Tanpa mereka sedari sebilangan besar mereka berkongsi minat yang sama,iaitu memancing.Maka dengan tidak sengaja tertubuhlah Flamingo Anglers , nama yang dipetik dari nama Flamingo Vaperz.Flamingo atau dalam bahasa melayu nya ialah bangau yang menjadi lambang dan simbol daerah Bintulu.
Kelab ini ditubuhkan secara rasmi pada 11 Oktober 2013 apabila terciptanya group Whatsapp pada tarikh tersebut oleh Mohd Wardi Sahari .Penglibatan ahli pada mula nya tidak sampai 10 orang,ramai juga yang meninggalkan kelab ini tanpa sebarang khabar,namun kini FA kian berkembang.
Komuniti ini menjadi platfom untuk kami berkongsi ilmu memancing dan menjadikan hobi kami lebih dari sekadar hobi.
Disinilah kami bersatu.
Disinilah kami menimba ilmu.
Disinilah bermulanya pengembaraan kami.
The Flamingo Angler's !!!!
No comments:
Post a Comment