Monday, 14 April 2014

Miri (25/1/14-28/1/14)

Pada 25/01/14, bbrapa org ahli telah membuat komplot ke Bandaraya Miri. Ahli komplot terdiri daripada 4 org yg d ketuai oleh Agus selaku tuan rumah dan telah d rancang oleh Atoy, dan d anggotai oleh Man dan Reen.

komplot bertolak kira2 jam 10.30am dan perjalanan mengambil masa kira2 dua jam setengah dari Bintulu. Hampir semua set yg dibawa adalah set ringan. Action kira2 20lbs kebawah. Tujuan utama komplot adalah mencari lesen Toman memandangkan Toman adalah spisis yg sukar d cari d Bintulu. 




Dalam perjalanan kami sempat singgah d Pantai Bungai Bekenu utk berehat sambil "sigup" bak kata org tempatan. 


Kami tiba d miri kira2 jam 12pm dan singgah d lokasi pertama d muara sungai area Bakam. Man dan Reen sempat melemparkan gewang utk aksi memanas badan. Hasil tekun tikaman gewang, Reen berjaya mendaratkan seekor Kerong sekaligus merupakan tangkapan pertama utk komplot ini.

Komplot pun bergerak mencari tempat berteduh dan mengisi perut. Selepas selesai komplot terus bergerak ke Muara Sungai Pasu. Spisis buruan adalah MJ, bulan, kerapu dan Siakap putih. Tetapi komplot tidak di sebelahi nasib. Semua ahli diselubungi sumpahan Kum2.




Pada hari ke2, seawal 7am komplot diketuai oleh rakan Agus bernama Yong yg merupakan caster tegar utk menjadi guider. Nasib malang menyelubungi komplot dengan dugaan hujan lebat sehinggakan ahli komplot terperangkap dgn niat dan cuaca. setelah 1/2jam dalam kereta, ahli membuat keputusan utk teruskan niat dan meredahi hujan. Komplot meneroka Lake 1 dengan tujuan mendapat lesen toman. Selepas puas berpindah lokasi dan bertukar gewang, tiba2 gewang Yong di sentap kuat. Selepas bertarung bberapa minit, mangsa berjaya di daratkan, tetapi target fish masih belum djumpai. Hanya haruan sahaja yg menjadi mangsa.

Selepas beberapa jam, kami membuat keputusan utk berpindah lokasi ke Sg.7 dengan tujuan menduga Tarpon dan Barramundi sekaligus Snakehead. Kami teruskan usaha walaupun telah kuyup dibasahi hujan yg tidak berhenti dari pagi. Setiba d Sg.7 kmi menjamah bekalan yg sempat kami beli d McD semasa berpidah lokasi.

Sepanjang kami d Sg.7, kami hanya berjaya mendaratkan haruan sahaja.walaupun agak kecewa, tetapi haruan juga ikan dan ada jugak karen. Lebih baik dari kumpow.





Hari ke3, merupakan hari kami pulang. tiada menarik sehingga kami check out dan mkn tgh hari. Dalam perjalanan pulang, kami sempat singgah d tepi jalan utk membuang gian sebentar bersama haruan. Setelah CnR beberapa ekor, kami bergerak pulang. Alhamdulillah perjalanan kami selamat dan tiba d Bintulu kira2 jam 6pm dan kami sempat menikmati kesesakan lalu lintas bersama mereka2 yg sedang pulang kerja.

Kesimpulan komplot ini walaupun terjalan lancar tanpa sebarang masalah, kami ttp tidak berpuas hati dengan hasilnya. Jikalau ada rezeki akan bertandang ke Miri lagi mencari Mama Toman. InsyaAllah komplot akan datang d anggotai oleh lebih ramai ahli.

Kumpow itu pasti, Strike itu bonus.

No comments:

Post a Comment

About Us

Recent

Random