Thursday, 8 October 2015

Sistem Tagang - Daya Tarikan Kaki Pancing


Apa itu sistem tagang?
 Adakah ianya membawa maksud "tarik dan tegang" = tagang? Hahaha . Sistem tagang sebenar nya adalah salah satu usaha pemuliharaan ikan air tawar.Perkataan "tagang" adalah perkataan iban membawa maksud "dilarang" atau dlm bahasa serawak "sik boleh".



Mengapa?
"Over harvesting" adalah salah satu sebab sistem ini dilaksanakan dan sistem ini telah terbukti berjaya di Sabah kerana ia menguruskan isu-isu kepelbagaian biologi seperti kehilangan habitat, halangan penghijrahan ikan dan kehilangan tempat untuk bertelur.





Bagaimana sistem ini berfungsi?
Langkah pertama ialah melepaskan anak-anak ikan dalam jumlah yg banyak di hulu sungai,pelbagai spesis ikan air tawar seperti semah,sebarau, empurau dan lain2.Dalam tempoh 6 hingga 12 bulan.Ikan-ikan sudah sedia itk dituai.tapi penuaian ikan hanya dibenarkan di zon yang ditetapkan berdasarkan peraturan dan peraturan yang dibuat oleh Jawatankuasa Tagang, yang terdiri daripada kaum  tempatan di kawasan itu.

Sistem ini melihat tiga zon yg disediakan, iaitu merah, kuning dan hijau.

Tiada penangkapan ikan dibenarkan di Zon Merah pada sumber utama sungai, seperti air terjun, kerana kawasan-kawasan itu yang adalah sebagai tempat pembiakan ikan.

Di Zon Kuning, di mana sumber utama sungai  bersilang dengan lain, aktiviti memancing dibenarkan sekali atau dua kali setahun.(kaki pancing,casters,spooner pls take note)

Di Zon Hijau, kawasan di mana sumber sungai bersilang dengan lain, aktiviti menangkap ikan adalah terhad kepada satu jumlah yang dipersetujui oleh Jawatankuasa tagang.



Usaha kerajaan negeri?
Kerajaan negeri sarawak dgn kerjasama jabatan pertanian dan penduduk luar bandar sedang giat menjalankan sistem tagang ini.Banyak sungai-sungai di sarawak telah pun mula menjalankan sistem ini.Mari kita support usaha murni ini demi memulihara ikan air tawar.




Sistem tagang di Bintulu?
Sebenarnya sustem tagang ini sudah pun dilaksanakan di Bintulu pada tahun 2008 lagi di kawasan Tatau degan kerjasama Jabatan Pertanian Sarawak.Namun kebekersanan nya tidak dibuktikan kerana tiada apa-apa laporan dari hasil sistem itu pada waktu tersebut.


Sistem tagang VS pemancing?
Sistem ini sebenarnya memberi peluang kepada kaki pancing utk mencari keseronokan.Seperti yg anda sedia maklum,zon kuning adalah kawasan yg dibenarkan utk memancing satu atau 2 kali setahun.Ianya sebenarnya akan menjadi lubuk kaki pancing dan boleh menjadikan annual event buat kaki casting.Kenal pasti kawasan sungai yang melaksanakan sistem tagang dan berurusan dengan penduduk tempatan utk mengadakan aktiviti memancing.

Walaupun sebenarnya sistem ini di reka utk memberi manafaat kepada penduduk sekitar sungai namun kehadiran kaki pancing juga menjana ekonomi mereka dengan menyediakan penginapan "home stay",menyewa bot,menjadi fishing guide.Brapa banyak sangat lah kaki pancing boleh bawa balik ikan ya..x ruak pun ikan ya mun nak compare dgn penagkapan ikan secara pukat dan jala.

Selamat bertagang-magang
salam kekili teriak

4 comments:

  1. Mun d sabah d tunggah sistem tagal..
    N antara tpt lain d swk nk baru molah sistem tagang/tagal nma sabahan nya, engkelili, daro ngan merudam mun sik slh dgr ku riya...harap seluruh swk akan polah sistem tk utk menjaga ekosistem kita, sik kira d laut or d sungei...
    Selain ya kadar ph aik pun perlu d pantau sbb terlampau byk pencemaran d kita sitok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sistem ini memerlukan disiplin dari jawatan tagang dan penduduk sekita malah masyarakat bagi memastikan ianya berjaya...semoga ianya menjadi amalan yg berterusan utk generasi akan datang

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete

About Us

Recent

Random