Monday 19 October 2015

Game Memancing Pengubat Rindu Tarikan Ikan

Berikut adalah 8 permainan video telefon pintar pilihan kami untuk anda bagi mengubati kerinduan tarikan ikan.
enjoy.....



RIDICULOUS FISHING
Ini adalah permainan video yg di develop olrh Vlambeer. Ia direka untuk kedua-dua IOS dan Android.Ridiculous Fishing adalah kisah seorang nelayan bernama Billy yang dalam mengejar kemasyhuran. Permainan ini akan membawa anda melalui tiga fasa yang berbeza. Fasa pertama di mana anda tenggelamkan hook anda ke dalam air  dan mengelakkan apa-apa ikan. Fasa kedua adalah apabila anda menarik hook itu dengan ikan dan "tilt" kan peranti anda untuk menangkap ikan sebanyak yg boleh dalam perjalanan ke atas. Kemudian fasa ketiga adalah di mana ikan akan terlontarkan keluar dari  air ke udara dan anda perlu sentuh skrin untuk menembak ikan bagi mendapatkan wang.bunyi nya seperti seronok.Namun Andriod mengenakan bayaran RM10.10 utk permainan ini.


BIG SPORT FISHING
dibangunkan oleh Rocket Mind,permainan memancing sangat menarik. Visual 3D Sukan memancing dlm permainan iniakan memukau anda. Permainan  dengan kesan yang 3D yg menakjubkan ini hanya terdapat pada Android. Apabila anda mengarau dalam ikan yang besar dan anda akan rasakan telefon anda begerak seperti "real", pemandangan yang berubah menjadikannya seperti anda rasakan yang sebenarnya anda di sana.


NINJA FISHING
NiNja fishing adalah permainan yang dibangunkan oleh Gamenaut untuk kedua-dua Android dan IOS. Permainan ini membolehkan anda menangkap ikan dgn cara ninja menggunakan katana. Otoro, seorang ninja yg mempunyai kemahiran menangkap ikan yang menakjubkan,tapi malangnya tiada kemahiran pertempuran.

Anda perlu membuang mata kail anda jauh ke dalam lautan dan karau seberapa banyak ikan yang mungkin. Setelah ikan ini mencapai permukaan, anda memotong ikan itu dengan katana yang diaktifkan oleh sentuhan anda. 



FLICK SPORT FISHING
Flick Sport Fishing adalah permainan yang dekat dengan sukan memancing sebenar. Dibangunkan oleh Freevere.Inc, membawa persekitaran sebenar dalam bentuk animasi sepenuhnya.

Anda boleh membuat balingan joran dengan menggunakan pergerakan pergelangan tangan anda dan menggunakan 9 jenis umpan bergantung kepada ikan yg anda buru. Anda boleh memilih daripada 7 lokasi memancing.  Anda boleh bersaing dengan rakan-rakan anda dengan dlm rangkaian dan boleh menunjukkan hasil tangkapan anda menggunakan ciri "brag" di dalam permainan.


FISHING KINGS
Gameloft telah datang dengan FISHING KING yang membawa permainan memancing pada tahap yg lebih serius. Anda boleh masuk ke dalam satu permainan yang sangat sengit,anda boleh memancing dan membuat tikaman dengan menggunakan rod dan gewang yang terbaik .

Pilihan daripada pelbagai lokasi memancing dan spesies ikan. Dengan ciri-ciri kamera bawah air anda boleh melihat ikan mengena umpan. Dengan pelbagai peralatan menangkap ikan untuk dipilih anda boleh menyasarkan spesies yang anda mahu dan akan menawarkan pembaharuan pengalaman memancing yang paling realistik.


SUPER DYNAMITE FISHING
Handygames telah membangunkan permainan Super Dynamite Fishing permainan yg seronok utk dimain. Tidak menggunakan peralatan memancing biasa spt rod, reel dan hook .Anda boleh menggunakan senjata yang paling berbahaya termasuk dinamit untuk menangkap atau  memusnahkan ikan.

Dengan jalan cerita dan watak-watak gila gila Super Dynamite Fishing pasti memvuatkan anda berfikir yg anda boleh memilih daripada senjata yang besar dan memburu di kawasan kapal mewah



FISHING SUPERSTAR
Fishing Superstars adalah permainan seperti dlm suasana pengalaman memancing  sebenar. Dengan tempat memancing eksotik untuk dipilih dan boleh menangkap ikan pelbagai spesis. Anda juga boleh menyesuaikan avatar anda dengan memilih peralatan menangkap ikan yang paling digemari anda.Game ini juga membolehkan anda untuk bersaing dengan rakan-rakan anda dalam pertandingan.


GONE FISHING-TROPHY CATCH
permainan ini membawa kepada anda lokasi memancing yang sangat indah dari seluruh dunia. Anda boleh menangkap daripada  80 spesies ikan menggunakan pelbagai rod dan gewang. Semua ini memberikan anda suasana memancing sebenar dan membangkitkan aura nelayan dalam anda.
Ciri-ciri sosial permainan ini akan membolehkan anda untuk berkongsi maklumat dan gambar-gambar tangkapan anda dengan rakan-rakan.

No comments:

Post a Comment

About Us

Recent

Random