Tuesday 8 April 2014

Telaga Air Kuching

Pada 25 Mac 2014 kami telah menerjah Kampung Telaga Air di kuching dalam siri jelajah Sarawak,destinasi paling jauh yang kami telah pergi setakat ini.Kami pergi ke Kuching menggunakan flight tambang murah Airasia yg tiket nya sudah kami beli sebulan awal.

Kami terdiri dari lima org jejaka hensem yg berlepas dari Bintulu,manakala seorang rakan kami telah pun berada di Kuching.Kelengkapan memancing di bungkus rapi,rod diletakan dlm paip PVC 4 inci lebih kurang 3 meter panjang bagi memastikan rod tidak rosak apabila di kendalikan oleh pihak syarikat penerbangan.

Hari pertama di Kuching,seawal jam 6 pagi kami bertolak ke Kampung Telaga Air lebih kurang 1 jam perjalanan dari bandar Kuching.kami menyewa 2 buah bot dgn engine berkapasiti 15hp setiap satu.Pemilik bot Haji Adi org tempatan yg tidak asing bagi pemancing-pemancing di Kuching.Beliau memberikan perkhidmatan yg terbaik utk pelanggan nya.Beliau memiliki 10 buah bot utk disewa malah rumah beliau dijadikan tempat membuat bot hasil dari kerja tangan beliau sendiri.

Harga sewa bot pula sangat berpatutan iaitu RM100 utk bot,RM50 utk tekong dan RM50 utk minyak.Bot kami dikendalikan oleh tekong yg bernama Bujang,sangat fasih dgn selok belok sungai dan arif dgn lokasi-lokasi lubok ikan.Atas nasihat beliau,kami menggunakan teknik "bottom fishing" sedangkan tujuan kami utk "casting" kerana faktor air .Umpan kami gunakan Sia atau udang .

Pelbagai jenis ikan berjaya kami daratkan antara nya pari,GT,sembilang,buntal (CNR),ikan merah,ikan kapas dan banyak lagi ikan yang saya kurang pasti namanya.Tangkapan terbesar adalah Ikan pari yg beratnya dianggarkan 8kg.kami balik semua ke darat lebih kurang jam 6 petang setelah seharian memancing.Misi kami berjaya ,tiada peserta yang kumpaw walaupun ada hero yg datang saat-saat akhir.





2 comments:

  1. mantap tuan... maka bintulu heaven agik mancing...hehehe...tp faham mungkin nak merasa suasana baru nak tuan..hihiih

    ReplyDelete

About Us

Recent

Random