Sunday, 20 April 2014

Catch And Release

Bagi kami di FA amalan CNR adalah amalan yang mulia.memberi peluang kepada ikan utk terus hidup bagi membesar dan menambah zuriat.supaya kami boleh tangkap yang lebih besar lagi kemudian hari.Namun ianya terpulang kepada individu,ada sesetengah individu memancing utk beri makan anak bini dan ada yg memancing utk dijual sebagai pendapatan sampingan.Tapi bagi kami ,apa yang paling penting adalah menikmati tarikan atau fight ikan yang kami gelar "karen". Lebih2 lagi merasakan tarikan ikan idaman umpama seperti di kenakan renjatan elektrik nenusuk hingga ke otak yang memberik ketagihan kekal.inilah yang di gila kan pemancing.

CNR snakehead sudah menjadi amalan ahli FA sejak sekian lama.


Ahli Flamingo Anglers mengamalkan Catch And Release pada situasi dan keadaan yang tertentu.Kami akan CNR anak2 ikan dan ikan yg bukan "target fish".Kami jua akan mengadakan trip CNR lebih2 lagi melibatkan trip memburu ikan air tawar.


Bye bye my friend..hope to see you again soon...



Amalan tangkap dan lepas (Catch And Release) adalah amalan dalam sukan memancing (recreational fishing).Setelah ikan berjaya di daratkan,mata kail akan di buka dan ikan akan di kembalikan ke dlm air sebelum ikan keletihan atau mengalami kecederaan.Kadangkala berat dan ukuran ikan akan di ambil secara pantas sebelum di lepaskan.Tak lupa juga bagi kali "selfie" bergambar dgn ikan tangkapan amat penting.

Logo CNR antarabangsa yang dikeluarkan oleh IGFA (International Game Fishing Association)


Amalan tangkap dan lepas (CNR) ini diperkenalkan sejak lebih seabad yang lalu di United Kingdom.Mereka mengamalkan CNR atas faktor mengelakan kepupusan spesis ikan.Mari kita lihat amalan CNR di beberapa negara:

1. Di Australia,CNR mula di perkenalkan pada tahun 1960an dan mula diamalkan meluas pada 1980an lebih2 lagi melibatkan spesis ikan air tawar seperti "murray cod" yang terancam.

2. Di Canada,amalan CNR adalah mandatori utk beberapa spesis dan kegunaan mata kail "barbless" adalah digalakan.

3. Di Jerman dan Switzeland,CNR di katakan sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan,mereka mengharamkan aktiviti CNR. Pelik dan agak menakutkan.

4. Manakala di Malaysia ,aktiviti CNR tidak popular dikalangan pemancing tempatan.Spesis terancam pun mereka bedal janji boleh makan.ianya terpulang kepada individu.Namun ada segelintir yang mengamalkan CNR demi menjaga ekosistem ikan itu sendiri dan memberi peluang kepada generasi akan datang utk memancing ikan-ikan yang besar.CNR di Malaysia hanya diamalkan apabila adanya pertandingan seperti Royal Pahang Billfish Challenge yang diadakan setiap tahun di Rompin Pahang.Yang menjadi daya tarikan pemancing seluruh dunia.

Royal Pahang Billfish International Challenge akan diadakan pada bulan September tahun ini.



Teknik yang popular dlm amalan CNR adalah menggunakan mata kail "Barbless" iaitu sejenis mata kail yang tidak memberikan kesakitan pada ikan dan mudah utk melepaskan ikan tanpa perlu memegang ikan dgn tangan.

Mata kail jenis "barbless" yang mengurangkan kesakitan pada ikan.


Majulah sukan memancing utk negara!


Sumber: http://en.m.wikipedia.org/wiki/Catch_and_release



No comments:

Post a Comment

About Us

Recent

Random