lokasi,kami masih gagal mendapat sambutan dari penghuni dasar.

Abg Kerol bersama Toshiba bersaiz HD "merah sama merah"


Tepat tgh hari, kami berehat sebentar utk menikmati masakan yg d masak oleh awak2 kapal. Selesai makan, kami menyambung aktiviti d lokasi lain dengan harapan d sambut meriah. Kira2 pukul 5.30pm, kami tiba di kawasan Permas. Tetapi kami tidak terus merapat platform Permas, malah berlabuh utk di kwsn berkarang sehingga jam 9pm barulah kami datang merapati platform dan berikat. 

Pijel menikmati Strawberry menggunakan set micro jigging.


Setelah berikat, kehadiran kmi d sambut meriah oleh penghuni platform tersebut... Tidak putus2 bunyi drag kekili berbunyi dari seluruh pelusuk kapal. Acara terus meriah sehingga ke pagi.


28/03/15
Kemeriahan ikan dasar menyambar umpan bottom dan jig masih terasa hingga ke pagi. Selesai sarapan pagi, Kami bergerak ke platform D30 dan beberapa kwsn berbatu. Kali ini, joran kmi di sentap meriah. Sepanjang perjalan dari pagi hingga petang, kmi tidak sunyi dengan kemeriahan sentapan ikan.

Aji Amin yg "TURMA" setelah dijeling oleh ikan bola tennis beliau mendapatkan bantuan Abg Is.


Sebelum senja, kmi tiba diperkarangan D30.

Seperti biasa, kami tidak terus mendekati platform D30, sebaliknya kmi berlabuh utk berehat sebentar. Semasa berlabuh, seekor ikan merah pertama berjaya di daratkan dengan teknik jigging. Selang beberapa minit, sahabat dari sisi lain pula berjaya mendaratkan merah kedua.

Ikan merah pertama didaratkan.

Seperti sebelumnya, cukup jam, kapal mula bergerak dan medekati platform dan berikat. Pada mulanya, ikan masih segan dgn jig dan umpan yg dihulurkan sehingga hampir tgh mlm. Saya mula masok kabin dan merehatkan badan.


29/03/15
Dikejutkan dari tidur lena oleh rakan FA (Wawa) mengkabarkan Cecep berjaya mendaratkan geropoh berskala pak pong pak mustape meningkatkan semangat saya utk menurunkan jig semula ke dasar.

Cecep bersama geropohnya sekali gus memecah rekod peribadinya.

Belum sempat saya menghulurkan jig ke permukaan air, saya telah diberi mandi air laut di luan kapal oleh kerana ombak yg kuat anggaran 4meter menghempas luan kapal, ttp usaha masih diteruskan utk cuba mendapatkan sehingga hujung joran Zagan Metal Hayem PE4 melengkung. Setelah pertarungan 15minit, tali utama telah berjaya di putuskan dengan kelincahan ikan tersebut mencari tiang pelantar.

Dalam masa yg sama, beberapa org dari sahabat juga mendapat sentapan yg sama. Banyak yg rabut dan putus. Hanya beberapa ekor yg berjaya di daratkan. 


Setelah kesejukan, saya mengambil keputusan utk tidur sebentar. Setelah bangun aksi masih berterusan. Abg is berjaya mendaratkan 3ekor geropohnya dlm masa tersebut. Sebelum sarapan, beliau telah di asak sekali lagi oleh penghuni dasar. Oleh kerana keletihan, beliau meminta bantuan utk menukarnya. Secara tidak menolak, Agus menggantikan tempat beliau sekaligus acara senaman pagi buat agus. Kami sempat sarapan sementara agus masih bertarung. Selesai sarapan, kapal kami didatangi oleh kapal penjaga pelantar dan mengarahkan kami utk beredar.
Kami hanya dapat melepaskan tali ikatan dan membiarkan kapal hanyut sementara Agus masih bertarung. Selepas 39 minit bertarung, akhirnya geropoh menyerah kalah. Semua memberi sorakan dan tepukan utk pembukaan hari yg indah.

Abg Is & Agus bersama geropoh menjadi kenangan indah mereka. Tidak lupa juga Abg Awak2 sporting di belakang.


Selesai sesi penggambaran, kami terus bergerak ke beberapa lokasi berbatu sebelum bergerak pulang pada jam 12tgh hari. Dalam lokasi terakhir, kami telah didatangi kumpulan ikan merah. Setiap umpan yg dijatuhkan pasti mendapat sentapan dlm masa singkat. 

"Laju tangan", -Tekong Jamal

Selepas hilang kawanan ikan, kami mula bergerak pulang dan menjamu hidangan terakhir di atas kapal utk trip kali ini. Kami tiba dengan selamat di jeti jam 4.30pm. Semua tidak sabar utk pulang kerumah dan berehat. Bak kata tekong Jamal, maklumla, lepas mlm jumaat.

Keletihan setelah berhempas pulas

Abg Manan bersama Kaci beliau

Abg Rusdi senyum lebar setelah berjaya mendaratkan tenggiri selepas melihat aksi Abg Manan bersama tenggirinya beberapa ketika sebelumnya.

Terduduk keletihan bertarung dgn kerisi

Abg Manan senyum sambil rokok di bibir

Mancong yg tertipu dengan aksi jig Abg Rusdi

Antara merah yg beraya diperolehi

Pembahagian hasil sebelum pulang.


Alhamdulillah trip ini berjaya dan selamat pergi dan balik.



"Ikan byk, tp xmau mkn, kita selam, suruh ikan makan". - Tokey Ikan

"Aku turma bila nangga mata ikan ya nyelin",- Aji Amin

"Uuweekk, xda hal, mabok pun layan", - Musa

"Kalau bukan rezeki, guna kabel pun putus juga knak tenggiri",- Abg Manan

"Rindok ati ngenak bangla",- Agus

7 comments:

  1. Replies
    1. Bulan 5 lak ada gik...silap2 tpt sama juak...

      Delete
    2. Ada ekon ka lam cabin baru ya?

      Delete
    3. Ada...asal tahan jk sejok...tp biasa mlm x on aircond..bukak pintu jk dh cukup sejok

      Delete
  2. Salam.
    Maaf bertanya...brapa kos nya utk trip ni..mksd saya sewa kapal brapa rm dan brapa maksimum pemancing?
    Saya dari Selangor.
    bagaimana mahu menghubungi admin FA.
    Terima Kasih

    ReplyDelete

About Us

Recent

Random